SATU mangkuk sup ayam diletakkan di hadapan suaminya . Kecur liur Nurhan bila melihat sup ayam dan paru goreng yang masih panas-panas itu .
Kali ini Yara yakin dengan masakannya setelah tiga hari suntuk belajar dengan Qaid di Rosebud Cafe . Lelaki itu tak putus-putus mengajarnya memasak .
" Nampak muka orang tu harini macam yakin sangat je dengan masakan dia " Yara tersenyum dan meletakkan satu pinggan nasi yang sudah dicedok buat Nurhan . Air sirap dituang buat suaminya sebelum mengambil tempat duduk di hadapan Nurhan .
" Kalini Yara guarantee rasa dia level kayangan ! Abang rasalah nanti komen pada Yara " Nurhan terus sahaja mencedok lauk yang ada . Doa dibaca sebelum dia mengunyah nasi dan ayam yang berada di dalam pinggannya .
Dikunyah perlahan cuba menilai hasil air tangan isterinya . Bibirnya menguntum senyum dan memandang Yara tidak percaya .
" Seriously Yara masak ? Sayang , start today this is my favourite food ! Terus bertambah selera abang " Yara bertepuk tangan gembira . Dia terus sahaja mengambil lauk dan diletakkan di dalam pinggan sebelum dia menjamah bersama suaminya .
" Dah cakap , mesti sedap punya . Jangan cakap Yara reti menembak je tau . Masak pun boleh "
" Tengoklah siapa yang ajar Yara . Qaid tu memang suka masak . Tak hairan kalau dia dah berjaya tubuhkan Rosebud Cafe . Memang air tangan dia semua sedap "
" Eleh... sikit-sikit nak puji scan-- "
" Yara Hanina... " Nurhan menjegil mata tajam memandang isterinya . Yara menekup mulut gaya diva tanda dia tersasul dan tersilap sebelum dia tersengih .
Nurhan menggeleng kecil dengan sikap nakal isterinya . Tak habis-habis nak cakap perkara yang bukan-bukan . Dia memandang isterinya yang berambut separas bahu itu .
" Yara memang suka bela rambut pendek ke ? "
" Haah . Kenapa ? Abang tak suka eh bila Yara rambut pendek ? " laju Nurhan menggeleng menidakkan kata-kata isterinya . Dia suka Yara dengan apa-apa gaya pun . Gaya macam mana pun isterinya itu tetap cantik di matanya .
" Tak , bukan tak suka . Abang tanya je "
" Kalau abang nak Yara bela rambut panjang , Yara boleh je . Rambut pendek ni senang nak jaga dari rambut panjang . Sebab tu bila rambut Yara dah lepasi bahu , Yara suka potong " Nurhan mengangguk faham . Sesetengah perempuan lain cita rasanya . Ikut keselesaan masing-masing .
Mereka sambung berbual sambil menghabiskan sisa makanan yang berada di dalam pinggan . Suap menyuap itu wajib Nurhan buat setiap kali dia makan bersama isterinya .
──•~❉᯽❉~•──
Nurhan dan Yara bersantai di ruang tamu menonton drama yang ditayangkan di kaca TV . Kepala gadis itu dilentokkan di bahu suaminya sambil tangan memeluk tubuh . Nurhan tersenyum dengan kelakuan manja isterinya itu .
" Manja " Yara berkerut dahi mendongak memandang wajah suaminya yang matanya masih lekat di televisyen .
" Siapa ? "
" Sayang la . Abang hairan . Apa yang buatkan Yara terlalu berubah lepas kahwin ni ? Hm ? " dipeluk bahu isterinya dan ditarik rapat . Seinci wajah mereka saat itu . Tangan Yara diletakkan di atas dada bidang suaminya .
" Yaqhzan . Kalau abang nak tahu , boyfriend Yara tu nasihat pada Yara jadi isteri yang baik untuk abang , dia kata jadi isteri kena manja and gedik-gedik sikit . Geli pada mulanya bila Yara dengar arwah Yaqhzan kata macam tu tapi betullah , Yara kena jadi macam apa yang dia cakap . Tapi sikap Yara ni automatik keluar , abang . Yara pun tak sangka perangai Yara macam ni "
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...