Bab 13

100 17 0
                                    

Adnan mengetap kuat giginya kerana geram apabila dapat tahu sebab sebenar mengapa Jasmin menarik semua perkahwinan mereak pada akhir-akhir waktu.

"Kau curang sama aku kan?! Dari awal aku sudah kata yang apa pun jangan sesekali berani curang!" Jerit Jasmin di depan khalayak ramai yang sudah berkurumun di hadapan rumah gah Adnan untuk melihat perkahwinan mereka.

Adnan yang sudah memakai pakaian perkawinan mereka melihat atas bawah ke arah Jasmin yang hanya berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian malis perkahwinan mereka.

"Apa maksud adinda? Kanda tidak faham?" Nada suara dilembutkan untuk memujuk gadis pujaannya. Adnan tanpa sedar dia sudah benar jatuh cinta pada gadis itu walaupun jarak umur mereka jauh, iaitu Jasmin berumur 18 tahun manakala Adnan berumur 33 tahun sebaya sama Cempaka.

"Semalam. Gadis yang bermata aneh itu,  dia datang menemuiku! Dia bilang kau mahu memperisterikan dia!"

"Tidak! Dia menfitnah kanda! Kanda jujur, kanda sudah jatuh sayang pada adinda. Kanda mohon jangan percaya sama dia." Nafinya.

"KAU USAH BERBOHONG!" Tengkik bapa Jasmin pula.

Keluhan dilepaskan oleh Adnan. Malu dapat, semua dapat. Mana tidaknya, sebelum ini semua gadis tergila-gilakannya. Tinggal dia pilih saja siapa. Namun, pertama kali ada gadis yang menolak lamarannya, gadis mata aneh itu dan yang sekarang gadis yang mula dia jatuh hati.

Dia juga sudah jatuh hati pada gadis mata aneh itu. Hati membuak-buak mahu melihat wajah gadis itu sekali lagi. Memang dia pernah ketemu gadis itu di saat dia menolongnya di hutan hari itu. Namun, kerana waktu itu gelap gelita, hanya ditemani api yang dipegang dan sinaran bulan, hanya samar-samar kelihatan. Ketika dia mahu bawa gadis mata aneh itu ke pekan pun gadis itu lesap. Entah ke mana.

"Seroja.." bisik Adnan perlahan. Senyuman sinis terukir dibibir.

─•~❉᯽❉~•─

"Bagaimana Temenggung Andika? Adakah kau jumpa jejak akan Tuanku Seroja?" soal Putera Mahkota Syed Firas, adinda Tuanku Seroja.

"Ampun Tuanku Firas, patik masih belum menemui Tuanku Seroja. Namun, yang patik jumpa hanya kuda Tuanku Seroja."

"Apa? Bagaimana dengan keadaan kuda tuanku?" soal Tuanku Firas.

"Kakinya luka, ibarat terkena anak panah. Namun, mujur tidak tertembus dikakinya, cuma hanya terkena sedikit. Namun, jika dilihat luka yang masih parah walaupun terkena sedikit dari anak panah itu, patik yakin anak panah itu bukan anak panah biasa."

"Maksud kau, anak panah beracun kah?" soal Tuanku Firas untuk mendapatkan kepastian.

"Ya, tuanku."

Hati mula gusar. Risau jika kakandanya juga terluka.

"Kami masih tidak masuk ke hujung hutan itu kerana patik dengar di situ amat merbahaya terutama di hujung bahagian barat hujung sana." Tuanku Firas mengangguk faham.

"Tambahkan lagi anggota tentera untuk ke sana. Kali ini, kalian cuba saja ke bahagian barat."

Temenggung Andika mengangguk. "Menjunjung perintah, tuanku!"

─•~❉᯽❉~•─

Sejuk yang lain daripada malam sebelum ini membuatkan Tuanku Seroja terjaga dari lena. Masih gelap. Bunyi beduk uga tidak kedengaran. Maksudnya belum masuk waktu subuh. Tuanku pun bangun dari perbaringannya untuk keluar rumah menuju ke bilik air yang terletak dibelakang rumah. Air yang sejuk membuatkan tuanku sedikit menggigil.

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now