#CASE 22

1K 72 1
                                    

PINTU dikuak saat diketuk . Pandangannya mendongak  memandang Nurhan yang berdiri di hadapan pintu biliknya . Tiada secebis senyuman pun dibibir itu .

" Petang ni kita balik "
 
" Balik ? Habis Tesla awak macam mana ? Tinggal kat bengkel tu ? Tak nak bawa balik sekali ? "

" Buat apa lagi ? Buang la " Yara agak tercengang . Buang ? Amboi orang kaya ni belagak pula . Agaknya kereta tu murah macam beli Hot Wheels satu-satu tu ke ? Kereta itu di bengkel dan mungkin boleh dibaiki apa yang patut . Tunggu sahajalah .

" Amboi awak ni ? Ingat Tesla tu murah ? Beli pakai token  ke ? Itu kereta kesayangan awak kot takkan nak buang macam tu je ? " Nurhan menahan geram memandang gadis itu . Masa ni la nak membebel macam makcik-makcik .

" Kereta boleh beli baru . Awak jangan nak membebel boleh ? Kalau nak balik , ikut . Tak nak tinggal sini baliklah sendiri "

" Yang nak marah-marah ni kenapa ? Cakap elok-eloklah ! "
Yara menengking lelaki itu sebelum masuk ke dalam bilik semula . Nurhan terus menuruni tangga . Afwan yang berdiri dengan memegang secawan kopi memandang abang angkatnya itu .

" Apahal terjerit-jerit tu ? Korang dua okay tak ? " Nurhan menghembus nafas perlahan . Manakan tidak Afwan dengar kerana Yara menjerit kuat tadi . Gadis ini pun satu hal .

" Af , umi walid mana ? " diabaikan soalan Afwan itu tadi . Malas nak panjang-panjangkan cerita . Afwan terus menunjuk ke luar rumah .

" Umi kat luar teman walid basuh kereta " terus sahaja Nurhan melangkah keluar dari pintu utama . Dia menuju ke parkir kereta saat terdengar suara Hajah Saadiah bergelak ketawa bersama Haji Adham .

" Umi , walid " kedua orang tua itu memandangnya . Nurhan ukir senyuman sebelum ambil tempat di satu kerusi bersebelahan Hajah Saadiah .

" Ye ? Han okay tak ? Dah cuci luka dahi tu ? "

" Dah umi . Umi , petang ni Han dengan Yara balik tau . Qaid datang ambil kami "

" Lah... kamu berdua baru lepas accident kan ? Rehatlah dulu sampai dah rasa okay sikit . Yara tu umi baru kejap lagi nak urutkan tangan terseliuh dia tu "

" Tak boleh umi . Han ada hal kat hospital tu . Umi kalau nak urut tangan Yara tu boleh je sebelum petang " Hajah Saadiah menghembus nafas kecil dan mengangguk . Terusan sahaja dia bangun untuk mencari Yara di dalam rumah .

Nurhan memandang Haji Adham . Mata mereka saling bertembung . Haji Adham dapat menghidu ada sesuatu daripada Nurhan saat ini . Seolah ada benda yang anak muda itu mahu katakan .

" Cakap jelah , Han . Walid tahu ada benda Han nak cakap dengan Walid " Nurhan tersengih . Sudah agak walid akan dapat mengesannya .

" Err... Han nak cakap pasal Yara "

──•~❉᯽❉~•──

Dia menahan sakit saat Hajah Saadiah mengurut tangannya . Cukup sakit sehinggakan dia mengigit jari telunjuknya sampai memerah .

" Sakit umi... "

" Ini paling lembut umi urut tau . Tahanlah sikit . Kata polis... " Yara mengetap bibir . Sakit dia tu bukan kepalang rasanya . Mencucuk sampai kepala .

Hajah Saadiah tersenyum melihat wajah itu yang sudah memerah . Dia memberhentikan urutan dan menepuk lembut tangan itu tanda sudah selesai .

" Dah . Kurang kan rasa sakitnya ? "

" Haah la . Lega sikit tangan Yara . Umi beli tangan umi ni kat mana ? Power la ! " dia mula bergurau dengan wanita itu . Hajah Saadiah mula tertawa sebelum menarik telinga gadis itu manja .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now