Bab 2

161 26 8
                                    

"Waalaikumussalam! Sebentar!" Jerit Cempaka selepas mendengar ada orang ketuk pintu dan memberi salam. Dengan lekas dia menyarung tudungnya.

Cempaka pun membuka pintunya dan alangkah terkejutnya melihat lelaki itu berada di hadapannya.

"Kau. Kau buat apa di sini?!" Marahnya membuak-buak selepas sahaja melihat wajah lelaki yang tidak pernah diundang itu.

"Aku nak duit." Kata Amri.

"Aku tak ada. Kau tak payah nak-" Kata Cempaka terputus.

'Aku tak boleh keruhkan lagi keadaan. Aku tak boleh buat dia marah tak pasal-pasal kena lagi. Lagi-lagi sekarang ini ada..' Getus hati Cempaka.

"Aku suruh kau jual rumah ini kau tidak mahu! Pergilah duduk sama bumbung dengan bapa kau! Kenapa mahu jadi nusyuz sangat?!"

"Kau jangan nak guna agama! Kau tu apa kurangnya?! Dayus. Pukul isteri sendiri. Isteri sendiri tengah mengandung pun dipukul. Berapa kali dah gugur. Kau nak aku ingatkan satu persatu semua salah kau ke?! Hanya kerana mahu berjudi kau sanggup buat aku hadap semua perkara yang aku tidak pernah sangka bahawa kau yang akan sakitkan aku." Kata Cempaka dengan tegas. Dia sudah tidak tahan. Lagi-lagi dia risau jika anak perempuannya itu pulang ke rumah dari bermain dengan rakannya. Dia tidak mahu anaknya melihat mereka bergaduh.

Cempaka jatuh menyembah lantai hingga tersungkul ke dalam rumahnya kerana dia di tolak kasar oleh Amri. Amri pun menutup pintu dengan kuat dan kasar. Amri dengan lantas mengenggam rambut Cempaka di sebalik tudungnya dan memaksa Cempaka bersandar pada muka pintu.

"Kau diamlah! Bukan semua gugurkan? Aku tahu ada seorang yang hidup. Bukan salah aku. Salah kau sebab tak kasi duit." Kata Amri seraya menggenggam kuat rambut Cempaka yang ada disebalik tudung.

"Salah ku?! Itu semua tugas kau! Menyesal aku tak dengar kata abah supaya aku tak kahwin sama kau. Mana janji manis kau?! Semua lesap. Palsu! Satu pun kau tak pernah tunaikan. Ni kau nak cakap salah aku?!" Air mata Cempaka mengalir dengan laju tanpa di paksa. Hatinya berkecai kembali.

Cempaka hanya mampu bersandar pada muka pintu tanpa sudi melihat wajah Amri. Cempaka melihat kembali muka Amri dengan penuh rasa kebencian. Tiba-tiba--

Pang!

Cempaka terkaku. Dia tidak terkejut dengan tindakan Amri yang menampar dirinya. Dia dah biasa. Cuma dia terkejut melihat Puteri Syarifah Seroja yang di belakang Amri itu. Puteri Syarifah Seroja pun terus memukul kepala Amri dengan kuali. Amri terus terbaring pengsan.

"Ek! Tidak matikan? Aku pukul perlahan saja."

"Terima kasih.." Cempaka berdiri dari situ dan memeluk Puteri Syarifah Seroja. Puteri itu perasan badan Cempaka bergeletar sedikit. Tidak, banyak.

"Eh? Sama-sama," ujar Puteri Syarifah Seroja seraya membelai lembut belakang tubuh Cempaka.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara Tok Li disebalik pintu yang ditutup rapat itu.

"Waalaikumussalam," ujar serentak Puteri Syarifah Seroja dan Cempaka.

"Lelaki ini macam mana kak? Perlukah kita sembunyikan dia?" Tanya Puteri Syarifah Seroja. Cempaka menggeleng tanda tidak perlu.

Selepas saja Cempaka membuka pintu. Terkejut Hamza dan Tok Li melihat Amri yang terbaring di situ. Terus Hamza masuk ke dalam. Baru saja Hamza ingin membuka langkah untuk memberi ajar pada Amri, Cempaka sudah menghalangnya.

