"Apa?! Seroja terima lamaran lelaki tu?!" Terkejut Cempaka mendengar semua yang diceritakan oleh gadis itu. Tuanku Seroja hanya tersengih dan mengangguk kepalanya.
Tangan yang mulanya membersihkan luka Tok Li terhenti. Kain yang dipegang digenggam erat.
"Ini semua gara-gara Amri! Dah diri sendiri pandai berhutang, pandai-pandailah bayar! Ini sampai ke tahap Adnan nak ugut seteruk tu, banyak manalah si Amri tu berhutang?!"
Kuntum yang takut mendengar ibunya menaikkan suara mula memeluk tubuh Tuanku Seroja. Dia tidak pernah melihat ibunya yang sentiasa lembut dan sopan santun itu boleh jadi segarang itu.
"Nak. Sabar sayang, pasti ada hikmah. Hutang tu tak perlu risau. Salah abah juga sebab Adnan suruh membayar hutang Amri tapi abah yang menolak. Tidak mahu membayar hutang Amri."
"Kenapa pula salah abah? Amri yang berhutang, abah ada hak untuk tidak bayar hutang Amri." Terus lembut nada suara Cempaka.
Mendengar suara lembut itu, Kuntum terus meleraikan pelukan. Dia terus lari memeluk tubuh Cempaka.
"Ibu.. jangan marah. Kuntum tak suka," ujar Kuntum dengan bicaranya yang masih pelat.
"Maafkan ibu, ibu takutkan Kuntum ke?" Kuntum laju saja mengangguk. Cempaka pun ketawa perlahan dan mengucup dahi anaknya.
"Ibu minta maaf ye?" Senyuman diukir oleh Cempaka.
Tuanku Seroja menguntum senyuman. Sejuk hatinya melihat keluarga kecil itu bahagia. Sampai sekarang tuanku tidak pernah berhenti berdoa supaya ayahandanya dapat menyayanginya. Tapi tuanku tahu bahawa ayahandanya sayang pada dirinya cuma mungkin ayahandanya tidak tahu bagaimana untuk tunjukkan atau memang itu caranya untuk tunjukkan kasih sayang?
─•~❉᯽❉~•─
Keesokkannya, tuanku terus bertindak dengan rancangannya semalam. Tuanku Seroja pun keluar dari rumah kak Cempaka selepas tahu siapakah perempuan yang bakal berkahwin sama Adnan.
Tuanku pun terus menuju ke pekan kelmarin. Hati berdoa supaya dapat bertemu sama Jasmin. Ya, nama perempuan itu Jasmin. Tuanku tahu pun berterima kasih kepada kak Cempaka.
Tuanku masih memakai tengkoloknya. Sipu malunya juga masih terselit kemas untuk menutup wajahnya. Pada awalnya dia ingin menutup saja matanya kerana matanya yang mungkin kemungkinan besar membuatkan orang tahu siapa dirinya.
Namun, selepas melihat Adnan seperti tidak mengecaminya, dia pun terus memakai tengkolok itu. Jika mahu menutup matanya susah pula dia mau berjalan nanti.
'Ha.. itu pun Jasmin.' Tuanku Seroja pun berjalan menuju ke arah Jasmin yang sedang memberi tempuan sepenuhnya menatap barang kemas.
"Assalamualaikum Jasmin." Jasmin pun menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya itu.
"Kau? Kau mahu apa? Lagi satu mana kau tahu nama aku?" Jasmin pun menghadapkan tubuhnya ke arah Tuanku Seroja. Tangannya mula memeluk tubuh. Salam dari Tuanku Seroja tidak terjawab.
"Siapa saja tidak kenal kak Jasmin kan?"
"Siapa kakak kau? Umur kau berapa mahu panggil aku kakak?"
"Umur aku 26. Umur kak Jasmin?" soal Tuanku Seroja dengan mesra.
"Sudah aku bilang jangan panggil aku 'kak'. Umur aku 18. Faham? Jadi jangan kau panggil aku kak." Tegas Jasmin. Tercengang Tuanku Seroja. Mana tidaknya. Gadis dihadapannya lebih tinggi daripadanya. Mukanya juga terhias penuh dengan solekan dan tahi lalat palsu yang diconteng dimukanya. Mungkin kerana itu dia terlihat tua-- tidak, maksudnya kelihatan matang.
