Bab 5

139 25 1
                                        

"Maaf soal Hamza kelmarin. Dia sebenarnya memang kasar sedikit terutamanya dengan perempuan. Tapi dia baik. Semua orang banyak salah faham dengan dia kerana wajahnya yang sentiasa masam," ujar Cempaka.

"Memang wajahnya begitu, kadang dia cuba senyum tetapi lagi membuatkan orang merasa seram sejuk adalah." Puteri Syarifah Seroja tergelak mendengar kata-kata Cempaka. Cempaka pun meletakkan cempedak goreng di atas meja. Mereka sedang berada di halaman depan rumah Cempaka yang dihiasi dengan awan yang indah memandangkan rumah Cempaka berada di bahagian bukit.

Rumah yang dihuni Cempaka sekarang adalah rumah Tok Li yang lama atau lebih kepada tempat Tok Li melatih anak muridnya dulu kala. Rumah itu juga tidak jauh dengan Hutan Malang serta dekat sama kebun Tok Li. Hutan Malang dan kebun Tok Li hanya dipisahkan dengan sungai sahaja.

Maka, mudah sahaja Cempaka ingin ke kebun abahnya kerana dekat sahaja dengan rumahnya. Sepanjang kebun itu juga boleh tembus ke rumah Tok Li yang dekat dengan surau.

"Dia. Banyak tolong akak selepas akak diceraikan. Akak rapat dengan dia sejak akak usia 12 tahun. Dia waktu itu 8 tahun. Usianya muda tetapi jiwanya matang. Akak sebagai anak 'Tok Li' pun putus asa berguru dengan bapa sendiri tetapi dia tidak pernah putus asa kerana dia tahu tanggungjawab dia bila dia dewasa nanti amatlah besar," ujar Cempaka.

"Tapi tipulah dia tidak pernah lari. Biasalah budak-budak, pasti ada nakalnya. Satu hari, dia pergi lari masuk ke dalam Hutan Malang. Puas kami mencari, tetapi tidak kami temui dia. Kami pun pulang. Rupa-rupa dia sudah ada di hadapan rumah Tok Li. Dia sedang berlatih silat."

"Entah apa yang terjadi di sana hingga membuatkan dia berubah sedemikian. Maksud akak, dia berubah ke arah yang lebih baik." Jelas Cempaka panjang lebar. Dia jelaskan demikian pada Puteri Syarifah Seroja kerana dia tidak mahu Puteri Syarifah Seroja juga salah faham pada Hamza seperti orang lain.

Puteri Syarifah Seroja hanya mengangguk faham. "Aku juga pernah masuk ke dalam Hutan Mala-" Belum sempat Puteri Syarifah Seroja habiskan bicaranya, ada beberapa rombongan sampai di hadapan rumah Cempaka.

─•~❉᯽❉~•─

"Hamza! Kau pergi ke Hutan Malang itu kan?! Aku sudah beritahumu supaya jangan ke sana. Kau pasti menyesal bukan?" Ujar Cempaka.

"Tidak. Aku tidak menyesal. Tidak sedikit pun. Malah, aku bersyukur ditakdirkan ke sana," ujar Hamza dengan bangga. Senyuman manis tidak lekang di bibirnya hingga kelihatan lesung pipitnya.

Cempaka terkedu. Budak sekecil itu, bagaimana sudah sematang demikian. Sedangkan umurnya baru 8 tahun.

"Ucaplah Alhamdulillah walaupun hidupmu diasak dengan dugaan. Ini kerana, kita ialah insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk diuji."

Kata mutiara itu sentiasa dilontarkan oleh Tok Li sebagai kata-kata semangat buat anak muridnya untuk terima setiap takdir yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

"Terima kasih Hamza kerana bantu Tok uruskan gerai tadi pagi," ujar Tok Li seraya untuk menuju ke pondok yang telah tersedia di situ.

"Sama-sama Tok. Tok kenapa tidak rehat sepenuhnya? Biar Hamza uruskan gerai Tok. Bila Tok sudah sihat belaka barulah Tok niaga kembali," ujar Hamza kerana risau melihat Tok Li seperti memaksa dirinya untuk bekerja.

"Kalau begitu, pasti Cempaka mengesyaki sesuatu. Tok tidak mahu dia risau," ujar Tok Li. Ya, Cempaka tidak mengetahui soal ini.

"Sudahku duga. Tok lebih baik beritahu kak Cempaka. Jikalau ayahandaku merahsiakan perkara seperti ini, aku akan merasa kecewa dan rasa tidak berguna. Ku mohon Tok. Jangan rahsiakan apa-apa dari kak Cempaka," ujar Hamza dengan penuh lembut. Berharap Tok Li jujur saja pada Cempaka.

Tok Li hanya diam seraya memandang kebunnya. Bayu yang menyentuh pipi tua itu membuatkan matanya berair dan mengalir menyentuh pipi. Cepat saja dia mengelap pipinya yang telah dihiasi air mata.

"Tok Li dengar, kamu menolak sekali lagi lamaran dari pihak mereka. Mengapa?" Tok Li menukar topik perbicaraan.

"Sejak berlakunya peperangan antara Kerajaan Puspawangi dan Kerajaan Grindacara, diriku ini tidak tahu ingin mempercayai siapa dan kerajaan yang mana," ujar Hamza.

"Selain itu?"

"Iya. Aku mahu mengahwini dia," ujar Hamza. Hamza mengukir senyuman nipis.

"Bila kamu mahu melamar dia? Jangan tunggu lama-lama, bila-bila masa orang akan memetiknya dulu," ujar Tok Li. Dia tahu siapa yang anak muridnya katakan.

"Bila masanya sudah tepat, aku sendiri akan membawa rombongan pergi melamar dia."

"Kamu jatuh hati dia kerana apa?" Tanya Tok Li.

"Bukan kerana luarannya, derajatnya, bahkan bukan juga kecantikannya. Jika difikirkan rasanya aku sendiri tidak tahu mengapa. Perasaan yang aku rasa pada dia sama seperti yang aku tercari-cari selama ini."

"Aku dah buat solat istikharah. Jikalau Allah permudahkan, insyaallah kami adalah jodoh. Jika sebaliknya, dia mungkin hanya ujian bagiku. Barangkali, hanya persinggahan," ujar Hamza.

...

Segmen Ilmu

Jundub R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya." (HR Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)

Hikayat Insan NayanikaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang