Burung yang berkicauan menyedarkan Seroja dari lenanya. Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya matahari yang menyakitkan matanya diredupkan menggunakan tangannya. Mata dibuka kembali.
Sekarang dia masih berada ditempat yang sama. Dia pun mula duduk. Air sungai ditatap lalu dia pun membasuh mukanya. Dia pun bangun dari tempatnya. Bajunya dipukul-pukul perlahan untuk menghilangkan debu pasir.
Dia pun meregangkan badannya. Udara segar dihirup. Masih pagi. Peristiwa yang dia alami tadi bermain kembali. Sekali lagi dia meremang. Kepala digelengkan. Mustahil Kamal masih hidup. Itulah yang dia ulang-ulang diingatannya untuk menghilangkan takutnya.
Seriau juga dibuatnya pabila teringat semasa Kamal lesap secara tiba-tiba. Dia sedar sewaktu berlawan sama Kamal, begitu mudah dia dapat kalahkan lelaki itu. Sedangkan lelaki itu seorang yang berpengalaman. Antara Temenggung yang paling kuat dan gagah di kerajaan ini.
Walau jelas dia sudah pertengahan usia. Namun, kekuatannya sedikit pun tiada bezanya dengan kekuatan seorang pemuda.
Kaki pun mula mengorak langkah mahu ke tempat tujuan sebenarnya. Kunci dikeluarkan. Kunci itu dia sudah meminta izin kepada Cempaka. Tidak seperti sewaktu dia secara sembunyi-sembunyi mengambil kunci itu bersama Kuntum.
Pabila teringat kembali dia tertawa perlahan. Terasa lucu dengan tingkah diri sendiri.
"Allah... ingat siapa tadi. Terkejut Mak Wam tiba-tiba terdengar suara orang tertawa." Dia mengurut dadanya.
Seroja memusingkan tubuh untuk melihat siapakah gerangan suara perempuan itu. "Mak-- Mak Wan?!" Terbeliak mata Seroja.
Dia yang berura-ura mahu membuka pintu itu terbantut perbuatannya. Dia pun menutup kembali pintu itu dengan lebih rapat.
"Siapa?" Mak Wan bertanya. Kepala yang tidak gatal itu digaru seraya dia tersengih.
Seroja diam. Otak ligat memikirkan mahu jujur atau tidak. Dia tahu Mak Wan ini baik. Sejak pertemuan pertama kalinya sama Mak Wan di Turki itu sudah cukup sebagai bukti Mak Wan adalah insan yang berniat baik padanya.
"Err..." Seroja pun menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Ha!" Jari telunjuk Mak Wan ditunjuk ke langit.
"Gadis jelita kan.." Mak Wan mula senyum bersinar-sinar. Perlahan-lahan Seroja mengangguk. Bukan kerana dia perasan yang dia ini jelita atau apa. Cuma Mak Wan sejak dulu lagi memanggilnya 'gadis jelita'.
Gelaran itu secara tidak langsung sudah sebati dengannya.
Tiba-tiba Seroja dipeluk. Walaupun Seroja sedikit terkejut. Namun, dia masih membalas pelukan itu. Dia juga rindu pada perempuan separuh abad ini. "Mak Wan, apa khabar?" soal Seroja dengan penuh prihatin. Risau sungguh dia sama Mak Wan yang sudah usia begini pun masih mengembara.
"Alhamdulillah, sihat. Kamu pula?"
"Sihat juga. Alhamdulillah."
"Mak Wan buat apa ke mari?
"Saja. Dah lama Mak Wan di Turki. Rindu pula dengan tempat kelahiran Mak Wan." Seroja mengangguk tanda mengerti.
"Lagi pula, mahu selesaikan urusan di sini."
"Urusan apa?" soal Seroja.
"Mak Wan ada urusan sama surau kampung ini. Kenal sama Tok Li? Dia itu ketua surau, jadi Mak Wan berurusan dengan dia. Surau yang depan rumah Tok Li tu..." Seroja mengangguk sekali lagi.
