#CASE 47

1.1K 62 0
                                    

TANGAN Nurhan yang termenung seketika ditaut dengan tangannya . Digenggam tangan itu dan diusap lembut . Dia tahu hati suaminya sedang terkilan saat ini .

Terkilan dengan apa yang menimpa Layra Auren .

" Bodoh abang ni . Dia dah minta maaf pada abang patutnya abang ni maafkan dia dan layan dia baik-baik . Tapi sek-- "

" Its okay , abang . Layra pun mungkin tak akan kisah pun tentang hal ni . Abang jangan rasa bersalah ye ? Kita doakan Layra ditempatkan di kalangan orang-orang beriman , okay ? " Nurhan sekadar mengangguk sebelum dia mengeluh kecil .

Menjelang sahaja malam , majlis tahlil arwah Layra diadakan di rumah Nenda Rozita atas permintaan Nurhan dan Yara sendiri . Sebagai tanda terima kasih mereka berdua kerana menyelamatkan Nazmeen .

Kalau Layra tiada , entah selamat atau tidak anaknya . Layra disahkan mati kerana kegagalan komplikasi jantung dan diserang sawan yang teruk . Mungkin kerana racun yang merebak ke seluruh anggota aktif . Darah dan paru-paru .

Yara memandang kesemua tetamu . Sekadar dijemput kenalan dekat sahaja . Matanya memandang Nazmeen yang duduk di atas ribaan suaminya sambil menekur dengar semua orang membaca Surah Yassin .

Tiba-tiba sahaja matanya berair . Dia terlalu berterima kasih kepada Layra . Gadis itu sudah menyelamatkan nyawa anaknya . Tidak sempat dia mengucap syukur dan terhutang budi pada gadis itu .

Kalau sahaja pun Layra mendengar , banyak benda dia mahu ucapkan pada gadis itu .

Terima kasih Layra . Terima kasih selamatkan anak aku...

──•~❉᯽❉~•──

PANCARAN cahaya slide memenuhi skrin . Semua mata tertumpu pada skrin tersebut . Semuanya seperti biasa akan dikendalikan oleh Joshua yang bijak IT dikalangan mereka .

" Nama suspek , Irdina Alia binti Imran . Berumur 24 tahun dan merupakan adik kandung Irfan Ali bin Imran , suspek kes hemlock setahun lalu . Irdina menggunakan nama barunya , Irma Afia sebagai identiti baru selepas Irfan dihukum gantung sampai mati oleh pihak mahkamah " jelas Kaysa yang mengendalikan mesyuarat mereka petang ini .

" Suspek buat pembedahan ke ? Kenapa muka dulu dan sekarang lain ? " Tuan Jad bertanya sambil tangan disilang ke dada .

" Ye betul , tuan . Suspek pernah kemalangan dua tahun lalu di New Zealand sehinggakan terpaksa membuat pembedahan muka . Masa tu dia masih menggunakan namanya , Irdina Alia . Tapi lepas Irfan meninggal dunia , dia terus menukar namanya kepada Irma Afia untuk membalas dendam pada Yara . Attack dia Yara sebab antara kita semua , Yara adalah inspektor paling orang kenal dalam menyelesaikan kes hemlock ni "

Yara sekadar diam dan mengangguk-angguk sahaja . Dia memandang Tuan Jad yang sedang memandangnya . Dia tahu lelaki itu simpati dengan apa yang terjadi pada anaknya yang menjadi mangsa keadaan .

" Sekitar jam 5.15 petang , anak saya Nazmeen Yurfina dilarikan oleh Irma atau lebih senang dikata Irdina . Layra , bekas isteri suami saya menelefon saya dan menyatakan yang anak saya dilarikan ketika arwah dalam perjalanan pulang ke rumah . Arwah yang nampak anak saya menangis di dalam kereta Myvi lilac tersebut " mengikut protokol dia terangkan . Dia masih terkilan dengan apa yang jadi .

Layra tak patut mati . Tapi sebab kekejaman Irdina , gadis itu pergi buat selamanya .

" Nazmeen macam mana sekarang ? Okay ? "

" Alhamdulillah she's fine , tuan " Yara menjawab soalan prihatin dari ketuanya itu . Lelaki itu mengangguk-angguk dan mengucap syukur secara perlahan .

" Okey Kaysa , sambung "

" Masa kami geledah rumah suspek , ada satu bilik kami jumpa . Dalam bilik tu macam makmal . Siapa sangka dalam tu banyak racun hemlock dan Tina dah sahkan itu memang racun hemlock . Irdina menjual racun-racun itu setelah dia proses sendiri mengikut jejak arwah abangnya . Fokus dia pada pembeli yang kebanyakkannya menjalankan kegiatan menculik "

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now