#CASE 08

1.2K 88 0
                                    

PENUMBUK dikepal kuat dengan gigi diketap rapat . Dirinya seakan sudah hilang sabar bila Layra menjerit seperti dirasuk . Dia melangkah ke arah tahanan reman gadis itu . Dipukul gerigi bisi itu kuat melepaskan geram .

" Boleh diam tak ?! Kau ingat sini tempat test vocal ke nak menjerit melalak bagai ?! " Layra mencengkam rambutnya dan mendongak tajam memandang detektif berbaju serba hitam itu .

" Aku tak salah... lepaskan aku la gila ! " Layra terus bangun dan berlari ke arah Yara yang berdiri di luar tahanannya . Gadis itu menjeling Layra dengan tangan bersilang ke dada . Malas mahu melayan , terus Yara melangkah pergi .

Nafas Layra naik turun memandang tindakan selamba Yara Hanina . Dia menjerit memanggil gadis itu namun tidak dihiraukan olehnya . Sampailah tekaknya berasa sakit , dia terus berhenti menjerit .

" Aku tak bunuh Deena... aku tak bunuh dia... Korang semua pekak ke apa huh ?! " gerigi besi itu dipukul kuat melepaskan marah .

Yara melangkah ke arah lobi menuju ke arah Nurhan yang duduk di sofa . Lelaki itu berdiri saat Yara di hadapannya . Senyuman diukirkan pada gadis itu namun tiada balasan .

" Ikut saya . Kami akan terangkan kenapa Puan Layra ditahan " Nurhan mengangguk kecil dan mengekori gadis itu berjalan menuju ke bilik mesyuarat .

Saat pintu ditolak , Akim dan Kaysa berada di situ menunggu mereka diikuti sekali saksi yang memberikan rakaman tersebut . Punggung dilabuh di kerusi di meja bulat itu .

Akim menolak laptop ke arah Nurhan agar dapat lelaki itu melihat rakaman video tersebut . Fokus sahaja Nurhan menonton rakaman video hitam putih itu . Yara disisinya juga melihat sama .

" Ini dashcam kereta Encik Irfan yang terparking kat situ pada waktu 7.50 malam sebelum Cik Deena ditemui mati sekitar jam 1.45 pagi di tempat yang sama iaitu True Talent Agency . Dalam rakaman ni memang jelas kelihatan isteri Encik Nurhan ada kat situ dengan berhoodie . Bila kami intterogation Puan Layra sebab dia ada kat situ  , dia tak bagi kerjasama " Yara menerangkan panjang lebar dengan wajah serius . Dia memandang Irfan yang duduk di sisi Akim .

" So Encik Irfan , I wanna ask you some question . Masa ni Encik Irfan ada kat True Talent Agency ke atau kat tempat lain ? "

" Tak . Saya tak ada kat situ . Masa tu saya keluar dengan adik saya untuk pergi dinner . Dia yang jemput saya kat situ malam tu " terang Irfan pada Yara dengan wajah tiada perasaan . Memang karakter dirinya sebegitu . Seakan lelaki itu memang langsung tiada perasaan dan reaksi wajah .

" Kami dapat laporan yang pada malam tu juga , Cik Deena ada kat situ sekitar waktu Puan Layra ada di sana " Irfan mengangguk dengan kenyataan Kaysa . Memang benar pada malam itu Deena Hairudin ada di True Talent Agency sama waktu dengan Layra Auren ada di situ .

" Ye , sebelum saya keluar nak pergi dinner memang Deena  ada kat situ untuk make up before dia bergerak pergi acara anugerah industri malam tu . Tapi saya tak perasan la pula kalau Puan Layra ada kat sana juga "

Akim dan Kaysa mengangguk faham . Yara masih memerhati lelaki di hadapannya itu lama . Dia perlu teliti dengan semua keadaan kalau mahu menangkap suspek .
 
" Kenapa awak check dashcam kereta awak ? I mean , memang selalu check ke ? Jarang saya dengar orang kerap check dashcam kalau tak ada apa-apa keperluan "

" Tak selalu . Kebetulan saya buka dan tengok . Bila rakaman tu ada , saya bawa ke sini . Mana tahu boleh membantu siasatan " tenang sahaja jawapan Irfan . Yara mengangguk faham sebelum menegakkan badannya dari bersandar pada kerusi . Matanya masih tak lepas merenung Irfan sama sekali . Nurhan yang sedar tindakan gadis di sisinya memandang sekejap Yara . Apa yang difikirkan gadis itu sekarang ?

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now