Mikail masuk je dalam bilik.. hanis tengah nak pakai baju,masih lagi bertuala..pandangan dia kosong! Mikail duduk dibirai katil..dia masih berfikir gerangan lelaki bernama salman.. hmm
Dilihat mikail termenung.. hanis melangkah ke arah mikail...disentuh bahu mikail..
You kenapa? ~ tanya hanis
Mikail angkat muka.. terkejut! dia tak perasan hanis disebelahnya
Err takde pape.. tu kat luar abang man you datang.. ~ Beritahu Mikail.. masih berfikir..
Hanis dengar je nama salman.. terus duduk disebelah mikail..
Hah.. yeke you? dia dah tahu ke? ~ soal hanis..berdebar2 jugak jantung dia..
Not yet...~ sepatah Mikail jawab..
Hanis telan liur.. eh takkan mikail jealous kot! sampai macam takde mood ni..
Sayang marah eh dia datang sini? ~ duga hanis dilihat muka mikail lain macam..
Mikail pandang hanis.. lama..
Eh taklah.. you keluar la dulu kejap lagi i keluar.. ~ jawab mikail..tersenyum paksa..memandang hanis lagi..
Sure? ~ tanya hanis di tatap wajah suaminya.. dipegang muka mikail..ish sayang ni..geram!
yes baby.. pretty sure! ~ jawab mikail..dicium bibir hanis dengan lembut..pasti dia okay..
Okay i siap kejap pastu i keluar.. ~ terus hanis sambung siap2..
....
Daddy? sape daddy ? ~ tanya salman sedikit pelik.. tak pernah2 marissa terkeluar perkataan daddy sebelum ni..rasa macam ada sesuatu je yang dia tak tahu.. di pandang ke arah makcik habibah..
Marissa pergi panggil mommy.. maktok nak cakap dengan ayah kejap!..~ cepat2 habibah arahkan marissa masuk..
Marissa hanya mengangguk.. sambil berlari2..
Makcik ni nak cakap pun serba salah,tak cakap pun serba salah dengan man.. seeloknya biarlah hanis yang cakap dulu.. tapi dah alang2 marissa cakap ni makcik bagitahu jela..~ ujar habibah perlahan2 disusun ayat dengan teratur.. tak nak bagi salman terasa..dia tahu selama ni Salman sukakan hanis, dah lama dia tunggu hanis.. dulu masa hanis pregnant, dia nak jadi pak sanggup..tapi hanis menolak dan terus bawa diri ke luar negara sambung belajar..
Jantung Salman tak okay dah! dia hanya mengangguk..dalam hati Allah je tahu..
Mikail tu daddy marissa..daddy kandung marissa... ~ bagitahu habibah takde berkias-kias..
Terkejut Salman.. rasa jantungnya tiba2 jatuh ke tanah..terkebil2 matanya mendengar..
Maksud makcik.. dia.... ~ tak dapat salman nak habiskan ayat...
Habibah mengangguk tanda paham..
yaa.. dialah lelaki yang hanis jumpa dekat pulau dulu.. dan dia... hmm...dia dengan hanis dah berkahwin man... ~ jawab habibah lambat2.. dia selesaikan semuanya disini.. tak mahu tersekat dimana2..nanti dirahsia lama-lama orang mengata..salman pun dianggap seperti anak kandungnya..
Ya Allah mengucap panjang Salman.. patutlah hari ni dia rasa tak sedap hati.. rasa macam pelik.. rupanya...hmm terus salman bangun.. dia tak sanggup dah nak mendengar.. sakit hatinya bagai ditoreh...hanis dah kahwin? hmm tapi siapalah dia mahu marah? dia dengan hanis bukannya ada ikatan sah..
Man balik dulu makcik.. adahal sikit.. ~ baru je Salman mahu melangkah pergi..
Abang man... ~ panggil hanis.. dia dah dengar mak beritahu salman... dia perlu jelaskan hal ni kepada abang man..entahlah dia tak tahu kenapa dia harus jelaskan pada salman. tapi disebabkan abang man abang kepada salmiah sahabat karibnya dan juga pernah menaruh perasaan kepada dia.. dia perlu explain..
.....
Hanis cintakan dia? ~ soalan pertama salman pada hanis di luar rumah..
