Bab 18

79 14 0
                                    

Puteri Syarifah Seroja yang sudah lari anak mahu keluar dari hutan itu dan menuju ke arah istana di halang oleh Kamal.

"Adik manis. Mahu ke mana? Mahu abang temankan?" Lelaki yang berusia 20-an itu memandangnya dengan atas bawah.

"Aku terlihat mata kau tadi. Bolehkah aku mahukannya?" Tuanku pun keluarkan kerambitnya dan arahkan di mata Puteri Syarifah Seroja yang berwarna biru langit itu. Selepas itu, matanya yang sebelah lagi pula yang berwarna coklat muda itu pula diarahkan kerambitnya ke mata itu.

"Kau mahukan mataku? Ambillah," ujar Puteri Syarifah Seroja.

Kamal yang tadi senyum sinis membuatkan senyumannya berunsur hilang. "Mengapa? Apa kau mahu katakan yang orang kata tentang sumpaha-" Belum sempat Kamal mahu habiskan bicaranya, Puteri Syarifah Seroja sudah memotong.

"Bukan."

"Sebabnya kerana aku boleh melihat makhluk halus. Ada satu dibelakang kau."

Kamal terus berpaling kebelakang. Buku romanya mula naik. Dia lihat kembali kedepan Puteri Syarifah Seroja sudah tidak ada.

.
.
.

"Jadi itulah apa yang terjadi sebenarnya," ujar Puteri Syarifah Seroja pada adindanya.

"Jadi, lelaki itulah yang membuatkan kakanda tidak mahu lagi menutup mata kakanda?" tanya adindanya.

Puteri Syarifah Seroja mengangguk. Tuanku Seroja pun bangkit dari tempatnya. "Mari kita berangkat ke ista-"

"Mengapa kakanda?!" Jerit Putera Mahkota itu setelah melihat kakandanya mengepit kakinya.

"Ka- kakanda sudah tidak dapat tahan. Mahu membuang." Perkataan terakhir itu kedengaran perlahan namun masih dapat didengari oleh adindanya. Keningnya berkerut untuk menahan dirinya.

"Dimana pula kakanda mahu membuang air be-" Puteri Syarifah Seroja menutup mulut adindanya daripada terus bicara.

Seroja pun menunding jari ke arah Hutan Malang itu. Ya, Seroja mahu membuang di sana. Putera Makhota melarangnya kerana risau perkara sama berulang kembali. Namun, setelah melihat Puteri Syarifah Seroja mukanya sudah kemerah-merahan, maka dibenarkan juga.

"Dengan syarat adinda menemani," ujar adindanya.

Seroja menggeleng laju kepalanya. Seroja risau akan bunyi yang akan dihasilkan oleh dirinya. Jadi dia pun terpaksa pergi bersama srikandinya. Tak lama kemudian setelah mereka masuk ke dalam hutan.

"Kalian tunggu di sini," ujar Puteri Syarifah Seroja.

"Tapi tuanku.."

"Ini arahan. Kalian perlu patuh," ujar Puteri Syarifah Seroja dengan nada yang tegas.

'Jikalau aku membuang berdekatan mereka pasti terbaunya.. Membayangkannya saja sudah mengerikan. Aku harus mencari sumber air.' Bisiknya sendirian di sanubarinya.

Dari jauh Seroja boleh lihat ada sungai. Dia pun melajukan tunggangannya. Mujurlah hutan di sekitar situ tidaklah beberapa lebat.

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now