"Aku tidak ada hutang dengan Adnan. Demi Allah."
"Apa ma-- maksud kau?" soal Seroja selepas mendengarnya.
"Aku tidak tahu mengapa Adnan menfitnahku tapi aku benar-benar sudah lama tinggalkan benda terkutuk itu."
Seroja tersentak. Jelas kelihatan kejujuran di wajah Amri. Dia tidak berbohong. Kepala yang mula rungsing itu dipicit. Keluhan dilepaskan apabila mengetahui perkara sebenar.
Cempaka yang sejak tadi diam mula buka bicara, "Be.. benarkah? Apa yang kau katakan?" Dalam lubuk hatinya sukar percaya tapi kerana dia kenal Amri lebih daripada orang lain, dia tahu selama dia hidup dengan Amri, Amri sentiasa berusaha untuk meninggalkan dosanya yang satu itu walaupun sering tumpas. Namun, Cempaka sendiri menyaksikan kegigihan Amri untuk berubah.
Hatinya entah mengapa rasa sebal. Perasaan bercampur baur. Memikirkan Amri bersendirian dalam hijrahnya tanpa dia di sisi. Hati kesal kerana menghukum Amri sedangkan Amri juga insan biasa yang sama dahagakan kasih Yang Maha Agung.
Dia memalingkan muka daripada terus memandang Amri kerana air matanya mula bertakung. Amri yang perasan mula bertanya, "Sebanyak itu kah kau bencikan aku Cempaka? Hingga kau tidak mahu memandangku?" Nada suara Amri berbaur kecewa. Namun, dalam masa yang sama dia masih cuba faham mengapa Cempaka membencinya.
Mana tidaknya. Dulu dia sanggup menggugurkan kandungan Cempaka hanya atas alasan kurang pendapatan. Takut hidup mereka yang serba kekurangan makin sempit. Entah apa yang merasuknya hingga dia lupa akan dosa dan pahala. Judi juga antara rutin hariannya sejak dulu lagi. Azam untuk meninggalkan judi itu mula wujud sejak kehadiran Cempaka. Namun, dia tetap gagal melawan hawa nafsunya.
Apabila dia hanya ada satu-satunya kekuatan untuk terus berubah. Namun, dipersiakan. Cempaka yang sentiasa sabar dan percaya pada dirinya bahawa dia akan berubah satu hari nanti mula tawar. Tawar hati.
Amri faham mengapa Cempaka memilih untuk pergi. Dia juga tidak lagi mahu sakitkan Cempaka. Tidak mahu sakitkan hati Cempaka mahupun luar dan dalamannya. Perasaan menyesal yang semakin menggunung membuatkan Amri memegang dadanya dan menggempal penumbuk dibajunya.
Lagi-lagi semasa sebulan lalu dia datang pada Cempaka dan menampar Cempaka. Dia tidak dapat maafkan dirinya sendiri. Jikalau Cempaka memilih untuk tidak memaafkan dirinya, dia faham.
"Aku tidak membenci kau.." Amri terkedu.
"..cuma aku kesal. Aku tiada disamping kau disaat-saat yang penting. Dimana perlunya teman hijrah yang sering memberi kekuatan. Maafkan aku kerna tidak dapat menjadi isteri, sahabat dan keluarga yang baik untuk kau," ujar Cempaka dengan posisinya yang masih membelakangi Amri.
Amri menggeleng. "Tidak, kau dah banyak bantu aku, Cempaka. Kau dan Kuntum antara salah satu sebabnya aku masih berusaha untuk menjadi diriku yang lebih baik daripada sebelum ini. Tatkala aku tiada siapa, ibu bapaku sendiri membuangku dan keluargaku tidak lagi menganggapku sebagai keluarga mereka tapi kau tetap ada disampingku tanpa mengeluh."
"Terima kasih buat kau, Cempaka. Kau lah manusia yang paling baik aku jumpa. Maafkan semua perbuatan dan percakapan yang aku lakukan pada kau yang membuatkan kau sakit."
Cempaka pun mula menghadap semula ke arah Adnan, "Aku dah lama maafkan kau. Cuman mustahil untuk aku lupa apa yang kau lakukan pada aku," ujar Cempaka terus terang. Lebih baik terus terang sekarang tentang niatnya hanya untuk memaafkan dan tidak lebih daripada itu.
"Baiklah. Aku faham. Itu pun dah buat aku bersyukur dan berterima kasih kerana kau memaafkan aku."
Suasana sunyi kembali. Mereka masing-masing lebih selesa diam. Seroja hanya menjadi pendengar luahan dua insan itu. Hati Seroja juga terkesan mendengar serba sedikit kisah hidup mereka. Perit. Dunia ini.. kejam.
