"Oh ya! Bagaimana aku dijumpai?" Tanya Puteri Syarifah Seroja. Baru dia terlintas mahu bertanya soal itu.
Hamza terkedu. Dia berdiam sejenak sebelum melontarkan jawapan. Riak wajah dikawal sebaik mungkin.
"Aku yang menemui kau." Hamza menatap wajah Tuanku Seroja dengan dalam.
Mata Tuanku Seroja membulat. Tidak terlintas difikirannya bahawa Hamza yang menemuinya. Sangkaannya Cempaka. "Oh. Te-terima kasih selamatkan aku." Bibirnya hanya memberikan senyuman kelat. Kekok.
"Sama-sama." Hamza pun mula menceritakan dari awal hingga akhir.
"Tok Li! Saya pergi dulu ya?!" Jerit Hamza dari luar.
"Baiklah hati-hati. Assalamualaikum." Saut Tok Li.
"Waalaikumussalam."
Hamza pun mengorak langkah ingin ke rumah Cempaka kerana Tok Li menyuruhnya menghantar Kuntum yang bermain di rumah Tok Li tadi.
Baru beberapa langkah dia sudah berpatah balik dan menukar arah. Kuntum pula terpinga-pinga mengikut Hamza dengan kaki kecilnya itu.
"Kanda Za. Kenapa tidak lalu situ?" Tanya Kuntum dengan bicaranya yang masih pelat.
"Ramai sangat orang di sana. Sukar kita mahu jalan jika lalu di pekan."
"Atau kerana ada gadis-gadis yang selalu menganggumu?" Tanya Kuntum seraya ketawa melihat wajah Hamza yang terkejut.
'Bagaimana pula dia tahu?' Bisiknya sendiri.
"Tidak. Tok Li memintaku untuk mengambil rambutan yang sudah dikait tadi." Hamza memberikan senyuman manis. Kuntum membalas senyuman Hamza hingga menampakkan giginya yang rongak.
Mereka pun melalui kebun Tok Li. Namun, mereka berjalan di sisi sungai daripada berjalan di laluan dalam kebun kerana pintaan Kuntum yang katanya mahu melihat ikan.
"Wah ikan apa tu? Ikannya besar. Ada buaya pula!" kata Kuntum dengan teruja. Tangannya dah bermain-main di langit. Senyuman terukir dibibir dwngan mata yang bersinar-sinar.
Hamza pun melihat ke arah yang ditunjuk oleh Kuntum. Mata Hamza tidak terkelip. Langkahnya pun terhenti. Alangkah terkejutnya dia melihat ada orang di sekeliling dua ekor buaya itu.
"Kuntum. Kuntum duduk di pondok situ tau. Jamulah rambutan, di situ ada rambutannya." Selepas mendengar kata Hamza dia pun meleraikan tangannya daripada terus memegang tangan Hamza dan berlalu pergi. Mujurlah dekat saja pondok itu dengan tempat mereka.
"Ya Allah. Bantulah hambamu ini untuk membantu hambamu itu Ya Allah. Bismillahirrahmannirrahim."
Hamza pun melihat wajah gadis itu yang sudah pucat. Darah yang menghiasi air jernih itu dipandang sekilas. Mujur buaya itu hanya berbaring di darat. Dia pun lantas memegang dan mengangkat tubuh gadis itu. Masih hangat.
'Tidak mengapa. Kau membantunya kerana Allah. Bukan kerana nafsu,' ujar Hamza untuk mengingatkan dirinya. Namun, hatinya tetap beristighfar supaya tiada langsung pintu yang boleh dilalui oleh syaitan untuk menghasutnya.
Dia meletakkan tubuh itu di atas pondok. Diletakkan jari di hidung gadis itu. 'Masih bernafas. Alhamdulillah.'
"Selepas itu, aku membawa kau ke rumah kak Cempaka. Maafkan aku kerana dah menyentuhmu." Hamza mengalihkan pandangan. Tangan kanan mula menggosok belakang lehernya.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...