AKIM merenung mata Yaqhzan yang turut juga memandangnya . Sesekali Kaysa di sisi dikerling dan dia menghembuskan nafas kecil .
" Kenapa kau letak location detect kat cincin Yara ? Any motif ? "
" Saya suka Yara . Ni jujur . Saya letak location detect tu sebab nak tahu dia kat mana and nak pastikan Yara okay . Sejak kes kematian Deena , I know Yara doesn't back to her home . Sebijak-bijak dia seorang polis , Yara tak reti jaga kesihatan diri " terang Yaqhzan tenang .
Yara mengurut pelipis dahinya dan menggeleng kecil disebalik cermin gelap yang dipisahkan dengan bilik soal siasat itu . Tuan Jad yang duduk di sisinya memandang Yara dan tersenyum senget .
" Berapa lama Yaqhzan ni suka kau ? "
" Since zaman uni lagi , tuan . Dia ajak saya kahwin but I dont love him . Dah kena reject pun tak sedar-sedar lagi ! " dia melepaskan geram . Dia tahu Yaqhzan sewel kadang-kadang . Tapi ini sudah tahap melampau .
" Kau rugi reject orang macam dia . Effort dia tinggi tu sampai langgar undang-undang lagi " Tuan Jad mula mengusiknya . Yara menjeling lelaki tua yang berumur lingkungan 40-an itu . Tuan Jad tergelak dan fokus pada Akim dan Kaysa yang menyoal siasat Yaqhzan .
" Aku rasa dia tak ada motif nak bunuh Deena . Location detect tu untuk kau . Betullah dia cakap yang kau tak reti jaga kesihatan . Tengok harini , kau demam kan ? Tapi still kerja . Ubat ? Memang tak ditelan la jawabnya "
" Tuan Jad ni ayah saya ke ? Bising pulak ! " tangan disilang ke dada sambil bersandar pada kerusi . Hidungnya diusik tatkala terasakan gatal .
" Yes ! I'm your father . Aku bapak korang semua kat sini . Sudah ! Yaqhzan tak ada kena mengena dengan kes ni . Nanti kau pergi hospital , minta ubat . Aku ada kawan kat sana kau jumpa je dia "
Tuan Jad terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik pemerhati itu setelah Akim dan Kaysa selesai menyoal siasat Yaqhzan .
Yara masih memerhati di sana dengan kepalanya yang sakit . Keluhan dilepaskan sebelum merenung tajam Yaqhzan yang sudah berdiri mahu beredar . Masih dia marah apa yang dilakukan lelaki itu .
" Tak ada kena mengena pun... aku still tak percayakan dia... "
──•~❉᯽❉~•──
Yaqhzan berjabat tangan dengan Akim sebelum beredar . Senyuman diukirkan pada Kaysa . Matanya meliar mencari susuk tubuh Yara namun masih tidak kelihatan .
" Err Yara mana ? "
" Dia sibuk sikit " Kaysa menipu . Dia tahu Yara tak mahu berjumpa dengan Yaqhzan dengan situasi begini . Nanti mengamuk gadis itu di balai ini .
Yaqhzan mengangguk faham dengan senyuman pahit . Dia tahu Yara tidak mahu berjumpa dengannya langsung . Yara masih memarahinya .
" Okaylah saya balik dulu . Minta maaf sebab buat macam ni "
" Faham . But benda ni tetap salah . Keputusan ada kat tangan Yara sama ada dia nak saman awak atau tidak . Awak tunggu la respon dia " Kaysa mengukir senyuman pada lelaki itu . Yaqhzan mengangguk faham dan meminta diri untuk pergi .
Langkah lelaki itu diperhati Akim dan Kaysa sehinggalah Yaqhzan menghilang dengan kenderaannya . Yara melangkah dengan hidungnya yang kemerahan menuju ke arah motornya . Bila sedar Yara berjalan di sisinya , Kaysa menahan gadis itu .
" Kau nak kemana Yara ? " Yara menunjukkan kad hospital yang diberikan oleh Tuan Jad padanya . Akim melihat keadaan gadis itu yang lemah gemalai dengan wajah yang pucat lesi .
" Nak naik motor ? Larat ke ? Aku boleh je hantarkan "
" Tadi datang boleh je aku bawa motor . Its okay , aku boleh pergi sendiri " Kaysa menahan lengan gadis itu dari melangkah pergi . Akim menggeleng kecil dengan kedegilan gadis itu .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...