Bab 3

213 28 6
                                        

"Kenal Tuanku Puteri Syarifah Seroja dari Kerajaan Puspawangi?" Tiba-tiba Tok Li bertanya.

Suasana sepi kembali.

"Kenal mustahil tak kenal," ujar Puteri Syarifah Seroja. Terkejut dibuatnya setelah mendengar namanya dipetik tapi masih beriak biasa.

"Tuanku jaguh menggunakan Silat Cindai. Biasanya tuanku gunakan itu untuk bersilat atau berhadapan dengan musuh lelaki. Dia juga dikatakan jarang menggunakan keris tetapi sering memanah," ujar Tok Li.

"Kamu boleh belajar menggunakan silat dengan selendang atau kain dan berlawan dengan Hamza. Tetapi setahu Tok, hanya orang tertentu saja yang diajar untuk menggunakan kaedah itu kerana sukar seseorang itu menguasai Silat Cindai dengan hebat. Kamu boleh minta Tuanku Puteri Syarifah Seroja mengajar kamu." Katanya lagi.

Puteri Syarifah Seroja diam tidak tahu ingin memberi jawapan apa pada Tok Li.

"Tapi, Tuanku Seroja jarang sekali keluar dari kerajaannya. Ramai juga yang tidak mengetahui rupa paras tuanku. Kerabat diraja dari kerajaan lain juga sukar berhadapan dengan tuanku secara langsung. Pasti lebih sukar Seroja yang rakyat biasa ingin berhadapan dengan tuanku. " Sambung Hamza panjang lebar.

"Belum cuba belum tahu," ujar Tok Li.

"Benar kata Tok Li. Lagi pula, hakikatnya tuanku sering sekali keluar dari istana dan melihat secara langsung keadaan rakyat jelata. Tuanku juga selalunya menyamar menjadi rakyat biasa semasa keluar dari istana." Sambung Puteri Syarifah Seroja.

"..Mana kau tahu semua itu?" Hamza diam seketika sebelum melontarkan soalan.

"Aku de-dengar berita itu dari mulut penduduk di sana." Jawab Puteri Syarifah Seroja sebelum dia membalasnya dengan ketawa hambar.

Hamza memandangnya dengan pandangan redup. Suasana sepi seketika.

"Oh ya. Kak Cempaka. Lupa pula mahu tanya, aku di mana ya?" Puteri Syarifah Seroja cuba menukar tajuk cerita.

"Seroja.. berada di Kampung Jamura."

'Kampung Jamura? Setahu aku tiada perkampungan di Kerajaan Puspawangi yang bernama demikian.' Bisiknya sendirian.

"Kerajaan Grindacara." Sambung Hamza.

'APA?! Kerajaanku baru sahaja lepas berperang dengan kerajaan ini. Nyawaku bakal dalam bahaya jika mereka tahu aku sudah berada di sangkar mereka. Parah!' Puteri Syarifah Seroja menjerit dihatinya. Wajah dipaksa beriak biasa. Lama juga dia mengelamun dan memikir nasibnya. Semua perbualan mereka tidak sedikit pun didengari oleh Puteri Syarifah Seroja. Ibarat sekadar angin yang lalu.

Puteri Syarifah Seroja perasan ada yang tidak kena dengan Amri. Suasana waktu Amri tidur kelihatan kekok. 'Sudah bangunkah dia?'

Puteri Syarifah Seroja melihat kembali ke arah Hamza dan Hamza mengangguk tanda faham. Hamza pun bangun dari tempatnya dan menuju ke arah Amri. Amri semakin terserlah dirinya sudah terjaga. Matanya masih tutup tetapi terkebil-kebil matanya dan bergerak-gerak.

"Dah bangun tu buat-buat bangun. Usah kau berpura-pura lagi." Hamza matanya menatap tajam ke arah Amri.

Laju saja Amri bangun dan berlutut dihadapan Hamza. Dia memandang saja lantai tanpa melihat wajah Hamza. Puteri Syarifah Seroja aneh melihat tingkah laku Amri terhadap Hamza. Seperti bukan Amri yang tadi.

"Kau pergi minta maaf dengan kak Cempaka sekarang. Sebelum.." Hamza berlutut sebelah kaki sebelum membisikkan sesuatu pada Amri.

"Sebelum aku pancung kepala kau," ujar Hamza perlahan tetapi cukup didengari oleh Amri.

"Ampun tuan-!" Jerit Amri seraya badannya bergeletar. Hamza terus memberi pandangan dingin kepada Amri supaya dia tidak terus melontarkan kata. Amri terus melangkah pergi ke dapur meminta maaf pada Cempaka.

Hikayat Insan NayanikaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang