TELEKUNG ditanggalkan dari kepalanya dan dilipat sebelum digantung . Saat itu matanya terpandangkan selimut berwarna coklat yang berada di atas katilnya . Dia mengambil selimut itu sebelum berfikir sejenak .
" Semalam aku tidur dalam kereta , selimut ni atas badan aku . Duda ni punya ke ? " dia tak sedar dan tak ingat langsung tentang selimut ini sehinggalah Yara yang bawa turun masuk ke dalam rumah keluarga angkat Nurhan .
Tudung hitam disarung dan membawa selimut itu keluar setelah dilipat . Matanya meliar jikalau ada orang yang sudah bangun dikala subuh ini . Dia berjalan menuruni tangga untuk ke bawah .
Ruang tamu sudah terang dengan cahaya lampu . Tatkala itu dia terdengar suara seseorang yang sedang mengaji di ruangan tamu besar itu . Terlihat seorang lelaki yang duduk di sofa sambil memegang telefon di tangan membuka aplikasi Al-Quran . Hati Yara agak tercuit apabila lelaki itu adalah Nurhan .
" Yara ? " Hajah Saadiah menyapanya setelah keluar dari pintu dapur . Dia mengukirkan senyuman pada wanita bertudung labuh itu .
" Awal kamu bangun . Umi baru nak masak breakfast . Tunggu ye umi masak jap " wanita itu menggelarkan dirinya umi dan suaminya pula walid . Pada mulanya dia agak segan dengan keluarga ini kerana terlalu alim . Nak bandingkan dia yang berfesyen serba hitam seakan mafia tahi kucing sahaja dilihatnya .
" Yara tolong boleh ? " Yara agak segan kalau dia sebagai tetamu sekadar bergoyang kaki sahaja . Lebih baik dia tolong apa yang patut . Dia pun bukan jenis yang terlalu malas . Hajah Saadiah mengangguk sahaja .
" Selimut awak " Nurhan sekadar mengangguk sambil mulutnya masih mengeluarkan alunan ayat suci . Yara mengekori langkah wanita itu setelah selimut diletakkan di atas sofa . Dia melihat Hajah Saadiah yang mengambil satu teko berbunga dan beberapa cawan kaca yang diletak di atas dulang .
" Yara buat air je ye ? Segan umi nak suruh tetamu memasak pula "
" Umi , Yara lagi segan kalau duduk goyang kaki je . Tapi tulah umi , Yara bab masak ni tak reti sangat . Err... umi nak masak apa ? " Yara mula berasa segan . Baik dia cakap awal-awal kalau bab masak ni dialah paling corot . Kalau suruh menembak dia bolehlah .
" Walid minta umi buat nasi goreng je . Yara buat sandwich la ? Nurhan dengan Afwan tu suka makan roti pagi-pagi " Yara sekadar mengangguk . Dia mula membantu Hajah Saadiah mengeluarkan bahan dari dalam peti sejuk .
Dia masih tidak berjumpa Afwan . Nurhan kata Afwan adalah anak kepada Hajah Saadiah dan Haji Adham . Malam tadi mereka sampai di rumah ini pun , umi dan walid sahaja yang menyambut mereka .
" Yara tak jumpa Afwan lagi kan ? Lupa pula umi . Afwan tu malam tadi dah awal-awal kat bilik jadi dia tak keluar bilik masa Yara dan Han sampai . Dia tu anak tunggal umi , baru habis belajar . Kejap lagi dia baliklah tu dengan walid dari masjid " Hajah Saadiah memperkenalkan serba sedikit anaknya pada gadis itu . Yara mengangguk sambil memotong salad untuk dijadikan bahan sandwich .
" Ouh yeke ? Berapa umurnya tu umi ? "
" 26 tahun "
" Ouh tua setahun dari Yara la "
" Lah yeke ? Macam mana boleh kenal Nurhan pula ? " umi menoleh memandangnya . Cuba mengenali serba sedikit tentang diri Yara . Nak tahu juga macam mana Yara boleh kenal Nurhan yang beza umurnya 4 tahun darinya ?
Yara mula terdiam . Macam mana dia boleh kenal Nurhan ? Nak cakap apa ? Takkan nak cakap , ouh dulu saya pernah tahan bekas isteri dia bawa masuk lokap . Macam interesting sangat pula kan ? Lagi banyaklah nanti pertanyaan wanita itu .
" Yara ada urusan sikit dulu dengan Han . Itu yang kenal . Aik ? Kenapa tak jawab , Yara ? " Nurhan mula muncul di pintu dapur dan berdiri di sisi Yara yang sedang mengeluarkan telur rebus yang sudah siap direbus di dalam periuk .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Misteri / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...