RAMAI tetamu sudah berkunjung makan sambil berbual sesama sendiri di meja masing-masing . Para makcik-makcik sudah berkumpul satu meja berbual sakan .
Maklumlah ! Bawang rangers kan ?
Yara sibuk mendukung anaknya yang menangis dari tadi . Entah mahu apa dia tak tahu. Matanya meliar mencari Nurhan . Kot-kot anaknya ini mahukan suaminya ke ?
" Nazmeen nak papa ke ? Papa sibuklah sayang . Mama tak nampak pun papa " sudah puas matanya menjengah-jengah keluar rumah . Mana pula la suaminya pergi ?
" Yara ? Kenapa ni ? " Haji Adham menyapa . Dia menguntum senyum pada walid yang muncul segak berbaju melayu ungu .
" Yara cari Nurhan . Tak nampak pula dia kat mana . Risau si Nazmeen ni nak papa dia "
" Ouh yeke ? Tak apa biar walid panggil kalau walid nampak dia . Ini Nazmeen ni walid rasa dia panas ni . Yara pergilah naik atas bawa dia rehat duduk dalam aircond ke . Lagipun bukan ada kerja apa pun . Umi walid boleh layan tetamu "
" Okeylah kalau macam tu . Yara naik kejap ye walid ? " dapat sahaja anggukan dari Haji Adham , Yara bergerak menaiki tangga menuju ke tingkat atas menuju ke bilik tidur .
Penghawa dingin dihidupkan dan dia meletakkan Nazmeen di atas katil . Baju dress yang dipakai anaknya ditanggalkan . Nazmeen menangis dan Yara cuba menenangkan si kecil itu .
Tak sampai beberapa minit , pintu bilik terkuak dan terpacul suaminya yang segak berpakaian baju melayu ungu . Terus dia meluru pada anaknya . Nampak sahaja si papa , Nazmeen segera mengerakkan tangannya mahukan hero tersayang .
" Alolo... cari papa ye ? " Nazmeen terus melompat masuk ke dalam pelukan Nurhan . Yara menggeleng melihat anak daranya itu . Macam-macam sahaja perangainya .
" Nampak papa terus diam dia ye ? "
" Penyejuk hati anak perempuan adalah papa dia sendiri . Betul tak Nazmeen ? " laju Nazmeen mengangguk-angguk . Yara memuncung dan terasa iri hati .
Nazmeen ni hebat betul penangannya . Boleh tumbangkan Nurhan terus . Boleh cairkan dan sejukkan hati suaminya . Hebat betul anugerah anak ini .
" Kalau anak perempuan penyejuknya adalah papa dia , habis isteri ? Haa... Yara anak yatim tau "
" Alahai ada yang merajuk pula ? Penyejuk hati isteri suami dialah siapa lagi ? Harini jumaat , elok usap kepala anak yatim pada hari jumaat . Mari sini " Yara mendekati suaminya . Terus kepalanya diusap lama . Dihadiahkan kucupan pada dahi isterinya .
Terus bibir itu menguntum senyuman . Yara mengusap pipi suaminya sebelum tangan naik mengusap pula kepala Nurhan . Matanya merenung mata itu lama .
" Kita dua-dua anak yatim . Cumanya abang hanya hilang ayah abang , Yara hilang keduanya . Yara sedih bila ibu dan abi tinggalkan Yara tapi Yara sedar yang Allah hanya pinjamkan mereka seketika sahaja untuk Yara . Sampai masa Allah ambil balik "
" Macam kita . Allah hanya pinjamkan abang untuk penuhkan hidup dan sempurnakan agama Yara . Sampai masa Allah akan ambil abang daripada Yara atau Yara Allah ambil daripada abang "
" Itu sebab semua kat dunia ini milik DIA , sayang " hidung itu dicuit manja . Nurhan meletakkan kepala di atas peha isterinya . Nazmeen diletakkan duduk di atas perutnya .
Senyap sahaja si kecil . Jumpa papa di yang tersayang boleh buat tangisan dan suara nyaring itu senyap terus . Hebat penangan seorang ayah kepada anaknya .
Tangan Yara mengusap kepala itu . Lembut sahaja rambut suaminya ini . Lagi lembut dari rambutnya . Kadang dia cemburu kenapalah rambut lelaki lagi lembut dan cantik daripada perempuan ?
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...