Tok Tok Tok
Hamza yang pada mulanya ralit membuat kerjanya terus membenarkan gerangan yang mengetuk pintu itu. Matanya masih tidak lepas memandang kerjanya begitu juga tangannya yang masih ralit menulis.
Hamza pun mengerling sekilas sebelum memandang kembali pada kerjanya.
"Tidak pernah kau ketuk pintu sebelum ini. Dulu kau main cergah saja," perli Hamza dengan ketawanya apabila melihat Kasturi.
Kasturi berdehem. Hamza pun memandang. Terhenti tangannya daripada terus menulis. Dia melihat ayahandanya yang sudah duduk di kerusi yang tersedia di hadapannya.
"Ayahanda. Apa tujuan ayahanda ke mari?" soal Hamza seraya tangannya meletakkan kembali berus itu ditempatnya.
Dia pun berdiri dan berjalan ke arah ruang yang diduduki ayahandanya sebelum punggungnya menyentuh bantal lembut itu.
"Salahkah ayahanda sendiri mahu datang melihat anakandanya sendiri?" perli ayahandanya pula.
Kasturi hanya diam. Hanya menjadi pendengar sahaja. Keadaan yang sedikit tegang itu sedikit menyesakkan dada Kasturi.
"Esok, rombongan dari Kerajaan Manasuntra akan datang bersama puterinya. Ayahanda mahu kau juga turut serta bersama."
"Tapi--" belum sempat Hamza mahu mengelat, ayahandanya sudah potong. "Dah. Keputusan ayahanda muktamat! Mereka itu kerajaan yang berpengaruh. Jangan buat mereka memandang buruk pada kita pula."
Hamza terdiam. Dia kenal ayahandanya seperti apa. Jika ayahandanya kata itu, maka itu. Tiada siapa yang boleh menukar fikirannya jika dia sudah buat keputusan.
Hamza mengeluh. Baru dia berniat pada esoknya mahu berangkat ke Kerajaan Grindacara untuk menemui gadis idamannya.
Gadis yang dari mula sudah berjaya memaut hatinya. Sejak bila? Sudah 20 tahun lagi. Ya, waktu pertama kali mereka bertemu di Hutan Malang.
Kali kedua dia jatuh cinta adalah sewaktu dia bertemu sepasang mata yang dia jumpai ketika melaksanakan tugasnya di Turki.
Pada mulanya dia berfikir mungkin hanya kebetulan. Perempuan kecil yang dijumpai di Hutan Malang dan gadis jelita yang hanya terlihat sepasang matanya dan selebihnya ditutupi kain, kedua-dua mereka memiliki matanya yang persis sama. Tiada sedikit pun berbeza.
Pabila dia mengetahui dari Mak Wan di mana kampung halaman gadis jelita itu, dia sedar bahawa mereka orang yang sama. Orang yang sama yang berjaya mencuri hatinya.
"Mahu tanya. Mak Wan tahu kah gadis yang tinggal di depan surau ini. Kalau tidak silap, sudah lama saya tidak lihat dia ke surau mahupun di pasar sana. Saya berniat ingin memberikan semula sesuatu yang saya tidak sempat pulangkan." Jelas Hamza panjang lebar supaya Mak Wan tadi tidak salah sangka dengan niatnya ingin bertemu dengan gadis itu.
Hamza sering melihat gadis itu dengan Mak Wan sering bersama sebab itulah Hamza berani berterus terang.
"Oh.. Gadis jelita itu. Dia sudah pulang ke tanah airnya. Dia juga ada pesan dekat Mak Wan jika ada jejaka yang ingin memberikannya sesuatu, dia kata dia halalkan saja semuanya." Sambung Mak Wan.
Punah harapan. Sejak sampai di Turki, dia terus mencari gadis itu dan dia juga berpusing-pusing satu kawasan ini untuk mencari gadis itu. Dia juga sering ke surau supaya dapat terserempak dengannya tetapi bayang-bayangnya pun tidak kelihatan.
"Maaf Mak Wan, boleh saya tahu tanah airnya di mana?"
"Katanya Kerajaan.."
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...