"Tidak perlu apa-apakan dia. Dia sudah cukup menderita selepas kena pukul dengan kuali dari Seroja," ujar Cempaka.

"Seroja? Siapa?" Tanya Tok Li.

Cempaka dan Hamza menunjuk ke arah Puteri Syarifah Seroja. Seroja kehairanan bagaimana Hamza tahu.

"Mana kau tahu aku Seroja?" Tegas Puteri Syarifah Seroja tanpa beri senyuman. Tangannya memeluk tubuh.

"Aku Hamza. Yang ini Tok Li. Yang ini pula Cempaka. Kau saja yang tinggal, pasti kau Seroja. Kan? Atau aku salah? Senang saja ingin membaca suasana. Takkan itu pun susah?" ujar Hamza. Memang perangainya begitu. Main lepas saja.

"Riak," ujar Puteri Syarifah Seroja. Matanya memberi jelingan pada Hamza.

"Eh? Kau panggil orang riak pula. Masuk akal bukan? Bukan ada orang lain di sini. Hanya ada kita dengan Si Amri ni." Sambung Hamza dengan keningnya berkerut.

"Dah. Seroja ini tetamu akak, hormat sikit." Cempaka mencelah perbualan mereka.

"Ala. Akak ni pun lupa ke? Saya pun tetamu akak. Tetamu istimewa lagi," ujar Hamza.

"Istimewa sangat," ujar Seroja perlahan tapi cukup didengari Hamza.

Cempaka pun menyediakan pisang goreng, cempedak goreng dan air teh O panas. Mereka pun menjamu dengan penuh selera. Hamza makan dengan rakusnya. Lapar sangat agaknya. Puteri Syarifah Seroja tidak dibenarkan membantu Cempaka kerana dilarang oleh Tok Li. Alasannya kerana Seroja masih belum sihat.

"Belum sihat apa? Tangan dia elok saja. Siap sempat ambil kuali di dapur itu," kata Hamza.

"Waktu itu aku memang berada di dapur sedang kupas pisang. Aku dengar bunyi orang bergaduh. Intai saja yang aku mampu. Tidak berani masuk campur. Tapi lepas lihat lelaki tu tampar kak Cempaka. Aku terus capai kuali itu. Kalau aku sihat dah lama kena siat dengan silat aku," ujar Puteri Syarifah Seroja. Matanya tertutup seketika kerana baru perasan apa yang dikatakan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

'Eh! Aku sebut silat saja. Tak mengapa kan? Bukan mereka dapat tahu aku ada pertalian darah dengan kerabat diraja melalui silat. Perempuan di sini pasti jaguh silat jugakan?' Senandikanya berbisik sendiri untuk menyedapkan hatinya yang mula gusar.

Suasana sepi saja.

"Ehem. Kau jaguh silat? Mari berlawan dengan aku. Aku juga jaguh silat." Kata Hamza.

"Aku tidak berlawan dengan lelaki walau hanya untuk latihan kecuali berperang. Kalau mahu aku bersilat carilah perempuan yang ada." Sekali lagi dia terlepas kata. 'Memang menempah maut aku ini jikalau mereka mengesyaki sesuatu.'

"Ala.. Jika kerana takut kalah, jujur saja," ujar Hamza seraya membuat mimik muka.

'Kalau dia tahu aku ni Puteri Syarifah Seroja. Pasti dia tercengang.' Bisik hatinya.

"Kenal Tuanku Puteri Syarifah Seroja dari Kerajaan Puspawangi?" Tiba-tiba Tok Li bertanya.

Suasana sepi kembali.

...

Segmen Ilmu

Perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT.

Jika seorang suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.

Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.

- Selagi masalah tu masih boleh dibaiki, baikilah. Bincang elok-elok. Kawal amarah.
- Pilihlah penceraian ni jalan terakhir untuk satu perkahwinan. Jangan sesuka hati je sebab cerai-berai ni bukan perkara yang boleh main-main

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now