Bab 6

112 25 0
                                    

"Kakanda! Marilah kita bermain di tempat lain pula. Adinda sudah bosan sering bermain di istana." Pujuk Putera Syed Firas yang berusaha memujuk kakandanya dengan memeluk kaki kakandanya sambil duduk di lantai istana.

"Tidak boleh. Ayahanda melarang!" Tegas Puteri Syarifah Seroja membuatkan adiknya itu mula matanya berkaca.

Dayang-dayang yang menjaga mereka terus berlari ke arah putera itu. Berusaha mereka ingin memujuknya namun tiada hasil. Puteri Syarifah Seroja pula buntu bagaimana mahu memujuk adindanya.

Dengan lantas Putera Syed Firas berdiri dan lari keluar dari istana. Puteri Syarifah Seroja pun menuruti tindak-tanduk adindanya. Dayang-dayang itu terus berlari mengejar mereka. Pengawal yang menjaga istana dan pagar istana cuba menghalang mereka.

Namun, Putera Syed Firas yang berumur 5 tahun itu berlari dan menunduk melalui bawah kaki perajurit yang menghalangnya itu. Puteri Syarifah Seroja pula berlari melintasi mereka sementara mereka leka memerhati adindanya.

Puteri Syarifah Seroja pun berlari masuk ke Hutan Malang itu. Sangkaannya adindanya masuk ke situ.

Sementara itu..

"Bah!" Jerit Putera Syed Firas seraya menertawakan dayang-dayang yang terkejut beruk di situ. Mujur mereka menemui putera itu yang sedang bersembunyi di sebalik pohon-pohon di sekitar pagar istana itu.

Namun keberadaan Puteri Syarifah Seroja pula tidak ditemui.

─•~❉᯽❉~•─

Puteri Syarifah Seroja hanya mengangguk faham. "Aku juga pernah masuk ke dalam Hutan Mala-" Belum sempat Puteri Syarifah Seroja habiskan bicaranya, ada beberapa rombongan sampai di hadapan rumah Cempaka.

"Kalian mahu memberitahu soal perkahwinan Adnan ya? Aku sudah mendapat khabar itu. Maaf menyusahkan kalian datang kemari semata-mata membawa khabar itu." Cempaka mengukirkan senyuman ringkas.

"Oh.. Begitu. Cempaka, siapakah gerangan yang berada di sebelahmu?" Tanya salah seorang daripada mereka iaitu Zai.

Puteri Syarifah Seroja yang berada disitu terus menundukkan wajahnya kebawah. 'Aku ingat bila rumah atas bukit tiada yang berminat untuk kemari.' Getus hatinya. Timbul rasa sedikit menyesal dia mengajak Cempaka makan di luar. Alasannya untuk menghirup udara. Mana tidaknya dia sudah berhari-hari duduk didalam rumah itu tanpa melakukan apa-apa. Rasa lemas pun ada terperap dirumah itu terlalu lama.

Cempaka diam sejenak sebelum menjawab soalan Zai. Dia ingat pesan Hamza untuk merahsiakan siapa diri Puteri Syarifah Seroja yang sebenar-benarnya.

"Dia.. saudaraku," ujar Cempaka dengan senyuman masih tidak lekang dibibirnya.

"Saudara? Tidak pernah aku lihat dia sebelum ini menjengukmu." Tanya Zai dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Itu kerana aku yang sering ke rumahnya untuk bertemu dia." Sambung Cempaka. Riak wajahnya dipaksa untuk tidak beriak yang boleh menyebabkan mereka syak wasangka kepada Cempaka.

Suasana agak sepi seketika. Zai masih memandang Puteri Syarifah Seroja. Puteri Syarifah Seroja secara tidak sengaja melirik mata Zai lalu lantas menundukkan pandangan. Dia fikir Zai sudah tidak memerhatikannya namun salah tekaannya.

'Cantik. Sangat indah. Jikalau Adnan mengetahuinya pasti dia memuji-mujiku.' Bisik Zai. Gembira. Dalam diam dia mengukirkan senyuman yang sukar ditafsir.

"Jikalau begitu, kau juga perlu ke perkahwinan Adnan." Kata Zai seraya menunding jari ke arah Puteri Syarifah Seroja.

"Aku tidak boleh ke sana. Kakiku.." ujar Puteri Syarifah Seroja seraya menunjuk kakinya yang dibaluti sepenuhnya. Kakinya yang luka sebenarnya sudah kering dan hampir meninggalkan parut. Namun, dia membalut sepenuhnya kerana dia tiada sarung kaki yang khas seperti ada di istana.

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now