Push!
Panahan Tuanku Seroja tepat terkena papan memanah itu. Seroja pun mengorak langkah menuju ke pondok. Nafasnya yang tadinya mengah mula teratur semula.
Sudah hampir masuk dua minggu. Hamza masih belum muncul. Jawapan Seroja untuk mengahwini Hamza sudah lama disimpan rapi. Hanya tinggal memberitahu tuan badan. Tapi bayang pun tidak kelihatan.
Srtt--
Dengar saja bunyi itu, Seroja terus melepaskan panahan. Melihat saja lelaki itu keluar dari semak samun itu, terbeliak matanya. Mujur lelaki itu dapat elak.
"Hamza?!"
Sepi. Tiada jawapan dari tuan badan itu.
"Kau... Mengapa baru sekarang kau tiba? Kau tidak mahu tahu jawapanku?"
"Aku sudah tahu jawapan kau." Badannya disandarkan di sebatang pohon besar seraya tangannya memeluk tubuh.
"Kau... dah tahu?" Terkejut Seroja dibuatnya.
Hamza mengangguk perlahan. Matanya yang tadi menatap Seroja dari jauh itu mula jatuh ke tanah.
"Kau... terima lamaran Adnan bukan?" Mata Hamza kembali melihat gadis suri hatinya.
Tersentak Seroja dibuatnya. Lama mereka menatap antara satu sama lain. Seroja dapat baca disebalik pandangan jejaka itu. Sedih, kecewa, marah...
Seroja geleng, "Tidak... aku terpaksa. Aku tiada pilihan. Jujur aku menerima lamaran kau. Yang aku ingin hidup bersama ialah kau, Hamza. Bukan dia." Seroja memandang Hamza lama untuk menunjukkan dia benar-benar maksudkan dengan apa yang dikatakan.
Hamza mengalihkan pandangan. Senyuman terukir hingga menampakkan lesung pipitnya yang terhias indah diwajahnya.
"Bagi sebab mengapa kau memilihku. Aku kenal kau siapa. Kau bukan rakyat biasa seperti ku. Adnan ialah pasangan terbaik kau. Dia kaya raya, berupa dan berpangkat." Hamza kembali bermain mata.
Sengaja dia mahu mendengar jawapan Seroja. Walaupun dia dari keturunan kerabat diraja, dia mahu tahu pandangan Seroja terhadap 'Hamza' yang kelihatan rakyat biasa.
Dulu Seroja minta sebab mengapa Hamza ingin mengahwininya sedangkan mereka tidak kenal begitu lama. Dengan alasan yang diberikan oleh Hamza, Seroja menerima lamarannya.
Sekarang soalan ini berbalik padanya. Jawapan apa yang Hamza ingin dengarkan sekarang?
"Seroja... benarkah apa yang kau lakukan?" Cempaka menggenggam kemas baju lengan Seroja.
"Jangan risau kak. Rancangan kita pasti akan berhasil." Seroja melepaskan genggaman Cempaka lalu dia memaut tangan wanita itu.
Sekarang mereka berada di Tapak Dusantra. Bersama tangan Seroja yang dipenuhi kain untuk membaluti tapak tanggannya seolah-olah dia cedera.
Ini semua rancangan Puteri Syarifah Seroja. Dia merancang untuk mengumpan Adnan masuk ke perangkapnya. Bagi Adnan, mungkin Seroja yang masuk ke perangkapnya namun dia sendiri yang masuk ke perangkap Seroja.
"Tidak mengapa kak... Hanya dengan satu penahan tepat. Ianya akan mengubah segalanya. Yakinlah dengan Allah." Seroja memujuk Cempaka. Cempaka hanya mampu akur.
'Bismillahirrahmanirrahim.' Senandika Puteri Syarifah Seroja membaca kalimat suci ini untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT.
Zup!
Puteri Syarifah Seroja melepaskan panahannya ke papan memanah yang ada di hadapannya. Alhamdulillah kerana dirinya telah meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT, Allah telah menakdirkan panahannya tadi tepat kena papan memanah itu.
"Alhamdulillah." Bisik Puteri Syarifah Seroja seraya mengukir senyuman.
Semua terkesima, terutama Adnan.
