"Kau mahu pulang ke mana?" tanya Tuanku Seroja. Saja membasa basi. Mana tidaknya dari mula perjalanan hingga sekarang susana hanya ditemani bunyi cengkerik.
"Pulang ke istana."
Kata-kata Hamza membuatkan Tuanku Seroja berhenti dari melangkah. Hamza berpaling ke belakang. Dia sedar Tuanku Seroja tidak mengekori langkahnya.
"Kenapa?" tanya Hamza. Tuanku Seroja menggeleng dengan senyuman kelat terukir dibibir. Semua yang bermain difikirannya ditanam sedalam-dalamnya.
Mereka pun kembali mengorak langkah. Mereka melalui jalan pinggir sungai lalu melalui jalan ke kebun Tok Li untuk tembus ke rumah Cempaka. Jelas di situ ada kak Cempaka yang sedang mundar-mandir menanti kehadirannya. Mata Cempaka yang menangkap kelibat Hamza dan Tuanku Seroja terus berlari menuju ke arah Tuanku Seroja yang sedang termenung.
Cempaka memeluk erat Tuanku Seroja. Tuanku Seroja yang baru saja sedar dari lamunannya tersentak lalu membalas pelukan hangat itu. Cempaka pun meleraikan pelukannya lalu tangannya memukul perlahan lengan Tuanku Seroja.
"Seroja! Kamu ke mana ha?! Kak risau sungguh tahu?!" Marahnya dengan air mata bertakung. Tuanku Seroja hanya memberi sengihan.
"Mana tidaknya ada manusia yang bicara perkara yang tidak masuk akal." Tuanku Seroja mengerling ke arah Hamza.
"Oh. Nampaknya Hamza sudah melamar kau ya?" Tekaan Cempaka membuatkan Tuanku Seroja terkejut.
"Kak Cempaka tahu?!"
"Mestilah. Dia siap tanya lagi bagaimana mahu melamar Seroja, biar Seroja tidak menolak lamarannya. Kak cuma bagitahu supaya jadi diri sendiri."
Hamza yang pada mulanya menghadap mereka terus memalingkan mukanya pada tempat lain. Malu. Telinganya kemerahan. Tuanku Seroja kemam bibir. Menahan ketawa.
Hamza berdehem. "Kak Cempaka, aku pamit dulu ya. Ada urusan di istana." Cempaka pun mengangguk faham.
"Kau ada urusan apa di istana," tanya Tuanku Seroja.
"Tidak penting. Aku bagi kau masa 1 minggu untuk fikir sama ada kau mahu menjadi isteriku atau tidak. Assalamualaikum." Hamza pun meninggalkan mereka berdua selepas salamnya dijawab.
Banyak perkara yang bermain difikirannya membuatkan dia sukar untuk tidur. Badan digerakkan ke kiri ke kanan untuk mencari posisi yang selesa untuk lelapkan mata. Namun, hampa. Tuanku masih memikirkan semua yang terjadi padanya hari ini.
Kenapa Hamza tiba-tiba melamarnya? Apa maksud Hamza bahawa Adnan itu merbahaya? Apa urusan dia hingga perlu ke istana?
'Sebentar! Dia cakap dia harus pulang ke istana. Pulang! Siapa dia sampai perlu pulang ke istana?' Getus hatinya. Parah! Dia makin susah untuk lelapkan mata.
Badan yang pada mulanya baring mula duduk bersila. Cuba tenangkan diri. Dia keluar dari rumah itu. Kaki mengorak langkah menuju ke tandas yang berada di luar. Dia pun mengambil wudhu. Air yang sejuk itu membuatkan dia makin segar dan makin hilang ngantuknya.
Masuk saja ke dalam rumah selepas memberi salam, dia terkejut ada rambut panjang yang berada diruang dapur.
"ARGH! HANTU!"
"MANA-MANA?!"
"AH! HANTU TU BOLEH BERBICARA!"
"MANA?!"
KRIK KRIK KRIK
"Kak Cempaka?"
"Seroja?"
"Kak Cempaka rupanya. Ku fikir makhluk mana tadi." Tuanku Seroja menghela nafas lega. Sudah sekian lama dia tidak nampak hantu mahupun kelibat. Oleh kerana itu, dia sungguh terkejut apabila melihat kak Cempaka sama rambut panjangnya yang mencecah betis itu. Terfikir juga Tuanku Seroja, bagaimana kak Cempaka boleh menyimpan rambut sepanjang itu. Rambutnya juga hanya mencecah paras pinggang.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...