Life is abundant, and life is beautiful. And it's a good place that we're all in, you know, on this earth, if we take care of it.
Pagi yang indah dan tenang dia duduk di tepi tembok jalan kampung itu..melihat sawah padi yang dah lama dia rindukan..dia pejamkan matanya..bau sawah padi dengan angin pagi..fuhh nikmat betul..macam la bertahun tak balik kampung hanis..drama sangat kau ni..gelak dia sendiri..
Langit yang mendung tak ada tanda-tanda nak hujan tapi nyaman. Sejuk udara pagi-pagi macam ni elok untuk kesihatan sebenarnya..di betulkan tudung bawal nya yang senget terkena angin pagi..Ish!
Aihh rindu betul dengan kampung halamannya, rindu juga dengan arwah ayah..ayah meninggal dunia selepas aku upsr,dan lepas tu aku dapat masuk MRSM di langkawi. Sampailah sekarang aku dah habis spm dan sekarang cuti menunggu keputusan spm..
Mula-mula tu sedih la juga nak berjauhan dengan mak anak bongsu katakan asyik menangis rindukan mak.. Manja sangat! Ibarat makan tak lalu,mandi tak basah hiks! tiber...bak kata kak long aku terlalu cengeng..Biarlah aku anak kesayangan mak kot..
Cita-cita aku nak jadi artis you know! hahaha perasan ! orang lain belajar tinggi-tinggi nak jadi cikgu tapi aku? nak jadi artis..ini kalau mak dapat tahu masuk MRSM tapi bajet nak jadi artis, memang nak kena hempuk dengan penyapu..Berangan tak salah bukan? yela artis cantik,lawa semualah macam dalam drama tv tu PERFECT je memanjang..
Tengah-tengah dia mengelamun dia tengok jam di pergelangan tangan kanannya dah pukul 9 pagi.. Dia pusing ke arah belakang, melihat nasi lemak yang di belinya tadi di kedai makcik senah masih ada dalam bakul basikal.. Eh lapar la pulak..terus dia bingkas bangun berdiri,tapak tangan menyapu belakang tempat dia duduk tadi,kot la pasir melekat di baju kurungnya itu..belum sempat dia melangkah kaki ke arah basikal terdengar suara orang menjerit namanya..
Eh? siapa? dia pusing ke arah kanan.. Figura yang dia sangat kenal mengayuh laju basikal ke arahnya..
"Whooiii Hanisah mak kau cari kau lahh!! kau pergi mana?!!"~
Sam a.k.a Salmiah a.k.a bestfriend,a.k.a makcik kepochi, a.k.a sahabat till jannah yang dia ada. amboi panjang betul nak explain pasal si sam ni.haha glamor tak nama Sam? okay what aku yang bagi. hahaha dulu si Sam ni tak suka aku panggil dia macam tu,sebab dia cakap nama tu macam gigolo cina..haip ada ke patut cakap macam tu.. Glamor kot nama tu.. Dah lama-lama,elok je melekat nama tu sampailah sekarang..
Tercunggap-cunggap si Sam brek basikal di depannya..
Terangkat kening Hanis di sebelah kiri..
"Ish kau ni kan...banyak kali dah aku pesan jangan panggil nama tu..pagi-pagi dah buat aku stresss..!"~ bebel Hanis menuju ke arah basikal nya..
"Kenapa tak boleh? kau panggil aku Sam elok pulak? dah macam gigolo cina!!" ~ lawan Salmiah lagi..eh dia ni pagi-pagi dah nak cari gaduh dengan aku..
Sesuka hati dia pulak tambah belakang nama aku Hanisah..ish biul betul Salmiah ni. Nama aku cantik kot.. Semanis orangnya.. Haks!
"hmmm ye Sam kenapa ? ada apa ni?nak apa?" ~
Hanis malas nak bercakap panjang lebar dengan si Sam. 10 patah aku tanya,100 patah dia jawab.. Agaknya dulu Makcik Zainab makan burung merpati banyak kot..itu pasal mulut Sam ni kecoh..haha
"Ada apa kau cakap? Mak kau call aku cakap kau hilang..kau kenapa tak bawak fone? lepas subuh tadi tak balik- balik dari surau..dia ingat anak dia kena culik..Tapi aku heran jugak,sape la nak culik kau dah rupa macam Makcik Senah jual nasi lemak dah aku tengok..tak ada selera langsung.." ~ bebel Sam sambil pandang atas bawah Hanis.
