NURHAN menarik nafas dan menghembusnya perlahan . Tarik dan hembus . Itu sahaja yang dia lakukan dari pagi tadi .
Songkok di kepala sikit-sikit dia betulkan padahal elok sahaja terletak . Penghawa dingin yang dipasang di dalam masjid itu tersangatlah sejuk . Sejuk sehingga ke tulang . Bahunya dicuit Qaid sebelum lelaki itu mendekatkan bibir ke telinga Nurhan .
" Selawat . Bukannya first time kau kahwin " dia nasihat dan dalam masa yang sama memerli . Sekadar jelingan sahaja dia balas . Nak bagi sedas penumbuk tunggulah habis akad nikah nanti .
Yara yang sudah duduk jauh di belakang dilihat dari ekor mata . Tidak tahulah apa rupa bakal isterinya itu mengenakan busana putih . Yara yang dikenalinya pencinta warna hitam . Suram dan seram .
Tangan dihulur untuk memulakan akad . Sekadar wali hakim sahaja digunakan sebagai jurunikah memandangkan Yara adalah anak yatim dan tiada saudara mara lagi . Ijab sudah dilafazkan dan menunggu sahaja qabul dari dirinya . Nafas ditarik sebelum bismillah dibaca perlahan .
" Aku terima nikahnya , Yara Hanina binti Yusof dengan mas kahwinnya seutas rantai dan cincin emas " tangan digoyangkan tanda berjabat dan sebagai penutup .
Dapat sahaja kata sah dari kedua-dua saksi , ucapan syukur diucapkan oleh orang-orang yang menyaksikan pernikahan itu . Doa dibaca dan diaminkan bersama .
Nurhan bergerak ke arah Yara . Terpegun dia melihat gadis itu yang cantik berseri mengenakan busana putih dan solekan tipis tapi masih menawan . Yara mengetap bibir malu bila semua orang sudah tersenyum-senyum menyaksikan mereka .
" Asalamualaikum , Puan Yara Hanina . I'm Nurhan , your husband " dia berbisik kecil dan menghulurkan tangan seakan ini adalah perkenalan pertama . Yara tersenyum dan menyambut salam itu . Agak sejuk tangannya kerana ini kali pertama dia menyentuh tangan lelaki secara terus sebegini .
" Waalaikumsalam , Encik Nurhan Waail . I'm Yara , your official wife " dia mencium tangan itu dengan bibir dan hidungnya setelah cincin emas berjaya disarungkan pada jari manisnya . Nurhan terus mengusap kepala yang beralaskan tudung dan veil sepanjang siku itu .
Dagu Yara dipegang sebelum ciuman hangat dijatuhkan di dahi . Segala gambar dan potret diabadikan orang-orang yang berada di dalam rumah Allah yang indah ini .
Qaid tersenyum melihat kedua-dua pasangan itu . Gambar Yara dan Nurhan diambil dari kamera telefon canggihnya . Gembira dia melihat kegembiraan senyuman sahabatnya itu .
" Mission completed ! " serentak Yara dan Nurhan menyebut sambil tangan berjabat kembali seperti mereka sudah menyelesaikan satu misi .
──•~❉᯽❉~•──
Selesai majlis di Dewan Pengantin Mahar Cinta , terusan sahaja Nurhan membawa Yara pulang ke rumahnya . Kereta diparkir di garaj saat tiba di rumahnya di Kingsley Hills itu .
Yara yang tidur keletihan melayan tetamu dan pihak media dari pagi tadi sehinggalah mahu masuk waktu senja ini ditatap wajahnya . Kedua-dua mereka masih mengenakan busana pengantin berwarna putih . Tangan yang berinai merah dan dilukis cantik itu digenggam kemas .
" Puan Yara Hanina , bangun ! Dah sampai ni " tangan itu dikucup dan dibawa ke bibir . Sedar dengan perilaku dan sentuhan suaminya , matanya terus terbuka .
" Jom turun "
" Kita kat mana ? Rumah siapa ni ? " Nurhan memandang wajah isterinya tak sangka . Tak sangka itulah respon Yara dan soalan itu tidak terfikir bakal keluar dari mulut gadis itu .
" I gave my house key to you but you never came here . Am I right , sayang ? "
" Busy la . Mana la sempat nak tengok rumah awak " dia mengesat matanya yang kabur sedikit gara-gara baru bangun dari tidur . Tak bersalah betul dengan Nurhan .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...