"Jadi? Kau isteri dia yang ke berapa ya?" perli Tuanku Seroja.
Semua yang menyaksi ada yang sudah ada yang tersembur ketawa. Ada yang bisik-bisik tolong mengirakan perempuan itu isteri ke berapa. Dalam diam Tuanku Seroja mengukir senyuaman disebalik kain yang menutup wajahnya.
Kali ini bukan hanya perempuan itu yang merah padam. Adnan juga. Dia jelas dapat lihat Adnan yang memandangnya tajam. Adnan kempal tangannya membentuk penumbuk.
Jelas kelihatan urat yang terserlah di isi rahangnya kerana dia mengetap kuat giginya. Adnan memandangnya tajam. "Kau cakap apa perempuan? Kau jangan sesekali hina bakal isteri aku."
"Aku cuma tertanya saja dia isteri ke berapa. Salah ke?"
Adnan mengunci mulut. Dia terdiam kerana tidak mampu menjawab soalan gadis dihadapannya itu. Mereka berdua pun memalingkan tubuh dan berlalu pergi dari keruman orang ramai.
'Kenapa aku rasa seperti aku yang jahat di sini.' Getus hatinya.
"Maafkan aku ya! Adnan sama bakal isterinya!" Jerit Tuanku Seroja dari jauh. Kedua manusia itu pun menoleh ke belakang melihat Tuanku Seroja yang melambai mereka dari jauh.
Mereka pun terus mengorak langkah berlalu pergi. Begitu juga sama Tuanku Seroja. Dalam fikirannya hanya mahu mencari di mana Cempaka berada. Penat tuanku berpusing satu pekan besar itu nmaun hampa tiada langsung nampak kelibat kak Cempaka.
Tuanku pun memilih untuk pulang dahulu ke rumah kak Cempaka. Mungkin kak Cempakanya sudah pulang dahulu ke rumah kerana mungkin Cempaka akan menyangka dirinya sudah tiba ke rumah. Lalu kaki mengorak langkah masuk ke dalam hutan. Tuanku tidak tahu jalan pulang dari pekan ke rumah Cempaka jika melalui jalan utama kecuali jalan pinggir sungai itu.
Tuanku pun mula melalui jalan di belakang halaman rumah Tok Li lalu melalui jalan kebun Tok Li. Namun, dirinya lebih memilih untuk melalui jalan pinggir sungai itu.
Dari jauh tuanku dapat lihat kelibat Tok Li di belasah oleh seseorang. Tubuh tua itu terlihat jelas dalam keadaan lemah terbaring di atas lantai tanah itu.
Kaki laju berlari menuju ke arah Tok Li. Mahu saja tuanku bantai 3 lelaki itu. Namun, terbatal niatnya apabila jelas kelihatan parang di tangan salah seorang daripada mereka. Tuanku sendiri masih belum pulih sepenuhnya terutama di bahagian bahunya yang tertusuk anak panah beracun kelmarin.
"Woi! Apa yang kalian lakukan hah?!" Tuanku hanya mampu marah sahaja. Niatnya untuk membuka kakinya untuk bersilat ditanam dalam-dalam di lubuk hatinya. Tuanku perlu berwaspada. Nanti bukan saja dirinya yang tercedera, malahan Tok Li juga pasti menjadi mangsa mereka juga.
"Sudah datang juga kau." Lelaki itu menoleh daripada membelakanginya. Adnan?
"Kenapa kau cederakan Tok Li? Apa salah dia?" Nada tidak lagi tinggi seperti tadi. Cuba dikawal agar tiada perkara buruk bakal terjadi.
"Hutang Amri. Amri tidak mahu bayar. Lelaki tak guna tu entah ke mana. Jadi.. disebabkan Tok Li ni bapa mertua dia, dia perlulah jadi galang gantinya." Senyuman sinis terukir dibibir Adnan.
"Berapa banyak hutang dia?" soal Tuanku Seroja. Tiada secalit pun senyuman diukir seperti biasa. Jelas matanya menikam dalam memandang mata Adnan.
