Selepas sahaja menunaikan kewajipannya, Seroja terus ke belakang halaman rumah Cempaka. Halaman rumah itu memang luas. Sudah serba lengkap untuk dirinya berlatih.
Segala kelengkapan dia sudah bawa sejak kelmarin lagi. Bahunya yang mula pulih memudahkan lagi dirinya untuk bergerak bebas. Kain Cindainya dililit dipinggang. Kain cindai itu miliknya. Kecuali peralatan lain seperti keris, kerambit dan lain-lain.
Kebanyakan semua peralatan tempurnya itu mempunyai ukiran khas yang melambangkan Kerajaan Puspawangi. Oleh itu, dia hanya lebih kerap mengenakan kain Cindai. Saat berlatih juga, dia hanya memakai peralatan milik kak Cempaka dan Tok Li
Maka, dia tidak mahu ambil risiko dia tertangkap. Namun, kain Cindai ini yang dipakainya sekarang juga dia hanya pakai sewaktu dia mahu berlatih kerana kebanyakannya kain cindai ini dimiliki oleh golongan pembesar dan pemerintah, orang bangsawan dan yang berperang. Itu kerana, kainnya sangat bermutu tinggi dan tidak mudah dihasilkan. Tidak semua rakyat marhean memilikinya.
Seperti biasa, dia akan gunakan masa dan peluang yang ada untuk mengasah lagi seni pertahanan dirinya.
Matahari yang sudah pacak di atas kepalanya membuatkan dirinya mandi peluh. Air sungai yang mengalir itu dipandang lalu dia mula mengorak langkah mendekati air jernih itu. Tatkala air itu menyentuh tangannya itu sudah cukup membuatkan dirinya terasa segar dari kepenatan.
Walaupun cahaya matahari terik sebegini rupa, ianya bukan penghadang bagi air bukit ini kekal sejuk. Cuaca tidaklah sepanas seperti ditempat lain kerana angin selalu bermain di bukit ini. Tapi tetap mampu untuk membuatkan dirinya berpeluh kerana dia banyak bergerak.
Air jernih itu dihirup. Tekak yang kering tadi mula segar. Dia pun mula mengorak langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Kepala ditolehkan ke kanan lalu ke kiri. Tangan kanannya mengusap mukanya yang sedikit ada kotoran kecil. Setelah selesai bibirnya berkumat-kamit, dia mula berdoa.
"Ya Allah. Bantulah hambamu ini. Permudahkanlah Ya Rabb... untuk aku kembali pulang ke Kerajaan Puspawangi. Berilah aku jalan dan petunjukmu untuk aku tidak mengahwini Adnan. Hatiku mula berpaut pada si dia. Jika dia yang terbaik untukku, maka permudahkanlah. Jika dia bukan, maka lesapkan perasaan yang aku rasa pada dirinya."
Dia pun mengaminkan doanya. Hari ini dia berseorangan di rumah ini sekali lagi. Kak Cempaka seperti biasa membantu abahnya di pekan. Kuntum pula, hari ini giliran Amri untuk menjaga Kuntum.
Selepas selesai menjamu makanan, Seroja kembali berlatih dan berlatih.
─•~❉᯽❉~•─
Sudah satu pertiga malam. Namun, Seroja masih tidak lena. Dia sebentar tadi sudah tertidur tapi sekejap saja. Ini semua salah Hamza. Hamza berjanji untuk menemuinya untuk mendengar jawapan Seroja. Namun, bayang pun tak kelihatan.
Seroja keluh perlahan. Hati mula gundah. 'Barangkali dia sudah tahu aku bakal berkahwin sama Adnan,' bisik hatinya.
Dia pun tanpa membuang masa terus mengambil wuduk. Air yang sentiasa sejuk itu makin sejuk pabila waktu begini. Mahu menggigil Seroja dibuatnya. Beberapa solat sunat pun ditunaikan.
Selesai semuanya , dia langsung melaksanakan solat subuh selepas masuk waktunya. Solat sunat sebelum subuh juga ditunaikan. Sesudah itu, dia memberanikan diri keluar. Seperti biasa dia memakai kain Cindainya. Tangan yang memegang obor diketatkan. Risau juga dia sebenarnya pabila masuk ke tengah hutan kebun Tok Li ini. Walau tidak lebat seperti hutan yang dirinya sesat hingga bertemu Adnan kelmarin, tapi cukup sedikit menggerunkan.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Ficção HistóricaSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...