SETELAH seminggu dia ditahan di hospital , barulah dia dan anaknya dibenarkan pulang . Alhamdulillah keadaan Nazmeen sudah stabil dari biasa cumanya anaknya itu memerlukan rawatan susulan lebih lanjut lagi .
Sampai masuk seminggu pun sebab Nazmeen hidapi jaundis . Lama juga anaknya terpaksa duduk di bawah sinaran lampu biru . Kini dia akan berpantang dan berehat di rumah keluarga Nurhan . Atas suruhan nenda .
Tubuh Nazmeen diletakkan di atas katil di bahagian tengah-tengah . Lena sungguh si kecil . Yara mengusap kepala itu lembut sebelum dikucup kasih .
" Kecik betul dia " dia tersenyum hambar . Nurhan sekadar diam sahaja . Ye , tubuh Nazmeen agak sedikit kecil dari bayi biasa . Kemungkinan besar anaknya ini genit sahaja orangnya nanti bila dah meningkat usia empat atau lima tahun atau mungkin sekolah rendah kelak . Lambat membesar orang kata sedangkan mama dan papa Nazmeen tinggi orangnya .
" Tak apalah dia kecik pun . Baru comel " dicuit pipi merah itu dengan berhati-hati . Risau pula kalau si kecil itu bangun dan merengek .
" Kalau Nazmeen ada masalah pernafasan lagi , bagitahu ye ? Abang ada bawa balik semua keperluan untuk dia dari hospital "
" Abang rasa dah besar nanti macam mana dengan pernafasan Nazmeen ? " suaminya tersenyum kecil . Dia tahu Yara risaukan dengan tahap kesihatan puteri kecil mereka .
" Nazmeen boleh kena asma . Tapi tak apa kita boleh latih dia sama-sama guna inhaler tu nanti " Yara sekadar mengangguk sebelum dia mengukir senyumannya . Nurhan mengusap kepala itu . Cuba menyatakan yang anak mereka baik-baik sahaja .
Tangan Yara dicari dan digenggam kemas . Diusap tangan itu dengan bibir menguntum senyuman yang manis . Yara menanti apa yang suaminya mahu katakan . Pasti ada sesuatu .
" Cuma abang nak pesan awal-awal pada Yara ni . Anak kita mungkin nanti tak akan macam anak orang lain . Dia sempurna dari segi fizikal dan kita tahu tu . Cuma dari segi mental dan tahap kesihatan dia mungkin tak akan memuaskan " bibir diketap dan tekun mendengar suaminya berkata-kata . Ini peringatan awal dan pesanan untuknya .
" Nazmeen punya kes ni dia lahir pramatang dan banyak kesan dia nanti bila dia dah besar . Dia mungkin akan lambat belajar semua benda . Dia akan lambat daripada budak lain . Sakit tak payah cakaplah terlalu mudah anak kita hidapi penyakit nanti . Antibodi dia tak berapa nak kuat . Kita mama papa dia yang akan pastikan kesihatan Nazmeen terjaga . Andai Nazmeen macam tu , kita kena sabar dengan dia . Dia bukan sindrom , tak pun . Cuma lambat nak pick up je . Pupuk dalam diri untuk sabar . Ini sekadar kemungkinan yang akan jadi pada Nazmeen nanti . Faham maksud abang kan ? "
Yara mengangguk faham . Dia faham dengan penerangan suaminya . Nurhan tersenyum dan mengusap kepala isterinya lembut .
Bukan apa , isterinya ini kadang tahap sabarnya boleh hilang juga . Dia risau andai satu hari tidak tahan bersabar dengan Nazmeen . Dia sebagai suamilah yang akan mengawal semua itu nanti .
──•~❉᯽❉~•──
Selepas dia menyusukan Nazmeen , diletak si kecil itu di tengah-tengah katil . Kaki diatur untuk membawa langkah untuk turun ke bawah .
Baru sahaja mahu menguak pintu , Nurhan sudah membuka pintu dari luar . Dulang makanan di tangan lelaki itu dipandang sebelum dia melihat bibir itu mengoyak senyum .
" Sayang nak kemana ? "
" Makan kat bawahlah . Ini kenapa bawa makanan sampai atas ni ? Abang nak makan kat bilik ke ? " Nurhan tertawa halus sebelum dibawa langkah ke katil . Punggung dilabuh di situ sebelum meletakkan satu mangkuk bubur nasi dan satu gelas air kosong di atas meja lampu .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...