Bab 21

130 16 0
                                        

Perihal semalam masih segar difikirannya. Cempaka gembira melihat Kuntum yang tidak berhenti petah berbicara. Menceritakan perihal sama berulang-ulang kali, iaitu tentang mimpinya. Cempaka hanya mendengar dan sekali-sekala dia angguk dan menguntum senyuman.

Ceritanya sama saja dengan hari-hari sebelum ini. Katanya pada mulanya muka lelaki itu tidak kelihatan. Kuntum juga memberitahu dalam mimpinya, dia ada banyak kali bertanya pada lelaki itu tentang siapakah gerangan dirinya.

Namun, sering tidak terjawab. Kata Kuntum lelaki itu sebelum ini hanya diam dan mendengar saja apa yang dibicarakannya.

Buat pertama kalinya lelaki dalam mimpinya lelaki itu berbicara adalah semalam. Katanya, dia bertanya sekali lagi soalan yang sama. Lelaki itu pun hanya jawab, 'ayah'. Wajahnya yang kabur itu mula perlahan-lahan kelihatan jelas katanya Kuntum. Senyuman juga tidak lekang di bibir.

Setiap kali Kuntum bercerita tentang mimpinya. Cempaka perasan Kuntum sentiasa gembira dan banyak kali juga Cempaka pesan mungkin hanya mainan syaitan.

Namun, Kuntum sering menafikan kerana dia sudah baca doa tidur katanya. Memang tak dapat dinafikan setiap kali Kuntum mahu tidur, memang Cempaka sendiri yang menyaksikan dan mendengar anaknya membaca doa tidur.

Rupa-rupanya telah terjawab siapakah gerangan lelaki dalam mimpinya. Amri.

Dia sudah buat keputusan untuk sekali-sekala membenarkan Kuntum bertemu Amri. Dia tahu Kuntum juga menginginkan belayan dari sang bapa.

Seroja yang juga berduduk sama mendengar cerita Kuntum juga hanya melayan saja.

"Kak Cempaka. Bolehkah jika aku mahu peralatanku? Aku mahu cuba berlatih. Sudah terlalu lama aku beristirehat." Seroja mula buka bicara selepas Kuntum sudah diam membisu dan bermain dengan patungnya.

Ya. Seroja sudah hampir masuk 1 bulan tidak melakukan apa-apa. Lukanya sudah beransur pulih. Cuman, bahunya seperti biasa. Masih berdenyut-denyut. Racun itu amat merbahaya jika tidak bertindak pantas. Mungkin dia sudah tidak bernyawa.

"Tentu saja. Mahu bila?" soal Cempaka seraya tangannya mengikat rambut Kuntum.

"Sekarang," nada yang kedengaran lebih kepada arahan berbanding permintaan itu membuatkan tangan Cempaka yang tadi ralit bekerja terhenti. Tiba-tiba gerun selepas melihat sisi lain Seroja.

Cempaka pun mengangguk.

Setelah tiba di hadapan rumah pondok itu, Cempaka pun laju membuka pintu yang dikunci itu. Pintu dibuka dan memberikan laluan untuk Seroja memasuki dahulu. Seroja pun masuk ke dalam.

Barang-barangnya dipandang lama sebelum memandang Cempaka. "Kak Cempaka, bolehkah jikalau aku menggunakan busur dan anak panah itu."

Seroja menunjuk ke arah busur dan anak panah yang dimaksudkan. Mungkin milik Cempaka. Cempaka pun mengangguk seraya senyum segaris tanda membenarkan.

Seroja tidak mahu menggunakan alatnya buat seketika. Risau jika rahsianya terbongkar. Lagi-lagi hampir setiap alatannya mempunyai lakaran melambangkan Kerajaan Puspawangi. Risikonya amat besar.

"Seroja benarkan mahu berlatih sekarang juga?" Raut wajahnya terselah yang dia risau. Risau jika Seroja masih belum pulih.

Seroja mengangguk dan senyum penuh makna untuk menyakinkan Cempaka.

Seroja pun mula meregangkan badan. Bahunya yang sedikit terkesan dengan pergerakannya membuatkan Seroja mendesis perlahan. Sakit bahunya saja yang masih belum pulih. Namun, tidak sesakit seperti pada awalnya. Lebih sakit. Sukar digambarkan melalui kata-kata.

Suasana pagi inilah yang sesuai untuk berlatih. Udara segar dihirup. Cempaka dan Kuntum hanya melihat saja Seroja berlatih.

Cempaka tercengang apabila melihat Seroja yang melepaskan anak panah itu tepat terkena pohon besar itu. Pohon besar itu yang sudah lama diukir ukiran bulat itu mula dipenuhi dengan anak panah.

Hikayat Insan NayanikaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang