#CASE 14

1K 83 3
                                    

YARA menuruni tangga menuju ke tingkat bawah . Dia menguap kecil . Hari ini dia ambil cuti kerana keletihan . Baik dia ambil rehat seketika .

Kedengaran bunyi bising di dapur . Yara terus melangkah ke arah dapur dan kelihatan Puan Saleha sedang membelek almari dan peti sejuk . Dia mengukir senyum tipis pada wanita itu sambil mengusik rambut pendek tengkuk yang baru dipotongnya beberapa hari yang lalu .

" Errr Cik Leha lapar ke ? "

" Eh tak la Yara . Cik Leha tengok je mana tahu Cik Leha boleh masak ke . Minta maaf memunggah sesuka hati " Yara mengggeleng tanda tidak mengapa sebelum berjalan dekat ke arah wanita itu .

" Sepatutnya Yara yang patut minta maaf . Rumah Yara ni kering tak ada apa sebab Yara duduk sorang . Sepatutnya semalam Yara patut beli apa yang patut . Erm Sofya mana ? "

" Dekat atas . Haa tu dia " Yara menoleh memandang Sofya yang berjalan riang . Dia mengukir senyum pada gadis muda dua tahun darinya itu . Besar dah Sofya .

" Sofya , jom makan luar nak ? Akak belanja Fya dengan mak "

" Eh ! Boleh ke ? " bersinar terus mata gadis itu dibuatnya . Pantang sahaja mendengar perkataan belanja terus sahaja menjadi riang .

──•~❉᯽❉~•──

Sudu dan garfu berdenting di pinggan masing-masing . Yara memandang dua beranak itu yang menjamu makanan penuh berselera . Yara membuat keputusan untuk makan di restoran berdekatan hospital Han Medical sahaja . Mudah untuk bergerak melawat Yaqhzan nanti .

Alhamdulillah , Yaqhzan kini stabil dan ambil masa untuk lelaki itu sedar sahaja . Yara berharap sahabatnya itu sedar dan masih kekal memorinya . Jika Yaqhzan tidak mengingatinya , itu adalah satu benda yang perit baginya .

Mereka datang ke sini dengan bantuan Kaysa yang mengambil mereka memandangkan Yara memang tiada kereta . Sudah diajak Kaysa agar menyertai mereka namun gadis itu ada urusan lain pada saat akhir .

" Yara kenapa dah lama tak balik kampung ? Rindu Cik Leha pada Yara tau " Puan Saleha memecah sunyi . Yara terkedu dan tersenyum nipis . Bila difikirkan balik sudah lama dia tidak pulang ke kampung . Apa khabar pusara arwah umi dan abi ? Masih terjaga atau tidak . Rumah ?

" Yara sibuk hm... sibuk " dia tersenyum kelat sebelum menyambung lagi kunyahan nasi goreng cina itu . Puan Saleha dapat merasakan Yara menipu . Gadis itu sedang menyorokkan rasa . Dia sekadar mengangguk . Tidak mahu berkata lebih kerana itu adalah peristiwa gelap Yara .

" Cik Yara ? " ketiga pasang mata itu memandang ke arah suara yang menyebut nama gadis itu . Mati senyuman Yara bila melihat Nurhan di situ . Apa lagi mamat ni ?

Lelaki itu mengukir senyuman pada Puan Saleha dan juga Sofya yang matanya langsung tidak berkedip . Kagum melihat wajah kacak Nurhan . Masih single ke ?

" Hm . Encik Nurhan "

" Tak sangka jumpa awak kat sini . Tak kerja ? " Yara tidak menjawab soalan itu . Dia berharap sangat Nurhan ni pergi daripada sini . Dia tahu lelaki itu ada hati padanya dan dia tekad untuk membuat hati yang berbunga itu pudar dengan layanan acuh tak acuh daripadanya . Dia tak rasa mahu membuka pintu hati untuk lelaki . Tak ada pasangan hidup pun tidak mengapa .

Perasan Nurhan sudah mula rasa janggal dengan layanan Yara , Sofya menunjuk kerusi di hadapannya yang kosong atau lebih tepat di sisi Yara . Kesian pula dia pada lelaki kacak ini .

" Err bang ! Duduk la . Datang sini nak makan kan ? Jomlah makan dengan kitaorang sekali "

" Eh ! Boleh ke ? " terus Nurhan mengambil tempat di sisi Yara bila mendapat keizinan daripada Puan Saleha dan Sofya . Suka dua beranak itu dengan Nurhan yang mesra dan sopan santun . Yara memandang lelaki itu geram dan menjelingnya .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now