"Jadi Adnan. Kau harus memegang kata-kata kau jika kau tidak mahu aku gantikan papan memanah itu dengan kepala kau! Faham?!" Puteri Syarifah Seroja tersenyum sinis.
Adnan hanya memandang Puteri Syarifah Seroja tanpa melontarkan apa-apa jawapan.
Suasana di Tapak Dusantra tiba-tiba menjadi sunyi. Hanya ditemani bunyi daun-daun kering yang gugur menyentuh bumi.
'Mengapa semua memandangku seperti itu?' Bisik hati Puteri Syarifah Seroja selepas melihat reaksi semua orang. Matanya terkebil-kebil. Pelik melihat semua orang memandang ke arahnya.
"Seroja. Wa- wajah kau." Kata Cempaka seraya menunjuk wajah Puteri Syarifah Seroja.
"Hm? Ada apa dengan-" Puteri Syarifah Seroja terhenti daripada mengeluarkan kata-kata setelah menyentuh wajahnya.
Rupa-rupanya Cempaka ingin memberitahu kain sipu malunya yang menutupi wajahnya terbuka tanpa sengaja kerana tekanan ketika dia melepaskan anak panah dari busurnya telah membuatkan kain itu terlepas dari selitannya.
Puteri Syarifah Seroja lekas menutup wajahnya secara tidak sengaja matanya beralih ke arah seorang jejaka.
'Dia? Sejak bila? Kenapa tiba-tiba dia ada di sini?! Dia sudah pulang?' Berbagai-bagai pertanyaan dan perkara berlegar-legar di fikiran Puteri Syarifah Seroja membuatkan dirinya semakin runsing.
Baru sahaja Puteri Syarifah Seroja mencapai lengan Cempaka untuk pergi dari situ tetapi Adnan laju sahaja merangkul pergelangan tangan Puteri Syarifah Seroja. Dia pun terus menepis tangan Adnan daripada terus menyentuhnya. Puteri Syarifah Seroja pandang Adnan dengan pandangan penuh dengan benci.
'Rahsiaku. Jangan-jangan..'
Sepi.
Lama Seroja menyusun ayat namun satu pun tak terukap.
"Sudahlah. Aku pamit pergi dulu." Baru saja Hamza ingin pergi, Seroja menghalang.
"Hamza!"
Hamza pun menatap wajah gadis itu.
"Jika soal harta, aku tidak kesah tentang harta... Harta boleh dicari. Namun, lelaki seperti kau, sukar. Soal pangkat, pangkat tidak penting. Disisi Allah kita sama saja. Yang membezakan kita hanyalah amalan kita. Jika dari sudut manusia, tentang pangkat dan darjat... kau jauh lebih baik dari Adnan.
Aku tidak mahu puji kau berlebihan, jadi aku tahu kau pasti mengerti apa yang ku maksudkan. Dan... soal rupa, yang pasti ehem-- kau lebih dari dia."
Seroja malu untuk terus menatap Hamza yang masih setia memandangnya. Hamza pun menundukkan pandangan setelah gadisnya memaling ke tanah
"Terima kasih. Jadi jawapan kau?" soal Hamza.
"Hamza?! Sudah berpanjang lebar aku bercakap tadi, kau masih tidak faham kah? Aduh..." Tangannya melekap didahinya.
Hamza tertawa manis. "Hahaha. Baiklah... Oh ya! Aku akan balik semula. Tidak tahu berapa lama. Yang pasti, aku tidak mahu kau menungguku. Aku tidak mahu menaruh janji lagi. Aku khawatir jika aku tidak dapat tunaikan lagi. Maaf kerana aku buat kau menunggu."
Seroja menggeleng, "Tidak mengapa. Aku yakin pasti ada sebabnya."
Hamza mengangguk setuju. Ya, ayahandanya mengamuk teruk selepas pertemuan mereka dengan Puteri Telita dari Kerjaaan Manasuntra. Lagi-lagi cara Hamza melayan puteri itu.
Namun dia sudah biasa. Hertikan ayahandanya memang sebegitu rupa. Cuman, dia berharap dia tidak menjadi seperti ayahandanya. Ayahandanya pemerintah yang baik... cuma sebagai bapa, banyak kurangnya. Tiada beza juga sama Ayahanda Seroja. Persis sungguh sikap dua sultan ini.
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Ficção HistóricaSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...