"Kau dari kerabat diraja ya? Kerajaan mana? Yang terdekat Kerajaan Grindacara."
"Aku bukan dari Kerajaan Grindacara. Rajanya belum khawin, masa sudah ada anak?" ujar Putera itu.
"Yakah. Aku tidak tahu. Oh ya! Umur kau berapa?" Tanya Puteri Syarifah Seroja.
"Aku 8 tahun. Kau?"
"Wah! Aku 6 tahun."
"Jadi aku kakanda kau lah?" soal Putera Syed Hamza seraya gelak tawa.
"Aku tidak mahu kau jadi kakandaku," ujar Puteri Syarifah Seroja seraya membuat muka.
"Mengapa? Apa kerana kau sudah ada kakanda?"
"Tidak. Aku anak pertama," ujarnya.
"Benarkah! Sama denganku! Jadi kaulah yang akan jadi pemerintah seterusnya? Mari kita jadi sahabat mahu? Aku juga akan jadi pemerintah seterusnya bagi kerajaanku," ujar Putera Syed Hamza seraya tangannya dihulurkan kehadapan untuk berjabat tangan. Puteri Syarifah Seroja pun berjabat tangan dengan sang putera itu.
"Bukan aku. Namun, adindaku kerana aku anak perempuan dan bondaku kata hanya anak lelaki sulung sahaja yang mewarisi takhta," ujar Puteri Syarifah Seroja. Dia perasan lelaki itu mulutnya terlopong luas.
"Ka-- kau pe-- perempuan?!" Laju saja tangannya melepaskan tangannya daripada terus bersalaman dengan Seroja seraya menjauhkan jaraknya yang tadi sungguh rapat.
"Kau sangkakan aku lelakikah?!" Puteri Syarifah Seroja mukanya sudah kemerahan menahan marah.
"Manakan tidak, kau punya rambut itu pendek hingga paras bahu dan matanu juga tidak kelihatan kerana rambut depanmu itu," ujar Putera Syed Hamza.
"Itu.. kerana mataku. Ramai katakan mataku itu penyakit merbahaya dan sumpahan kerana balasan bagi ayahandaku menolak untuk berkahwin dengan adinda perempuan kepada pemerintah Kerajaan Grindacara. Lagi satu, bondaku hampir saja mangkat semasa melahirkanku."
Seroja menundukkan mukanya. Ini buat kali pertama dia luahkan perasaan yang selama ini dipendam telah diluah terhadap orang lain selain keluarganya.
"Boleh aku lihat mata kau?" Tanya Putera Syed Hamza. Dia memang suka benda yang dilarang lagi dia mahu lakukan.
"Tidak boleh! Bagaimana jika kata mereka benar?!" Jerit Puteri Syarifah Seroja.
"Tidak mengapa. Bukankah aku kata kita sahabat jadi aku akan maafkan kau kerana cederakan lenganku ini. Jadi tunjukkannya boleh?"
"..Baiklah." Puteri Syarifah Seroja sempat mengeluh sebelum menyelak rambutnya. Matanya yang ditutup itu pun dibuka perlahan-lahan dan menatap mata lelaki itu yang sejak tadi memandangnya.
Tidak sampai 5 saat lelaki itu menundukkan pandangan.
"Me-mengapa? Apa benar mataku-" Belum sempat Puteri Syarifah Seroja menghabiskan pertanyannya.
"Mata kau bagai permata. Sukar dijumpai. Aku yakin mata kau itu amat berharga. Allah telah menciptakan kita serta kitalah antara sebaik-baik ciptaan-Nya. Jaga mata kau, jangan sembarangan lihat mata orang lain. Ku risau mereka jatuh hati pula. Macam aku." ujar lelaki itu seraya ketawa.
Lesung pipitnya semakin kelihatan makin dalam selepas menunjuk giginya senyum girang. Tak lama kemudian dia tundukkan pandangannya semula. Tiba-tiba rasa malu.
"Ca- cantik sungguh! Allahuakbar! Selama aku hidup aku tidak pernah melihat sesuatu seindah itu. Jika kau tunjuk di semua orang pasti mereka sangka itu permata atau apa! Kau harus berwaspada! Matamu boleh buat semua jatuh hati pada kau dan mahu berteman dengan kau. Kau bagitahu aku siapa yang mengatakan kepalsuan itu! Aku-" Belum sempat Putera Syed Hamza membebel Puteri Syarifah Seroja menutup mulut putera itu daripada terus berbicara.
"Shh.." ujar Puteri Syarifah Seroja seraya tangan telunjuknya berada dimulutnya.
"Puteri Syarifah Seroja!"
"Puteri Syarifah Seroja!"
"Tuanku Puteri!"
Kedengaran bunyi suara yang sedang memanggilnya. 'Itu pasti perajurit dan dayang istana!' Getus hati Puteri Syarifah Seroja.
"Kau! Kau pergi balik ke tempat asal kau," ujar Puteri Syarifah Seroja dengan bisik perlahan.
"Kau juga. Tolong rahsiakan yang kau jumpa denganku disini. Jika ayahandaku tahu soal ini. Pasti aku menghadapi malapetaka," ujar Putera Syed Hamza.
"Baiklah. Aku pergi du-" Belum sempat Puteri Syarifah Seroja memalingkan tubuh, lengan bajunya ditarik dengan putera itu.
"Keris kau." Sempat putera itu melihat ukiran indah pada keris itu. Keris itu kecil sahaja dibuat khas untuk budak kecil.
"Terima kasih." Mata Puteri Syarifah Seroja yang sudah kelihatan itu ditutup semula oleh putera itu. Putera itu pun berlalu pergi.
Puteri Syarifah Seroja berpaling kebelakang untuk melihat sang putera yang tidak jauh darinya apabila mereka masing-masing bertukar arah dan menuju ke hala tuju masing-masing.
"Aku Seroja! Kau pula?!" Jeritnya.
"Aku Hamza! Putera Syed Hamza! Kau pula Puteri Syarifah Seroja bukan?!" Jerit Hamza pula. Seroja angguk sebelum ujarkan, "Ya!"
"Kecil-kecil cili padi," ujar Kamal dengan sinis.
'Haruskah aku hapuskan puteri sulung itu? Pasti tuanku akan bangga.' Bisik hati Kamal.
Puteri Syarifah Seroja yang sudah lari anak mahu keluar dari hutan itu dan menuju ke arah istana di halang oleh Kamal.
"Adik manis. Mahu ke mana? Mahu abang temankan?" Lelaki yang berusia 20-an itu memandangnya dengan atas bawah.
"Aku terlihat mata kau tadi. Bolehkah aku mahukannya?" Dia pun keluarkan kerambitnya lalu di hulur ke mata Puteri Syarifah Seroja yang berwarna biru langit itu. Selepas itu, matanya yang sebelah lagi pula yang berwarna coklat muda itu pula dihulur dekat dengan kerambitnya ke mata sang puteri.
...
Segmen Ilmu
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
Maksudnya: "Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki."
Dalam riwayat yang lain:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: "Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan perempuan."
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...