Hanis yang duduk di gazebo di tepi rumahnya..mata hanya memandang padang yang meluas.. dipejam matanya.. soalan yang berat perlu dia jawab dihadapan Salman dan dia hanya mengangguk..
Salman pejam mata..lama.. di tarik nafasnya..sungguh sakit dan kecewa mendengar jawapan hanis..
Dah lama hanis kahwin dengan dia? ~ tanya Salman lagi..
Nak masuk 2 bulan abang man.. ~ jawab hanis lagi.. dipandang wajah abang man.. yang sedang berdiri kaku..
2 bulan..?! jadi masa abang man datang KL hanis dah kahwin ke? jadi dialah lelaki yang bawak hanis pergi masa kenduri kak husna? ~ soalan bertubi-tubi dikeluarkan dari mulut salman, yang lama dia pendam.. akhirnya diluahkan.. masakan tidak 1 kampung nampak lelaki lain bawak kereta hanis.. tapi dia menidakkan.. rupanya dia yang ditipu hidup2. Bodohnya kau salman!
hanis bukan tak nak bagitahu abang.. tapi hanis belum bersedia lagi time tu.. hanis tahu abang marah.. maafkan hanis.. ~ jawab hanis lagi.. dah mula rasa bersalah ya amat!
Salmiah tahu tak? ~ soal salman.. dia masih tak percaya...mana mungkin salmiah tak tahu..walhal salmiah sahabat baik hanis..
Hanis mengangguk..
Sam tahu.. tapi sam tak salah pun sam hanya ikut ikut cakap hanis je untuk rahsiakan hal ni..~ jawab hanis lagi..dilihat muka abang man menahan marah..
Hanis percaya ke lelaki tu betul2 sayangkan hanis? atau dia ada muslihat lain? ~ duga salman.. entah2 lelaki tu saja nak ambil kesempatan diatas kelemahan hanis..bukan dia tak tahu hanis cantik.. perfect di mata lelaki.. mana mungkin tak ada orang yang nak..hanis baru je balik malaysia.. alih2 dah kahwin dengan lelaki tu.. atau lelaki tu ugut hanis? soalan demi soalan muncul dikepala salman..
Hanis tahu abang man risaukan dia.. dengan apa yang telah terjadi dulu..dia tarik nafas panjang.. memandang tepat wajah abang man yang tak jauh darinya..
Insyaallah abang man, dengan izin Allah dia jodoh yang terbaik untuk hanis.. abang doakan hanis boleh... ~ jawab hanis..
Mana mungkin hanis tak terkesan dengan soalan abang man.. dia pun pernah terfikir macam tu..dia hanya berjumpa tak lama dengan mikail dah kahwin..tapi dia hanya mampu berserah.. kalau betul Mikail jodohnya semoga Allah peliharakan.. dan kalau bukan jodohnya dia terima dengan seadanya..hanya Allah yang tahu perjalanan kehidupannya..
Salman terdiam... tak ada soalan lagi untuk hanis..
Abang man balik dulu..~ pamit Salman..
Baru je dia pusing mahu berjalan ke arah motornya.. matanya memandang Mikail di jendela bilik hanis.. memandang ke arahnya tak berkelip.. diteruskan juga langkah kakinya.. tanpa menoleh ke arah hanis.. Perasan kecewa hancur..terasa ditusuk ke jantungnya.. pasrah... sabar salman! hanis bukan jodoh kau!
Hanis yang bangun memandang abang salman pergi meninggalkan dia disitu.. di toleh ke arah jendela biliknya.. si suami memandangnya hanya memberi senyuman.. dibalas juga senyuman itu.. walaupun soalan abang man tadi masih terasa.. dia tepiskan demi kebahagiaanya..
Betul ke Mikail jodohnya?
Ya Allah kau peliharakanlah hubungan kami suami isteri hingga ke jannah.. tiada lain aku pinta.. redhailah hubungan cinta kami berdua..
Airmatanya menitis dipipi..
![](https://img.wattpad.com/cover/316453337-288-k869386.jpg)
YOU ARE READING
MRS CADEN { IN EDITING }
RomanceStatus : NUR HANIS gadis mentah yang tidak kenal erti cinta? Ye benar pertemuan pertamanya dengan Tengku Mikail Caden di pulau redang menjadi saksi bibit -bibit cinta di antara mereka berdua buat kali pertama dalam hidup gadisnya..Tenungan mata h...