#CASE 46

1K 57 0
                                    

LAYRA memberhentikan kereta di satu Petronas usai kereta yang dia ikuti itu berhenti di situ pada jam 7.15 malam . Dia sengaja memberhentikan kereta di tempat isi minyak memandangkan gadis itu memberhentikan kereta di tempat parkir di hadapan tempat solat .

Layra terus bergerak menuju ke kereta Irma bila gadis itu melangkah ke arah tandas . Dia pantas menuju ke bahagian pintu belakang . Belum buka pintu sahaja dia sudah terdengar tangisan Nazmeen . Pantas pintu dibuka dan suara Nazmeen kedengaran di situ .

" Nazmeen sayang... " dia dengan wajah risau melihat tubuh Nazmeen yang sudah merah-merah . Baik pipi baik di kaki . Seakan itu semua kesan-kesan cubitan .

Dia membuka tali pinggang bayi itu dan baru sahaja dia mahu mencempung tubuh Nazmeen , bahunya yang memang terdedah ditusuk dengan satu jarum suntikan . Layra mula gelabah dan menoleh bila merasakan cecair itu ada sedikit masuk ke dalam badan . Jarum itu terjatuh dari pegangan gadis itu .

" Kau siapa huh ?! Apa kau nak buat pada anak aku ! " suara mereka berdua sudah menarik perhatian orang-orang awam pada waktu maghrib begini . Tidaklah ramai tapi masih mampu membuatkan semua meluru ke arahnya untuk menyaksikan kejadian tersebut .

" Anak kau ?! Ini anak Nurhan dan Yara ! Kau siapa huh ?! Kau culik Nazmeen kan ?! " suara nyaring Layra lantang di Petronas itu . Agak terkejut Irma dibuatnya .

Diteleti wajah itu yang mula berkerut dek menahan sakit ditusuk jarum suntik tadi . Badannya menghalang pintu kereta agar Irma tidak mendekati Nazmeen . Lama kelamaan Irma tergelak sinis .

" Aaa kau ni bekas isteri Nurhan tu kan ? Or should I call you janda ? "

Membulat mata Layra dibuatnya dengan rahang diketap . Itu gelaran paling dia benci kalau orang panggil dirinya . Dia tidak suka gelaran itu !

" Kau nak apa pada budak ni ? Huh ?! " Layra mula terasakan dirinya terhuyung hayang saat ini . Irma tertawa sinis sebelum dengan tindakan drastik dia mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya .

Pantas orang awam yang mahu dekati mereka lari berundur . Risau jika mereka yang akan makan peluru itu nanti . Layra sudah membulat mata dan menggigil . Suasana kini suram diiringi pula tangisan Nazmeen yang tidak henti-henti . Dalam hati berdoa agar Allah melindunginya .

Pistol dihala ke arahnya . Layra menggunakan tubuhnya untuk melindungi Nazmeen . Risau peluru itu akan terus ke sini dan terkena pada si kecil tidak berdosa itu .

" Kau tepi kalau tak nak mati ! Budak tu patut mati ! Biar mak dia dapat rasa apa yang aku rasa ! Sebab mak dia abang aku Irfan mati kau tau tak ?! "

" Kau jangan jadi bodohlah perempuan ! " Layra menjerit marah . Merah padam wajahnya saat ini . Saat itu kereta peronda polis dan lagi dua kereta meluru ke arah mereka . Layra yang sudah samar-samar pandangan itu dek akibat cairan hemlock yang masuk ke dalam badannya .

Yara dan Nurhan bergegas keluar dari kereta . Alangkah terkejutnya dia melihat Layra yang sudah pucat lesi sedang berdiri melindungi Nazmeen daripada Irma yang sedang mengacu pistol .

" Irma ! Drop your gun now  ! " Yara menjerit lantang pantas mengacu pistol pada gadis itu . Matanya sudah berkaca namun dia perlu kuat . Dia kena kuat untuk menyelamatkan anaknya .

Satu pasukannya sudah mengepung Irma . Pistol diacu pada gadis itu . Layra dengan lemah cuba mengambil Nazmeen namun belum apa-apa gadis itu sudah rebahkan diri .

" Layra ! " Nurhan berlari mendapatkan gadis itu . Wajah itu berpeluh sejuk . Kepala gadis itu sudah terletak di atas ribaannya . Telefon diambil untuk membuat panggilan kecemasan .

" Lah ! Yara , kau tengok suami kau ni . Boleh pula depan kau dia buat perangai macam ni ? Tolong bekas isteri dia ? "

" Kau diamlah iblis ! Letak senjata kau sekarang ! Kau jangan cabar aku , Irma ! Kau gerak kau mati ! " amarahnya sudah membuak semakin tinggi . Irma tertawa sambil tangan yang memegang senjata itu masih kekal menghala ke arah Nurhan dan Layra .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now