Bab 36

1.8K 70 1
                                    

Di campak topi dan iphonenya di atas katil.. menyirap betul dengan si khalish! gila betul.. huh dadanya turun naik menahan marah..dia duduk dibirai katil..dikepal kuat cadar katilnya..memori lama menjengah kembali..

Selepas mikail tinggalkan dia,khalish datang di biliknya petang tu.. khalish bagitahu yang mikail tak nak bertanggungjawab dengan kejadian malam tu..Alasan mikail diorang suka sama suka..mana dia tak marah,dia dah bincang hal ni dengan mikail..dan bila kawan baik mikail sendiri ceritakan macam2 pasal mereka berdua.. bermakna semua orang tahu.. malu hanya tuhan je tahu.. dah macam dia takde harga diri.. walaupun itu bukan salah dia..

Itu yang mikail ceritakan dekat saya sebelum dia balik tadi.. dia harap awak tak berharap apa2 dengan dia..~ beritahu khalish

Mengalir laju airmata hanis.. dia hanya menunduk dari tadi..sampai hati mikail tinggalkan dia.. pagi tadi mikail dah janji nak kahwin dan balik jumpa mak.. diramas2 kain kurungnya.. rasa diperbodohkan..sakit hati dia bagai ditoreh..

Dia angkat mukanya tersenyum..

Takpe awak.. saya paham.. terima kasih awak ceritakan hal sebenar pada saya.. ~ jawab hanis lembut

Awak jangan sedih ye.. mikail memang macam tu..perempuan bagi dia pakai buang.. saya yang jadi kawan dia pun malu.. ~ tunduk khalish


Hanya mengangguk lemah.. hanis redha!


Bunyi deringan iphonenya kembali ke alam realiti.. disapu air mata tadi..sangat menyakitkan hati bila teringat kata2 khalish.. dasar kawan tak guna!!! penipu!!! dia yakin Mikail bukan macam tu.. walaupun dia masih tak tahu kenapa mikail tinggalkan dia dulu.. dia harus percayakan suaminya..

Diangkat iphonenya.. tertera nama Kak long !


Ye kaklong... ~ jawab hanis disapu air mata dipipi nya..berdehem betulkan kotak suaranya

Maafkan mak hanis.. maafkan mak...mak yang salah.. ~ meraung mak menangis di talian..

Dup jantung hanis rasa nak terjatuh.. dia bingkas berdiri dari duduk ..kenapa suara mak? dia rasa tak sedap hati dah!

Makk kenapa makk?? bagitahu hanis kenapa mak menangis?? ~ resah hanis..

Dia dah mundar mandir..

Marissaa.... ~ mak menangis lagi.. kuat...

Rasa nak pengsan hanis...sabar hanis! cool down hanis! dengar nama marissa dia nak meraung!

kenapa dengan marissa makk? cakap mak!! ~ kuat sedikit suara hanis.. terkejut!!

Marissa hilang hanis..... ~ mak melaung lagi...


YA ALLAH.. lembik lututnya! terduduk hanis dilantai biliknya...

Terdiam.. terkaku.. terkejut...

Airmatanya laju mengalir.. dalam kepalanya dah kosong.. tak tahu nak cakap apa.. dia jauh nak berlari pun tak sampai.. dia kelu..


Hanis... haniss..~ mak masih memanggilnya..


bila mak?? macam mana dia boleh hilang?? ~ terketar2 suara hanis..kepala dah pusing,pening nak muntah pun ada..


Pagi tadi mak dekat dapur.. dia tengah main sorang2 dekat belakang rumah..bila mak panggil dia senyap.. mak cari dia satu rumah takde sampai sekarang.. itu yang mak call kaklong dan semua orang.. ~ menangis2 mak bercerita

hanis masih begitu..terbayang gelak tawa marissa.. dia rasa nak gila... tapi dia harus sabar dan kuat.. mungkin marissa ada bermain2 dimana2..

Nanti hanis call mak balik.. apa2 call hanis mak.. ~ ucap hanis cepat2 mata tak nampak siapa.. hanya nampak suaminya! Mikail!

MRS CADEN { IN EDITING }Where stories live. Discover now