"Eh kau ni dah lebih Sam..aku tadi lepas solat subuh dengar kuliah ustazah,dia cakap kita tak elok mengata orang.. Selagi orang tu tak ampunkan dosa kita.. berdosaaaaalah kita seumur hidup. haa samalah macam kau tu. mulut cabok!.." ~ bidas Hanis sambil melangkah naik atas basikalnya..
Terkebil- kebil si Salmiah..
"Alaahh kau ni aku bergurau jela,kau tahu kan aku rindukan kau..sayang kau Hanis..muah muah.." ~ pujuk Salmiah.. dah merajuk pulak dia..Adoiii!
"Dah tak payah nak muah muah sangat,kau tu dah mandi belum? entah-entah gosok gigi pun belum.. hahahah kau mesti tak mandi lagi kann kann tengok muka pun dah tahu,dah jom balik rumah aku, ni aku ada belikan nasi lemak Makcik Senah,kita makan sama-sama" ~ balas Hanis sambil tergelak..
Salmiah pandang dirinya atas bawah. Ya Allah dengan baju tidur nya aku. Punya la gelabah tadi Makcik Habibah call suruh cari Hanis tadi. Aku pun tak sempat mandi. Aduhh malu. ini kalau orang kampung tengok tak hinggin nak buat aku jadi menantu tapi Huaaaaa
......
"Jom la Hanis..kau temankanlah aku kerja kat sana sementara kau dapat keputusan spm tu. nak tak?" ~ pujuk Salmiah lagi
Hanis pandang Sam dan matanya turut memandang ke arah Maknya..hmm
"Pergi la Hanis..Mak okay je lagipun kan Abang Salmiah ada dekat sana.." ~
Habibah tahu Salman Abang kepada Salmiah baik orangnya..Setahu dia..dah lama Salman kerja sana sebagai tukang masak..Jadi apa salahnya nak bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM tu..
Salmiah mengangguk laju setuju dengan jawapan Makcik Habibah...
"Alaaa Hanis nak bermanja dengan Mak...baru balik kampung seminggu tak rasa puas lagi.. KL ke Terengganu tu jauh mak." ~ hmm Hanis cuba bagi alasan lagi..
"Takpe Hanis cuba dulu,kalau tak okay kerja sana Hanis balik sini..nanti Mak suruh kak angah ambil Hanis dekat sana? boleh?" ~ pujuk Habibah lagi..
Si Salmiah dari tadi mengangguk-angguk setuju dengan Makcik Habibah..bukan senang nak pujuk si Hanis ni..Lain macam susahnya..
"Mak macam tak suka Hanis duduk rumah je?" ~ nada merajuk dia dah datang..
"Ish budak ni ke situ pulak. Mak cuma nak Hanis belajar berdikari bekerja sendiri macam mana. Try dulu ,Abang Man kan ada di sana..dari Hanis duk rumah bosan jugak makan,bangun tidur..Baik la kerja cari pengalaman sementara tunggu result SPM nak sambung belajarkan.." ~ panjang lebar Habibah memujuk anak dara dia sorang ni..
Semua anak-anaknya Habibah diterapkan untuk berdikari dan tak perlu manja sangat..itulah pesanan arwah suaminya Omar. Nanti bila dia dah tak ada senang tak menyusahkan hidup orang lain dan sanak saudara. Bukan apa hidup ni tak semua orang dapat tolong kita melainkan diri sendiri. kak long dah bekerja,angah pun sama dah bekerja..sekarang tinggal si bongsu sorang je lagi. barulah lega hati seorang ibu..
Hanis mengeluh lagi..rasa tak sedap hati!
"hmmm yela Mak..tapi janji dengan Hanis,kalau tak okay Hanis balik?" ~ jiwanya masih tidak yakin mahu pergi..
"Ye mak janji.." ~ Aduh dah macam nak pergi berperang pulak..padahal nak suruh pergi kerja je. Si bongsu ni lain macam sikit..tidur pun nak berpeluk dengan mak nya lagi ,dah besar panjang pun. kalau dah belaki esok-esok macam manalah agaknya..
Yahooooo bersorak Salmiah. dia peluk Hanis. Yey! ada geng, disebabkan Abang Salman selalu cakap dekat sana cantik,so ape lagi. kerja sambil bercuti. jangan indah khabar dari rupa sudah! aku dah berangan habis nak feeling feeling dengan si Hanis.🤣
#MrsCaden #RaraIsmail
YOU ARE READING
MRS CADEN { IN EDITING }
RomanceStatus : NUR HANIS gadis mentah yang tidak kenal erti cinta? Ye benar pertemuan pertamanya dengan Tengku Mikail Caden di pulau redang menjadi saksi bibit -bibit cinta di antara mereka berdua buat kali pertama dalam hidup gadisnya..Tenungan mata h...