"Kamu pula? Kenapa ada di sini? Bukankah kamu kata tempat asalmu di Kerajaan Puspawarna?" Terkedu Seroja. Puspawangi, Mak Wan. Namun, dia hanya lontarkan dihati.
"Saja." Dia angkat bahu. Tidak tahu mahu kata apa. Mujurlah, dia memilih untuk merahsiakan dirinya sewaktu dia ke Turki atas urusan berdagang.
Setiap orang yang melarang keiinginannya untuk kekal misteri, akhirnya membawa hasil. Sejujurnya bondanya tidak beberapa setuju pada mulanya untuk dia kekal berahsia pada kaum kerabat. Terutama ayahandanya yang sangat tidak bersetuju dengannya. Sungguh, ayahandanya melarang keras. Namun, mungkin kerana darah yang mengalir itu darah daging ayahandanya sendiri, serba sedikit keras kepala ayahandanya itu turun kepadanya.
"Jadi, sekarang Mak Wan tinggal di mana?" soal Seroja.
"Di rumah Mak Wan sendiri. Mak Wan memang ada banyak tanah. Salah satunya, surau itu." Seroja pandang Mak Wan atas bawah. Dia melihat pemakaian Mak Wan seperti orang bangsawan. Sungguh mewah. Perhiasan emas menghiasinya namun tidak keterlaluan kerana Mak Wan mengenakan perhiasan yang bersaiz kecil dan hasilnya kelihatan manis.
Tidak seperti wanita lain yang emas penuh dijari dengan saiz perhiasan yang besar-besar.
"Wah... Mak Wan orang ada-ada ya?" soal Seroja dengan kening dinaik turunkan. Saja mahu mengusik.
Dia baru teringat. Pemakaian Mak Wan semasa di Turki juga tidak ada bezanya. Kelihatan sungguh dia bukan dari rakyat biasa. Namun, pemakaian Mak Wan boleh dikatakan cukup sederhana. Jikalau tidak, dari jauh boleh lihat bahawa Mak Wan orang berada. Namun, pemakaian yang dikenakan, jika dipandang teliti baru bakal disedari akan kekayaan yang dimiliki Mak Wan.
Mak Wan hanya menjawabnya dengan senyuman.
"Oh ya! Mari teman Mak Wan." Mak Wan menarik Seroja yang pada mulanya duduk kini berdiri dan kaki mula mengikut rentak kaki Mak Wan.
"Ke mana?"
Mak Wan memaling kebelakang untuk menghadap wajah Seroja. Bibirnya yang merah menyala itu mengukir senyuman.
KINI mata Seroja terhidang luas dengan kemeriahan. Seroja tidak pernah tahu akan kewujudan Tapak Dusantra. Tapak ini dikelilingi dengan kawasan perniagaan. Terdapat juga beberapa pondok untuk beristirehat.
Dia berjalan di tengah-tengah tapak yang luas itu. Jelas kelihatan di tengah kawasan itu ada yang sedang bermain bola takraw, ada yang berlatih silat, berlatih memanah dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan.
Tapak Dusantra ini tidak jauh dari rumah Cempaka jika mahu dibandingkan sama pekan yang sering dikunjungi. Entah mengapa Cempaka memilih berniaga di sana sedangkan di sini kelihatan lebih laris jika melakukan perniagaan di sini.
Kami terus mengorak langkah ke arah satu gerai makan. Lengannya yang tadi digenggam sama Mak Wan telah dileraikan.
"Mari. Makan sama Mak Wan." Belum sempat Seroja menolak. Laju saja Mak Wan menariknya perlahan untuk duduk. Akhirnya dia akur.
"Kamu mahu makan apa?"
Seroja berfikir sejenak. "Di sini ada jual apa saja?"
"Banyak... kamu cakap saja mahu apa. Mak Wan belanja. Yang penting sini semua halal." Seroja pun mengangguk saja.
...
Segmen Ilmu
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Artinya: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
Surah al baqarah ayat 172

ANDA SEDANG MEMBACA
Hikayat Insan Nayanika
Исторические романыSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...