#CASE 16

1K 70 0
                                    

YARA tiba di hadapan pintu wad Yaqhzan . Baru sahaja mahu membuka pintu , sudah terlihat Anne di situ duduk di sisi katil Yaqhzan merenung wajah lelaki itu yang masih tidak sedarkan diri .

Bila gadis itu ada di situ , terbantut niatnya . Terus Yara bertekad untuk pergi . Nanti sahajalah dia melawat Yaqhzan . Dia berjalan menyusuri susur hospital itu .

Tiba-tiba sahaja dia lihat seorang budak kecil yang sedang dalam keadaan tidak tentu arah . Terus dia menghampiri budak lelaki itu .

" Adik ? " budak kecil itu yang kira-kira berusia 5 tahun mendongak tinggi memandang Yara . Gadis itu merendahkan tubuhnya agar sama tinggi dengan budak itu . Yara mengukir senyum kecil merenung wajah yang sedang dalam keliru itu .

" Adik cari apa ? Kenapa sorang-sorang kat sini ? "

" Ibu... " Yara mengangguk faham . Matanya cuba mencari ibu budak tersebut . Keadaan dalam hospital ini tersangatlah sesak dengan ramai pesakit . Agak sedikit sukar untuk mencari ibu kepada budak ini .

" Tadi last ibu kat mana ? Ingat ? " Nurhan yang baru sahaja keluar dari perut lift terlihat Yara yang sedang berbual bersama seorang budak kecil . Dia menghampiri perlahan gadis itu . Tidak terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh .

" Kat sana lepastu Ekal nampak cat lepastu Ekal tak jumpa ibu "

" Ekal la ni jauh dari ibu ? Hm ? Bahaya tau sorang-sorang . Jom kita cari ibu ye ? " Yara mula berdiri . Saat dia berdiri , Nurhan sudah berada di hadapannya . Terdiam gadis itu dan menjeling Nurhan .

" Uncle Han ! " Yara memandang Ekal yang tiba-tiba sahaja bersuara ceria apabila ternampak Nurhan . Pasti budak ini kenal Nurhan . Lelaki itu melambai kecil pada Ekal sebelum fokus pada soalan Yara .

" Apa awak buat kat sini ? "

" Chagi ? Lupa ke ? This is my hospital , right ? " Yara hampir terlupa tentang itu . Nurhan tersenyum kecil sebelum merendahkan diri sama tinggi dengan budak lelaki kecil yang sudah mengenggam kemas tangan Yara .

" Ekal ? Ibu hilang ye ? Come kat uncle kita cari sama-sama " terus sahaja Ekal berjaya dalam dukungan Nurhan . Yara berdecit dan menjeling lelaki itu dengan tangan bersilang ke dada .

Mereka berdua mencari bersama ibu kepada Ekal ini . Mereka berdua masuk ke dalam lift dan menekan butang menuju ke tingkat 4 . Yara mula hairan bila Nurhan agak yakin sekali menekan punat itu .

" How ? "

" How what ? "

" Kenapa awak tekan tingkat 4 ? Awak tahu ke family dia kat mana ? "

" Macam saya cakap pada awak , chagiya . This is my hospital " Yara mendengus nafas kecil . Malas nak bercakap dengan mamat sewel otak udang macam Nurhan ni . Buat sakit hati je .

Mereka membelok masuk ke satu wad lelaki . Di situ terletaknya beberapa katil yang tersedia . Yara melihat beberapa pesakit lelaki yang sedang terlantar sakit teruk di situ .

" Asalamualaikum " Nurhan memberi salam dan mengukir senyum . Kedua-dua mata itu memandang mereka . Seorang wanita meluru ke arah Nurhan apabila melihat anaknya ada di dalam dukungan lelaki itu .

" Ekal ada kacau orang ke doktor ? Maaf saya pun tak sedar dia hilang tadi . Sibuk jaga ayah dia "  wanita itu berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat tangan . Ekal mula menukar ke dukungannya . Yara sekadar melihat sahaja Nurhan berkomunikasi dengan mereka .

" Tak kacau pun . Biasalah budak-budak nak membesar kan banyak bergerak sana sini " Nurhan membalas juga dengan bahasa isyarat tangan . Lelaki itu mengukir senyuman manis pada wanita itu .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now