Tiga bulan yang lalu
Kerajaan Puspawangi
"Assalamualaikum Bonda." Serentak Putera Mahkota Syed Firas dan Puteri Syarifah Seroja.
Puteri Syarifah Seroja memberi salam kepada bondanya sambil nafasnya masih tercungap-cungap kerana tuanku baru saja selesai urusannya di Turki sana. Manakala, adindanya pula baru balik dari Mesir atas tanggungjawabnya menuntut ilmu di sana.
"Waalaikumussalam. Kenapa tercungap-cungap semuanya? Baru sampai ya? Kenapa tak khabarkan kepada bonda yang kamu berdua mahu pulang ke istana? Firas, Seroja. Kamu tidak tinggalkan tanggungjawab masing-masing bukan?" tanya Permaisuri Syarifah Suriya selepas melihat kedua anakandanya itu pulang ke kerajaan ini tanpa khabar berita.
"Usah risau bonda. Anakanda telah meminta izin dari pengetua di sana untuk pulang ke istana," ujarPutera Syed Firas.
"Bonda juga usah khawatir. Urusan anakanda di Turki juga telah selesai tepat pada waktunya." Sambung Puteri Syarifah Seroja. Mata indahnya dikelip-kelip beberapa kali untuk memujuk bondanya supaya tidak dibebel oleh bondanya.
Bonda mereka hanya senyum nipis sambil menggeleng kepalanya apabila melihat tingkah kedua anakandanya.
Mereka berdua pulang ke Kerajaan Puspawangi pasti atas asbab mereka dapat surat rasmi dari kerajaan bahawa ayahanda mereka tidak beberapa sihat. Jujur sebenarnya ayahanda mereka sudah mula sakit sejak semua anakandanya menjalankan tugas masing-masing.
Permaisuri sudah merancang untuk merahsiakan penyakit misteri suaminya dari rakyat jelata dan termasuklah anakandanya sendiri. Tetapi disebabkan keadaan Sultan Syed Fadhil semakin parah, Permaisuri akhirnya menghantar orangnya untuk menghantar surat kepada kedua-dua anakandanya.
Dia risau jika anakandanya tidak sempat bertemu ayahandanya. Lagi-lagi dalam keadaan persahabatan antara Kerajaan Puspawangi dan Kerajaan Grindacara semakin goyah.
"Bonda. Bagaimanakah keadaan ayahanda?" tanya Tuanku Seroja.
"Masih tidak baik. Ayahanda kalian sudah tidur hampir 1 bulan."
"Bonda telah memanggil tabib istana kita dan semua perawat dari pelbagai tempat untuk datang ke istana untuk merawat ayahanda. Tapi dalam masa yang sama bonda hanya mampu mencari perawat yang boleh dipercayai yang mampu merahsiakan penyakit ayahanda." Sambung Pemaisuri.
"Jadi, adakah memang tiada perkembangan langsung pada ayahanda?" Putera Syed Firas melontarkan soalan.
Pemaisuri Syarifah Suriya hanya mampu menganggukkan kepalanya sebagai tanda mengiyakan soalan puteranya.
"Tapi, bonda ada rancangan. Lepas ini bonda akan cuba rawatan islam pula."
Tuanku Seroja risau dengan kata bondanya tadi. Tuanku dapat meneka yang sakit ayahandanya mungkin ada kena mengena dengan benda ghaib.
"Bonda, bagaimanakah persahabatan kerajaan kita dengan Kerajaan Grindacara? Adakah masih belum pulih?" Puteri Syarifah Seroja pula yang melontarkan soalan pada bondanya.
Sekali lagi bondanya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum berdengus perlahan.
─•~❉᯽❉~•─
Keesokan harinya
"Hairan. Tiba-tiba kau datang kemari. Ada apa?" Soal Puteri Syarifah Seroja apabila sepagi ini sudah ada tetamu.
![](https://img.wattpad.com/cover/312988165-288-k490351.jpg)
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Tarihi KurguSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...