Mikail yang baru masuk office pagi ni.. agak rushing disebabkan mahu ke outstation ke turki sekejap lagi..sebelum outstation dia mahu settlekan sign check untuk pembekal dahulu..dibelakangnya imran mengekori langkahnya sama2..
Natasha p.a mikail yang ternampak bos nya melulu masuk ke dalam office terus bangun bersama note booknya...
Mikail bukak blazer nya diletak di atas kerusi office nya terus duduk...
"Yes natasha.. anything for me today?"~ tanya mikail dibukak on laptopnya
"tak ada apa apa tengku.. cuma Puan Sri pesan jangan lupa balik sebelum Tengku Malique bertunang minggu depan..."~ ujar Natasha
Mikail mengeluh... tak habis habis mommynya.. Malique nak bertunang je kot.. takde kene mengena dengan dia.. even dia tak datang pun majlis tetap berlangsung..benda remeh macam tu nak peningkan kepala..
"Saya keluar dulu tunggu tengku.."~ pamit natasha sebelum bos dia mengamuk pagi2 ni baik la dia keluar dulu.. muka tengku dah lain macam dah tu..
"Flight kita pukul berapa imran?"~ tanya mikail..
Imran yang tercegak di hadapan tengku dari tadi..dikerling jam di tangan kanannya..
"Pukul 11 tengku.. tengku tak nak jumpa bos dulu ke sebelum berangkat?"~ tanya imran.. kalau2 mikail nak jumpa daddy nya dulu..
"hmm. next time la.. lagipun daddy tengah dekat club golf kan? malas la i nak jumpa kawan2 dia tu.."~ jawab mikail..
Selama dia mengambil tugas daddynya tak pernah dia join apa apa club untuk hi tea.. bagi dia buang masa.. melainkan ada meeting atau melibatkan projek yang hendak dijalankan.. baik la dia pergi gym or tenis elok jugak kesihatan..
......
"Adik cuti ke hari ni?"~ tanya Hanani kepada hanis
Hanis yang sedang bermain2 dengan si danish ni... dicium2,dicubit2 pipi..eee geram betul anak saudaranya itu.. bau baby sangat la wangi, sama macam marissa masa kecil dulu..hehe ni kalau marissa tengok menangislah sebab jelous.. dah besar pun jelous kuat..
"Haah cuti.. tapi esok dah kerja balik dah..."~ matanya masih menatap danish menguap2 ngantuk...
Hanani rasa adiknya ada masalah tapi tak nak share.. dengar apa yang mak bagitahu tadi pun dia ada rasa sesuatu terjadi.. kesian adiknya.. umur masih muda tapi jalan kehidupan dah macam orang dewasa.. kuat sungguh adiknya.. kalau dia ditempat hanis.. dah lama dia jadi gila.. dia tak kuat macam hanis...membesarkan marissa dengan seorang diri.. dia yakin dia pun tak mampu..
"mommy...... mommy....."~ Marissa berlari2 menjerit... tencunggap2 dia..
"Syhhhhh danish ni tidur ni sayang.."~ bagitahu hanis.. disapu muka marissa yang dah kemerahan berpeluh.. basah lecun habis rambut semua..
Terangguk2 marissa... terus dia bisik telinga hanis..
"Ayah bagi ikan mommy.. ikan misai...."~ bisik marissa
"Ikan misai? ikan ape tu?"tanya hanis disisir rambut anaknya dengan jemari kebelakang sampai berpeluh2.. ishh main apa la sampai macam ni..
"Ikan keli hanis... abang ambil dengan pak mail tadi, boleh suruh makcik masak lemak cili api.."~ jawab Salman dari arah pintu depan rumah
Perkataan ayah dari mulut marissa itu yang di ajar salman ketika hanis dan marissa balik ke kampung hari tu.. Sejak dari kes hanis dulu.. dia pun balik ke kampung bersama2.. tak sanggup nak kerja disitu.. hati masih rasa bersalah disebabkan tak jaga hanis dengan elok...bagi dia disitu hanyalah kenangan pahit.. cuma sampai sekarang dia dan salmiah tak tahu siapa gerangan lelaki yang buat jahat dengan hanis..
"Hmm sedapnya abang man kan mak masak ikan tu.. dah telan air liur ni hanis.."~ sambil tergelak2 hanis.. lapar pulak rasa
Salman tersenyum..
"Abang man balik dulu la hanis, kak long.. mak sorang2 tu kat rumah"~ pamit Salman, badannya panas melekit buat kerja tadi.