"Banyak. Terlalu banyak! Mungkin kalau kau tidak bayar pada waktu yang sepatutnya.. Cempaka sama Kuntum akan jadi mangsa seterusnya." Zai pula yang menjawab soalan gadis di hadapan Adnan itu.
"JANGAN! Ku mohon jangan," rayu Tok Li seraya tangannya disatukan dan digosok-gosok laju. Mata tuanya itu laju mengalirkan air mata.
Sakit hati Tuanku Seroja melihat senyuman yang terukir dibibir Adnan dan Zai begitu juga lagi satu gerangan lelaki yang sejak tadi mengunci mulut.
"Kau jangan berani sesekali ganggu mereka! Mereka sudah tiada apa-apa sama Amri! Kak Cempaka sama Amri pun sudah lama bercerai! Mereka sudah tiada apa-apa!" Tuanku Seroja sudah hilang sabar. Adnan sudah melampau!
"Ada. Kuntum anak mereka bukan? Aku boleh culik dia jadikan dia sebagai gundik Raja Jamrun atau.." Adnan berhenti seketika dari bicara. Bibirnya yang pada mulanya senyum sudah hilang senyumannya.
"..makanannya." Terkedu Tuanku Seroja dan Tok Li. Tuanku Seroja terdiam. Jelas riak wajah Adnan itu tidak bergurau akan apa yang dia katakan tadi.
'Jadi.. betullah bahawa Raja Jamrun itu menjamu rakyat jelatanya sendiri? Darah rakyatnya sendiri?' Tuanku Seroja masih sukar percaya. Kerajaan ini sudah sesat jauh dari landasan yang benar.
"Tapi.. aku boleh tarik balik kata-kataku. Aku tidak akan ganggu Tok Li mahupun Cempaka dan Kuntum. Asalkan dengan syarat.."
"..kau kahwin sama aku."
"Gila! Siapa mahukan lelaki jenis macam kau hah?! Aku lagi rela hidup sampai tua tanpa namanya suami daripada hidup dengan kau!" Mukanya merah. Keningnya berkerut. Permintaan Adnan juga melampau!
"Kau pilih. Sama ada kau kahwin sama aku atau kau juga bakal aku jadikan gundik Raja Jamrun atau lebih teruk jadi makanannya." Adnan mengangkat kening. Saja dia mahu mencabar gadis yang sudah mempermalukan dia dan gadis yang bakal dia kahwini dua hari lagi, dihadapan orang ramai.
Balik saja ke rumah bapanya sudah jelas dia kena marah sama bapanya kerana dipermalukan sekali lagi.
"Habis tu isteri kau yang bakal kau kahwini dua hari lagi bagaimana? Dia bakal setuju kah?" soal Tuanku Seroja. Mukanya tang ditutup mula berpeluh. Namun, dia tahan saja.
"Itu tak penting. Jadi kau mahu yang mana?"
Tuanku Seroja mengeluh berat. Kepalanya yang berdenyut hebat dia pegang dan diurut seketika.
"Baiklah.. aku pilih untuk berkahwin sama kau." Mulutnya kata lain, hatinya kata lain. Berat saja dia mahu setuju. Namun, dia tiada pilihan. Boleh saja dia lari waktu nikah nanti. Tapi Adnan agama apa ya?
"Kau agama apa?" soal Seroja.
"Mengapa kau mahu tahu?"
"Saja."
"Agama Islam lah. Dah tu agama apa lagi?" Tuanku Seroja hanya mengangguk. Baru tuanku ingin memberi alasan untuk tidak boleh berkahwin dengan Adnan jika dia agama lain.
...
Segmen Ilmu
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)." (HR Muslim).
- dekat sini kita boleh nampak betapa besarnya impak oran yang berhutang
- walau apa pun, kalau boleh jangan berhutanglah. Risau kita mati dalam keadaan masih berhutang. Nauzubillahiminzalik.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...