Sejak dari peristiwa tu dah seminggu tak nampak wajah lelaki bernama Mikail.. ke mana dia? rindukah aku pada dia? tak ada maknanya nak rindu..lagi dia tak muncul lagi tenang hidup aku.. seminggu dia tak ada semua kerja dah settle.. Hari ni last day berada di rumah Puan Sri Edora... puas hati dengan dekorasi bilik ini walaupun tema bilik dark blue.. sehitam hati lelaki itu.. haha padan muka!
Baru saja melangkah turun dari bilik atas ke bawah..dia melihat Puan Sri Edora berada di ruang tamu bersama seorang lelaki sedang membaca buku,sudah berumur tapi masih segak.. mungkin suami dia? daddy mikail?
Puan Sri Edora mengangkat muka terpandang hanis berjalan ke arahnya.. dia tersenyum..terus bangun dari duduknya..
"Hanis sorang ke hari ni?"~ tanya Puan Sri Edora lihat kiri kanan hanis.. selalu berdua dengan nabil. tadi hanis buat kerja dia tak nak ganggu tu yang tak tahu berdua ke bertiga..
"Haah puan sri ,semua dah settle cuma hanis datang untuk last check je.. kot ada apa2 tak ok lagi ke.."~ jawab hanis
"You ni la hanis yang i cakap tu..."~ bagitahu Puan Sri Edora memandang ke arah Tengku Mizan suaminya..
"Hanis kenalkan ini suami saya.. Tengku Mizan.."~ diperkenalkan Tengku Mizan pada Hanis..
Mereka saling membalas senyuman...
Oh ni la daddy Mikail.. Tengku? rupanya Mikail anak orang berada..patutlah! macam2 andaian bermain dipikiran.. hmm segak orangnya walaupun dah berumur.. mana tak hensem si Mikail kalau mummy dan daddy nya segak.. hensem ke mikail?
TIDAKKK !! 😏
"Hanis free tak esok?"~ tanya Puan Sri Edora memandang tepat muka hanis..
Hanis lambat2 mengangguk perlahan.. kenapa pulak Puan Sri tanya aku...
"Haa.. elok la tu.. malam esok my son bertunang.. you datang ok.."~ Jemput Puan Sri
Anak dia bertunang? terkebil2 mata hanis.. anak dia yang mana? mikail ke? atau Puan Sri ada anak lelaki lain?nak ditanya, memang tak la.. aduh dah kenapa kau cakap free esok hanis!!!!
.....
Nak pergi ke tak.? nak pergi ke tak.? hanis mundar mandir di bilik tidurnya sudah dari petang tadi.. malam ni majlis tunang anak Puan Sri Edora..kang aku tak pergi di cop sombong.. kalau pergi jumpa jantan tak guna plak.. tapi...dah seminggu tak nampak mikail.. hmm.. hmmm pergi jela.. mesti dia tak ada punya.. kalau dia ada mestilah dah lama nampak... ok kali ni je hanis!
Sampai je dikawasan Villa Edora's .. hanis parking jauh sikit.. nampak banyak kereta di hadapan Villa tu.. aduhh.. kecut perut aku,macam mana ni.. di lihat wajahnya di cermin.. rambut dilepaskan hanya di pin kecil kiri dan kanan, bibirnya di calit sedikit lip gloss..tak nak nampak over..malam ni dia pakai baju kurung moden warna kuning cair.. ish berdebar2 plak aku dah macam aku nak bertunang dah kenapa! haha
Dia keluar dari kereta..di ambil handbagnya..ditarik nafas perlahan.. walaupun jantung dia dari tadi tak nak duk diam.. ish! berjalan menuju masuk ke dalam perkarangan Villa.. jari jemari nya diramas sesama sendiri..
Ramainya orang, dah la aku tak kenal sape2 ni..desis hati hanis
Sedang dia berjalan matanya terpacak ke arah 2 buah khemah besar dan banner majlis pertunangan di tulis M&A .. jantungnya rasa terhenti... langkahnya juga terhenti,lutut terasa nak tercabut.. mata terasa panas nak menangis.. buat hal betul mata ni!! disedut perlahan nafasnya.. berjalan lagi perlahan,sampai di pintu rumah rasa macam tak kuat nak masuk dalam rumah.. di jenguk sedikit dari luar.. tema pelamin bertunang white and pink! diketap bibirnya.. dia kah nak bertunang? mana ungkapan cinta rindu pada aku minggu lepas? hmm dasar lelaki sama sahaja.. bibir kata rindu tapi hati? hati bila suka dicari tak suka dilepaskan.. mudahkan jadi lelaki! tak kira Aku nak balik!!!

YOU ARE READING
MRS CADEN { IN EDITING }
Roman d'amourStatus : NUR HANIS gadis mentah yang tidak kenal erti cinta? Ye benar pertemuan pertamanya dengan Tengku Mikail Caden di pulau redang menjadi saksi bibit -bibit cinta di antara mereka berdua buat kali pertama dalam hidup gadisnya..Tenungan mata h...