Baru saja Puteri Syarifah Seroja membuka kelopak matanya. Matanya langsung tertutup semula dengan pantas kerana cahaya matahari memedihkan mata indahnya itu. Seroja mendesis perlahan kerana hampir seluruh badannya terasa sakit dan rasa lesu. Keningnya berkerut menahan sakit yang sedang dirasai ketika ini.
"Kamu sakitkah?" Suara lembut itu membuatkan Puteri Syarifah Seroja membuka semula matanya.
Puteri Syarifah Seroja membuka kelopak matanya. Matanya dikelip-kelipkan beberapa kali kerana hairan siapakah wanita di hadapannya itu lalu mata indahnya mula melilau melihat setiap sudut di bilik itu. Bilik itu kecil saja dan tiada banyak perabot. Tetapi udara sungguh segar dan di luar jendela kelihatan jelas matahari sudah terbit.
Puteri Syarifah Seroja masih mendiamkan diri dan masih memerhatikan sekeliling. Lagi-lagi wanita yang berada di hadapannya yang sejak tadi mata wanita itu hanya memberi tumpuan terhadap dirinya.
"Kamu usah takut. Aku Cempaka." Cempaka terdiam seketika sebelum melontarkan kata-kata.
"Sebenarnya.. kamu ditemui lemas di pinggir sungai. Tapi alhamdulillah, nadi kamu masih berdenyut jadi kamu dibawa ke mari dan diberi beberapa rawatan pada kamu." Sambung Cempaka.
"Oh.. Terima kasih kerana sudi membantuku. Panggil saja.. Seroja."
'Rasanya tidak mengapa jika aku memberitahu pada dia namaku.' Bisiknya sendiri.
"Sama-sama," ujar Cempaka seraya memberi senyuman manis kepada Puteri Syarifah Seroja.
Suasana kembali sunyi. Sepi. Hanya di temani bunyi burung berkicauan.
"Sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri?" tanya Puteri Syarifah Seroja.
"Kamu dijumpai asar kelmarin. Sekarang sudah masuk waktu dhuha."
"Dhu-dhuha?! Astagfirullahalazim! Subuhku!" Puteri Syarifah Seroja baru saja mahu bangun tetapi terduduk semula. Seroja baru perasan betisnya itu berbalut dengan kain.
Bukan saja kakinya di bahunya juga terasa sakit dan rasa berbisa. Rasanya mencucuk-cukuk. Pasti kerana kesan ditusuk dengan anak panah yang beracun pada hari itu. Tapi Puteri Syarifah Seroja bersyukur, lukanya tidak dibahagian yang wajib kena air wudhu. Mudahlah untuk Puteri Syarifah Seroja mengambil wudhu dengan sendiri tanpa meminta bantuan orang lain.
Cempaka terus menyambut lengan Puteri Syarifah Seroja lalu dipimpin menuju ke bilik air. Dia pun duduk di bangku yang telah tersedia di dalam bilik air itu. Cempaka pun berlalu pergi dan menutup semula pintu bilik air itu.
"Cempaka!" Jerit Puteri Syarifah Seroja.
"Ha?! Kenapa?!" Cempaka terus membuka luas pintu itu.
"Oh. Tidak ada apa-apa. Cuma hari ini Allah bagi ku cuti." Sambung Puteri Syarifah Seroja dengan sengihan.
Cempaka hanya membalas dengan senyuman. Syukur. Dia bersyukur Puteri Syarifah Seroja boleh hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memulihkan badannya.
─•~❉᯽❉~•─
Pasar Ghaduna
Walaupun sudah menunjukkan 10 pagi. Pasar Ghaduna ini masih dipenuhi penduduk dari dalam dan luar daerah. Pasar yang berdekatan dengan pinggir pantai ini sangat terkenal kerana di situlah hampir semua keperluan mereka dapat dipenuhi.
"Assalamualaikum Tok Li." Tegur Hamza pada Tok Li yang sedang sibuk mengemas kedainya kerana buah-buahnya sangat laris terjual hari ini.
"Waalaikumussalam." Sambutnya seraya memberi senyuman.
Hamza pun tanpa melengahkan lagi masa, dia terus menolong Tok Li mengangkat bakul-bakul buah-buahan itu.
"Mana kak Cempaka? Bukan dia yang selalu tolong Tok Li ke?" soal Hamza.
"Ada dia tolong tadi. Tapi sekejap saja. Dia kata dia risau akan keselamatan gadis itu. Takutnya sampai saja sana bayang pun tak ada." Sambung Tok Li panjang lebar.
Hamza hanya mengagguk saja. Dia tahu tapi masih ingin bertanya. Gadis yang diselamatkannya itu membuatkan Hamza sukar ingin melupakannya. Wajah gadis itu yang bersih tetapi bibirnya yang pucat itu tidak hilang dari fikirannya.
Menaik kembali bulu romanya selepas mengingatnya kembali. 'Seram' bisik hati Hamza. Seram bukan sebab Puteri Syarifah Seroja tetapi benda yang ada di sekelilingnya ketika itu dipenuhi dengan buaya yang sedang tidur nyenyak. Naik kembali bulu romanya.
"Aku ke sana ingin mencari makanan. Sampai sana tak silap-silap aku yang jadi makanan," ujar Hamza sambil gelak tawa. Tok Li hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata bekas anak muridnya itu.
"Lepas dah selesai semua ini. Mari ikut Tok Li menjenguk mereka. Cempaka kata dia mahu masak cempedak goreng kesukaan kamu," ujar Tok Li.
"Mari! Dah lapar ni," kata Hamza sambil sengih hingga menunjukkan lesung pipitnya itu.
─•~❉᯽❉~•─
"Waalaikumussalam! Sebentar!" Jerit Cempaka selepas mendengar ada orang ketuk pintu dan memberi salam. Dengan lekas dia menyarung tudungnya.
Cempaka pun membuka pintunya dan alangkah terkejutnya melihat lelaki itu berada di hadapannya.
"Kau. Kau buat apa di sini?!" Marahnya membuak-buak selepas sahaja melihat wajah lelaki yang tidak pernah diundang itu.
...
Segmen Ilmu
Bacalah doa ini ketika datang bulan:
الْحَمْدُللهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ
Alhamdulillah 'ala kulli khalin wa astghfirullah min kulli dzanbin.
Artinya: "Segala puji bagi Allah atas segala persoalan dan aku memohon ampun kepada-Mu atas segenap dosa."
Jika seseorang perempuan yang kedatangan haid dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka akan:
1) Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
2) Dimudahkan perjalanan darah haid.
3) Mendapat pahala beribadat sepanjang haid.
4) Meraih pahala 40 orang syahid.
5) Selamat dari azab neraka.
6) Dimudahkan melalui Titian Sirat.Daripada Saiyidina Aishah r.ha. : "Tidak ada seorang perempuan pun yang kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di atas) pada hari yang pertama, maka Allah سبحانه وتعالى akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas titian Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan pangkatnya oleh Allah سبحانه وتعالى baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى di dalam masa haidnya."
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Ficción históricaSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...