"Baik. Aku tak mahu berkias. Laki kau tu.. maaf. Bakal laki kau tu dah tak betul ke? Semalam, boleh pula dia lamar aku. Dia mahu aku jadi isteri dia sedangkan kau dengan dia bakal berkawin esok bukan? Aku hairan. Apa kurangnya kau sampai dia mahukan aku? Kau tolong pujuk dia boleh? Paksa dia ke? Sampai aku dengan dia tak perlu berkahwin."
"APA?! Jantan tu memang tak sedar diri ke? Kau kahwin saja lah dengan dia. Aku sudah muak dengan perangai dia. Biar dia tahu langit ni tinggi ke rendah." Jasmin mendengus geram. Dia pun berlalu pergi meninggalkan Tuanku Seroja yang masih terpinga-pinga cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Jasmin.
Tuanku Seroja masih tercengang kehairanan. Niatnya bertemu Jasmin untuk biar dirinya sama Adnan tidak jadi berkahwin tapi lain pula jadinya. Tuanku Seroja mengeluh perlahan. Terlintas pula dalam fikirannya jika Adnan tahu bagaimana? Risau keadaan makin parah.
─•~❉᯽❉~•─
"Kak Cempaka? Bukankah kak Cempaka baru keluar mahu ke perkahwinan Adnan? Mengapa sebentar saja kak sudah pulang ke rumah? Tiada makan-makan kah di sana?" soal Tuanku Seroja kerana kehairanan.
"Perkahwinan mereka dibatalkan."
"APA?! KENAPA?!" Tuanku Seroja yang pada mulanya duduk terus berdiri menuju ke arah kak Cempaka. Tangan yang pada mulanya ralit menjahit patung Kuntum yang sudah tercabut terlepas dari genggamannya. 'Mustahil kerana aku. Tapi tak mustahil juga.' Getus hatinya.
"Katanya Adnan curang sama Jasmin." Makin tercengang Tuanku Seroja dibuatnya. Terfikir pula dia siapa yang menukar belitkan cerita? Masakan Jasmin?
"Habis porak peranda dibuatnya. Perkahwinan mereka pada awalnya memang dirancang oleh dua keluarga. Antara ketua kampung kita dan keluarga kampung lain iaitu keluarga Jasmin. Kedua keluarga bangsawan ini mungkin akan tercetusnya permusuhan." Keluhan dilepaskan oleh kak Cempaka. Dia sendiri lihat tadi peperangan mulut ke mulut antara Adnan dan bapanya.
Kak Cempaka juga hairan mengapa Adnan bertindak sedemikian. Sudah tahu bapanya segarang itu masih tidak serik-serik mahu buat masalah. Sekarang masalah baru sudah tiba. Bukan saja mereka terjejas mungkin juga penduduk kampung ini terjejas kerana kampung mereka kebanyakannya mendapat keperluan harian dari kampung Jasmin.
Tok Li juga yang berniaga di Pasar Ghaduna yang merupakan pasar di kampung Jasmin. Nama kampung itu Jasmin pun kerana Jasmin itu satu-satunya anak ketua kampung itu. Memang jelas bukti kesayangan bapanya kepada Jasmin kerana sanggup menukar nama kampung itu.
Hairan mengapa Adnan berani membuat demikian? Hingga dua kampung bermusuhan.
Maknanya Tok Li tidak boleh lagi berniaga dipasar itu kerana ugutan ketua kampung itu. Kalau begitu, mungkin hanya berniaga dipekan. Namun, kebanyakan bahan perniagaan penduduk sini dapat dari pasar Ghaduna.
Hati bersyukur kerana Tok Li ada kebun sendiri tapi masih risaukan akan peniaga lain yang terjejas. Keluhan dilepaskan. Penat mahu memikir.
Di sini jelas yang Kampung Jasmin itu berani membuat keputusan untuk tidak membenarkan penduduk Kampung Jamura untuk menjual beli di Kampung Jasmin kerana ketua kampung itu mengatakan tanpa mereka, kampung mereka tidak akan rugi. Sombong.
...
Today's verse
Surah An-Nisa' ayat 36:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...
