Pertumpahan darah pun bermula. Kamal pun melaungkan "Serang!" dengan kuat. Manakala Tuanku Putera Syed Firas pula melaungkan "Allahuakbar! Serang!" dengan sekuat mungkin.
Kawasan itu pun mula dipenuhi dengan bunyi jeritan, bunyi tapak kaki kuda, bunyi hunusan pedang dan banyak lagi. Siapa yang tidak biasa dengan suasana ini mungkin boleh pening kerana terlalu banyak bunyi-bunyi yang berlainan dalam satu masa.
Tanah yang bersih tadi mula dihiasi dengan darah yang merah dan pekat. Bau darahnya juga boleh dibau dari jauh kerana dibawa angin.
Putera Syed Firas dan Kamal pun berlawan antara satu sama lain. Kamal memandang dengan penuh kebencian.
"Tuanku Putera Syed Firas. Sudah tiba masanya. Aku tak akan melepaskan peluang yang ada depan mata aku," kata Kamal perlahan tapi Firas masih dapat dengar dengan jelas.
Manakala di sisi lain Puteri Syarifah Seroja yang berpakaian serba hitam itu tidak diendahkan oleh sesiapa. Tiada sesiapa mengetahui tentang kehadirannya itu. Terutama pihak lawan. Dia memakai perisai kepala yang hanya menampakkan mata indahnya saja.
Mereka semua kehadapan begitu juga Puteri Syarifah Seroja bersama srikandi yang lain. Kemas sahaja mereka memegang busur dan tali kuda itu. Bibir masing-masing tidak lepas daripada berzikir kepada Allah SWT. Adindanya pernah memesan kepada semua pahlawannya tadi sebelum bergerak selepas semuanya selesai solat fardhu subuh berjemaah di masjid utama di dalam istana.
"Assalamualaikum semua!" Jerit Putera Mahkota Syed Firas.
"Waalaikumussalam!" Serentak mereka menjawab salamnya.
"Beta ingin mengingatkan kalian supaya jangan pernah kalian berhenti berzikir dan berselawat sepanjang masa! Jika ada perkara yang membuatkan kamu marah dan sakit hati beristighfarlah! Supaya kalian tidak membunuh pihak musuh hanya kerana nafsu!" Sambung Putera Mahkota Syed Firas dengan lantang.
Ayat-ayat itu antara ayat yang selalu di ulang oleh ibondanya untuk memperingatkan bahawa sifat marah itu ialah antara pintu masuk syaitan untuk menguasai diri kita.
Puteri Syarifah Seroja yang terleka mula dapat melihat dari jauh bahawa adindanya ibarat telur di hujung tanduk.
Beberapa minit yang lalu
"Kau ingat peristiwa 20 tahun lalu?" soal Kamal seraya menghanyunkan pedang.
"Peristiwa Hutan Malang."
"Ma-macam mana kau tahu peristiwa itu?!" Mata Putera Syed Firas membulat. Tahun itu paling mengerikan baginya. Ayahandanya sendiri ketika itu tidak lagi menganggap dirinya sebagai anakandanya dan pewaris takhta Kerajaan Puspawangi.
Peristiwa itu masih kekal subur difikirannya sehingga kini. Dia cuba untuk melupakannya tetapi ianya masih meninggalkan parut dihatinya.
"Kakanda kau hilang di Hutan Malang itu! Aku sempat bertemu dengannya. Dia tersangatlah indah. Lebih lagi matanya," ujar Kamal seraya tangannya masih menyerang Putera Syed Firas. Kamal juga sempat gelak besar dan memandang pada Tuanku Putera Mahkota.
"Maaf sebab aku telah menghilangkan kesuciannya," kata Kamal lalu dia tersenyum sinis.
20 tahun yang lalu
"Apa?! Anakandaku hilang?!" Jerit Sultan Syed Fadhil.
"Aku sudah pesan untuk menjaganya! Dia itu perempuan! Perempuan tempatnya hanya di istana! Tapi kau tetap berdegil untuk bermain sembunyi-sembunyi!" Sambung baginda lagi.
Putera Syed Firas menangis teresak-esak seraya memeluk tubuh bondanya. Tak lama kemudian, dia juga memarahi dayang yang ditugaskan untuk mengawasi mereka.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...