"Okay.. salmiah balik bila abang man?"~ hanis bangun mahu menghantar salman ke muka pintu rumah..
Kawan baiknya si sam sekarang kerja dekat singapore... haritu masa balik dari UK tak sempat nak bagitahu salmiah lagi busy sangat...rindu nak dengar si sam dengan mulut takde insuran tu.. haha
"Katanya nanti majlis Husna bulan depan.."~ jawab abang salman sambil turun ke arah tangga..Husna kak ngah kepada hanis
"ohh.. okay abang man.. terima kasih la bawak marissa tadi jalan2.. hehe"~ ujar hanis
Salman yang tersenyum.. dari tadi lagi dalam kepalanya mahu bertanya...
"Hanis okay ke?"~ Salman bertanya, walaupun takut dia tetap mahu bertanya.. kalau tak susah hatinya...
Hanis tersenyum...
"Hanis okay la abang.. abang jangan risau ok! dah abang pergi la balik nanti makcik cari pulak abang kat rumah.."~ hanis cuba mengelak dari salman...
Salman mengangguk.. terus pulang...
Hanis masuk kedalam biliknya,marissa yang leka tengok danish tidur..di baring sebelah marissa... dipeluk..dicium anak daranya.. terkekek2 gelak marissa perlahan.. takut2 danish terjaga.. mak long suruh dia jaga danish... ish mommy ni kacau la..ditepis manja tangan mommynya..
"Wanginya anak mommy ni..sayang dia.."~ hanis gomol ketiak marissa..biar berpeluh makin dia gomol marissa..geramm.. haha
"ofcourse la.. marissa kan anak mommy... mommy kan bau wangi jugak.. hehe"~ marissa yang masih kegelian digomol mummynya..
terus dia bisik pada mommynya..
"Mommy...boleh tak...rissa nak adik.. macam danish..."~ bisik marissa perlahan sebab danish tidur..
Hanis telan liur.. diangkat kepala memandang marissa.. terkejut! aduhh mana dapat soalan macam ni..
"Ishh...sape ni ajar baby cakap macam ni?"~ tanya hanis lagi, tak pernah2 anaknya tanya pasal ni kenapa pulak tiba2..
"Maktok la cakap.. if i want adik.. baby kena mintak dengan mommy and daddy.."~ bagitahu lagi marissa..bersinar sinar matanya memandang mommy..
Hah ?
"daddy mana pulak.."~ hanis terkebil2 terkejut... datang dari mana pulak la daddy...sejak marissa lahir ni kali pertama soalan daddy keluar dari mulutnya..
"Daddy mana ni? maktok cakap ke?"~ tanya hanis.. rasa nak berpeluh dahi dah... apa pulak la yang mak ajarkan si marissa ni..aduhhh
Marissa geleng kepala...
"noo.. maktok just cakap suruh mintak adik dengan mommy and daddy.. haa dari situ la rissa tahu pasal daddy.."~ panjang lebar marissa jawab dekat mommy
Ternganga hanis dengar jawapan marissa..ditelan liurnya kelat...ya allah anaknya dah besar.. tanya pulak pasal daddy.. macam mana ni... otaknya tak berfungsi pulak saat2 gentir macam ni... aduhhh dia masih terdiam seribu bahasa.. terkejut! ter blur pun ada...
"mommy mana daddy?"~ ujar marissa memandang ke arah mommynya..
Hanis telan liur..ahh sudah di garu kepalanya yang tak gatal...nak jawab apa ni...
"Daddy pergi kerja marissa.."~ jawab mak yang baru masuk ke dalam bilik nya...nampak anaknya terkebil2 dengan soalan marissa..
Hanis pandang ke arah mak.. tersenyum.. fuhh nasib baik mak datang kalau tak,tak tahu la nak jawab apa... selamat... thanks mak!!!!
"Lamanya daddy pergi kerja mommy? marissa dah besar pun daddy tak balik lagi? daddy kerja apa mommy?"~ soal marissa belum habis..
kaunter pertanyaan masih dibuka!
Terlopong hanis,, dah tak selamat mak!!!!! huaaaa nak nangiss!!!!!!
#MrsCaden #lovestory #RaraIsmail

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS CADEN { IN EDITING }
RomanceStatus : NUR HANIS gadis mentah yang tidak kenal erti cinta? Ye benar pertemuan pertamanya dengan Tengku Mikail Caden di pulau redang menjadi saksi bibit -bibit cinta di antara mereka berdua buat kali pertama dalam hidup gadisnya..Tenungan mata h...