Bab 15

95 16 0
                                    

Mesir, Arab

"Hamza , sataeud 'iilaa baladik ghdan ، 'alays kadhalika?" (Hamza, kau pulang ke tanah air kau esok, kan?) Kata teman baharunya di Arab.

"Naema. 'iin sha' allah , 'iidha kan hunak rizq , fasanaltaqi maratan 'ukhraa." (Ya. Insyaallah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi.) Sambung Hamza dengan memberikan senyuman manis kepada temannya.

'Eh? Bukankah sepatutnya kita pulang ke tanah air petang ini?' Bisik senandika Kasturi.

Hamza yang dari jauh dapat melihat reaksi Kasturi, dengan lekas dia terangkan tujuannya.

"Aku mahu cari seseorang. Kalau hingga lewat malam aku masih tidak melihat dirinya maksudnya kita berangkat ke tanah air esok. Kalau sebelum zohor aku sudah bertemunya maknanya kita pulang petang ini juga seperti apa yang kita rancang."

"Kita singgah ke Turki dahulu," ujar Hamza.


Turki

"Aku mahu ke Surau Nur mahu solat sunat dhuha. Jom sekali," ujar Hamza. Kasturi hanya mengangguk saja sebagai tanda setuju.

Hamza dan Kasturi pun terus pergi ke tempat mengambil wudhuk. Setelah selesai semua rukun wudhuk hingga tertib, mereka pun tunaikan solat sunat dhuha. Setelah itu, Hamza mengambil al-Quran kecilnya yang sering dia bawa ke mana-mana untuk membacanya manakala Kasturi mengambil al-Quran yang telah tersedia di dalam surau itu.

"Sadakallahul'azim," ujar Hamza setelah selesai membaca ayat suci al-Quran. Setelah itu dituruti pula dengan Kasturi.

Hamza pun keluar daripadai surau. Kasturi ingin mengikutnya tapi dilarang oleh Hamza. Hamza pun mendekati seorang mak cik yang umurnya mungkin dalam lingkungan 40-an. Mak cik itulah yang dia cari sejak tadi.

"Assalamualaikum."  Hamza melontarkan senyuman.

"Waalaikumussalam." Jawab Mak Cik Wan dengan ramah.

"Nasılsın teyze?" (Mak Cik sihat?)

"Sağlıklı,"(Sihat,) jawab mak cik tadi.

"Hm.. nak tanya ke tak?" Bisiknya perlahan.

"Kamu orang melayu ke?" Tanya mak cik tadi seraya membuat senyum nipis.

Sunyi

Mak cik itu pun berdehem.

"Eh? Ya Mak Cik. Kami berdua orang melayu," ujar Hamza seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya mendepakan tangannya pada arah Kasturi.

"Panggil saja Mak Wan, Menawan. Dulu Mak Wan ni antara gadis yang paling menawan di sini." Sambung Mak Wan sambil tertawa dan tiba-tiba terbatuk.

Hamza hanya terangguk-angguk. Risau pula dia sama Mak Wan.

"Ehem. Ada apa nak? Dah nak masuk zohor ni. Lebih baik kalau adik berdua ni terus terang saja," ujar Mak Wan yang menawan.

"Mahu tanya. Mak Wan tahu kah gadis yang tinggal di depan surau ini. Kalau tidak silap, sudah lama saya tidak lihat dia ke surau mahupun di pasar sana. Saya berniat ingin memberikan semula sesuatu yang saya tidak sempat pulangkan." Jelas Hamza panjang lebar supaya Mak Wan tadi tidak salah sangka dengan niatnya ingin bertemu dengan gadis itu.

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now