"Cempaka, boleh kah hari ke hari aku ke mari untuk melihat anakku? Anak kita," soal Adnan dengan berhati-hati.
Cempaka mengangguk. Segaris senyuman terukir.
"Apa kata kau jumpa sekarang? Memandang Kuntum sudah terjaga." Seroja beri pendapat selepas melihat kelibat Kuntum yan sudah bangun dan masih menggosok perlahan matanya. Tangannya masih tidak lepas memeluk patung kesayangannya itu.
"Bo.. bolehkah?" soal Adnan pula. Mahu mendapat kepastian dan persetujuan Cempaka. Sudah lama dia mahu melihat Kuntum. Namun, sebelum ini dia hanya mampu melihat dari jauh. Hati yang mahu memeluk dan membelai Kuntum sering dibuang jauh. Tidak mahu Cempaka buruk sangka padanya.
Cempaka angguk sekali lagi. Bersinar-sinar mata Amri. Senyuman manis terukir hingga kelihatan giginya. Air mata yang bertakung mula mengalir dipipi itu diseka perlahan.
Cempaka pun masuk ke dalam rumahnya lalu merapati anak tunggalnya. "Kuntum, mari sini." Kuntum pun perlahan-lahan berdiri dan berjalan beberapa tapak ke arah Cempaka yang sudah sama tinggi dengannya kerana posisi Cempaka ketika ini sedang berlutut.
"Kuntum cuba lihat siapa di sana?" Kuntum pun melihat ke arah yang ditujukan oleh ibunya. Tangan yang pada mulanya memeluk anak patung, mula terlerai dari dakapannya.
"Kuntum?" soal Cempaka. Pelik dengan tingkah anaknya. Kuntum pun mula mengorak langkah lalu berlari ke arah Amri.
Bukan hanya Cempaka terkejut. Amri dan Seroja juga terkejut.
Kuntum pun mendepakan tangannya semasa dia berlari dan hampir makin dekat dengan Amri. Amri pun mendepakan tangannya. Mereka membalas pelukan.
Lama. Lama mereka mendakap pelukan antara satu sama lain. Sebelum Amri sendiri cuba meleraikannya tapi gagal. Kuntum mengeratkan lagi pelukan.
Cempaka pula terkebil-kebil. Hairan. Masakan anaknya sudah tahu.
"Kuntum.." Amri menyapa Kuntum dengan lembut. Kuntum pun memandang ke arah Amri. Tangan kanan kecilnya masih tidak lepas merangkul leher Amri.
"Ayah." Badan Amri mengeras. Tidak sangka Kuntum akan memanggilnya seperti itu. Adakah Kuntum sudah tahu bahawa dia lah bapa kandungnya? Adakah Cempaka yang memberitahunya?
Amri pun memandang Cempaka. Apabila melihat riak wajah Cempaka yang juga terkejut itu, sah bahawa Cempaka juga tidak menyangka bahawa Kuntum bakal memanggil Amri begitu.
Cempaka kehairanan. Bagaimana Kuntum tahu bahawa Amri ayahnya? Kuntum juga tidak pernah bertemu sama Amri. Cempaka hanya memberitahu tentang Amri pada Kuntum hanya serba sedikit saja.
Sebagai contoh, nama Amri dan Amri sering ke mana. Itu pun jarang dia berbicara tentang Amri kecuali Kuntum lontarkan soalan tentang ayahnya.
"Ba.. bagaimana Kuntum tahu bahawa dia ayah Kuntum?" soal Cempaka.
"Dalam mimpi!" ujar Kuntum dengan teruja.
"Ibu ingat tidak cerita mimpi Kuntum. Lelaki baik itu yang sentiasa menemani Kuntum di dalam mimpi itu. Baru saja tadi Kuntum bermimpi dia lagi. Kuntum dapat lihat jelas wajahnya dan dia menggelar dirinya ayah!" Kuntum ukirkan senyuman manis.
Cempaka terkelu. Mustahil dia tidak ingat. Hampir setiap minggu beberapa kali anaknya bermimpi tentang lelaki yang sama. Sejujurnya hatinya risau jika ada apa-apa. Tanpa sedar dia hela nafas lega.
...
Segmen Ilmu
5 Tanda Mimpi Kita Betul dari Ustaz Don Daniyal yang dapat dari gurunya iaitu Dato' Harun Din. Kelima-lima semua mesti ada, jika salah satu tidak ada, maka ianya hanya mainan mimpi.
1. Malam itu berwuduk sebelum tidur.
2. Selepas wuduk, tidak berhadas.
3. Berlaku pada 12 malam hingga mahu dekat-dekat waktu subuh.
4. Habis mimpi terus terjaga.
5. Pastu ingat mimpi itu satu persatu hingga ke siang hari.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hikayat Insan Nayanika
Ficção HistóricaSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...
