#CASE 09

1.2K 89 0
                                    

DUA cawan kopi dibawa ke arah ruang tamu . Dihulur satu cawan pada Nurhan yang sedang menonton televisyen . Ucapan terima kasih disebut . Baru sahaja dia mahu meneguk air kopi latte hangat itu , dia terpandangkan permukaan air yang dihias dengan 'latte art' berbentuk daun .

" siap decorate eh ? "

" Bekas barista ni bro " Qaid menyebutnya dengan bangga sambil menghirup kopi latte miliknya . Nurhan tersenyum dan turut merasai kopi yang dibuat oleh sahabatnya itu .

Cawan diletakkan di atas meja . Dia memandang Qaid yang sedang fokus pada iPad Pro . Rancangan di kaca TV sudah tidak menarik perhatiannya saat ini .

" Dude , aku boleh tinggal rumah kau ni berapa lama ? "

" Suka hati kau la . Kau nak tinggal sini terus pun tak apa " Qaid berkata dengan mata masih fokus pada iPad Pro miliknya . Cawan kopinya dihirup lagi . Bila dia teringatkan sesuatu , Qaid memandang Nurhan .

" Han , apa cerita Layra ? "

" Kena tahan sebab ada rakaman yang si Layra ni pergi True Talent Agency malam kejadian Deena meninggal . Motif dia pergi sana polis tak tahu . Layra pun tak bagi kerjasama langsung " Qaid menghembus nafas kecil . Nama Layra sedang menjadi buah mulut satu Malaysia saat ini . Tajuk hadapan , ' Isteri pengarah Han Medical ditahan atas sebab membunuh pelakon dan model Deena Hairudin ' .

" Kau rasa Layra yang bunuh Deena ? "

" Aku tak tahulah , Qaid . Boleh dikatakan dia ada motif dendam pada Deena . Actually Deena ada ugut Layra nak bagitahu aku yang dia curang dengan aku . Tapi Deena bagitahu aku juga lepastu . Bila aku minta nak bercerai dengan dia , itu yang dia meroyan semacam . Boleh jadi dia bunuh Deena sebab ni "

Membulat mata Qaid dibuatnya . Bermacam-macam cerita yang keluar dari mulut lelaki itu dan dia baru tahu sekarang .  Keningnya berkerut seribu merenung wajah Nurhan .

" Layra curang ? Sebab tu kau nak bercerai ? "

" Hm . Kau tau kan Rayden CEO syarikat besar kat KL ni ? Dia la dark lover Layra . Bila aku sibuk oustation sana sini , perempuan tu bawa Rayden datang rumah . Aku tak nak tahulah apa yang diorang berdua buat kat rumah tu tapi sumpah aku kata kat kau yang aku jijik nak duduk rumah tu lagi sebenarnya " Nurhan melepaskan geram dan amarah . Agak sedikit lega dia dapat memberitahu rahsia ini pada Qaid .

Selama ini dia masih menjaga aib Layra . Tapi setelah tahu Layra mungkin dalang disebalik kematian Deena , dia tak akan bertolak ansur dengan gadis itu . Qaid mengangguk faham dengan emosi Nurhan saat ini .

" You have a right , dude . Aku sokong kau bercerai dengan Layra . Ni hidup kau , kau ada hak " Nurhan menghembus nafas perlahan .  Dia cuba menenangkan dirinya dengan secawan latte yang masih tersisa .

──•~❉᯽❉~•──

" Nah ! Fail yang kau minta " fail kes diberikan kepada Kaysa . Saat itu , mata Kaysa melihat sesuatu di jari gadis itu . Terus dia mencapai pantas tangan Yara yang hendak mahu beredar pergi . 

" Weh ! Cantiknya cincin ! " Kaysa berkata kagum . Yara menarik tangannya daripada pegangan gadis yang mengikat rambut ekor kuda itu .

" Siapa bagi ? Ada orang lamar kau ke , Yara ? "

" Yara kena lamar ? Huh ! Lambat lagi ! " Akim mencelah dan menyertai kedua gadis itu . Dia memandang mengejek wajah Yara yang melihatnya tidak puas hati .

" Apa yang lamar apa yang cantik ? " soal Akim ingin tahu . Yara sudah malas mahu layan . Saat dia mahu beredar , tangannya ditarik semula oleh Kaysa kuat menunjuk cincin di jari manisnya pada Akim .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now