Laju kaki Cempaka mengorak langkah apabila terdengar suara yang sudah lama diulit rindu.
"Waalaikumussalam! Rindunya Cempaka sama Mak Wan!" Buka saja pintu, Mak Wan sudah dijamu pelukan hangat dari Cempaka.
Sepanjang bersama Mak Wan banyak perkara baharu Seroja tahu tentang Mak Wan. Ketika itu jugalah dia tahu bahawa Mak Wan dan Cempaka sudah kenal lama. Segala cerita awal percintaan Cempaka sama Adnan juga dilontarkan semua. Ada setengah cerita dia sudah tahu dari mulut Cempaka sendiri. Ada pula yang dia baru tahu.
Bila teringat semula cerita Mak Wan. Benarlah cinta itu buta. Tatkala ramai lelaki yang jauh lebih baik dari Adnan, namun Cempaka masih memilih lelaki itu. Tuanku Seroja kagum kerana tak semua insan mampu menerima Adnan termasuklah keluarga Adnan sendiri.
Tatkala Adnan mula meninggalkan perkara haram itu, tiada siapa yang menerimanya semula. Hanya Cempaka. Cuma salahnya, dia sia-siakan satu-satunya harapan yang dia ada untuk terus berubah. Namun, itu pilihan Adnan.
Sekarang pun masing-masing sudah memaafkan. Seroja syukur. Sekurang-kurangnya Adnan tahu salahnya dan bertaubat lalu berazam untuk tidak mengulanginya.
Cempaka pula sudah lebih tenang kerana memaafkan Adnan dengan lebih ikhlas. Namun, melupakan sukar. Parut yang Adnan tinggalkan amat dalam buat Cempaka. Kerana Cempaka lah satu-satunya yang memberi kekuatan kepada Adnan namun dipersiakan. Segala luka luar dan dalam masih memberikan kesan ibarat parut yang takkan punar.
Hanya kemaafan yang Cempaka mampu. Jika mahu bersama semula, mustahil buatnya.
"Mari masuk. Mengapa tidak khabar dari awal tentang kepulangan Mak Wan? Jika tidak, sekarang sudah dijamu makanan. Terkejut Cempaka pabila dengar suara Mak Wan." Cempaka mengadu. Manakan tidak? Sempat dia termenung memandang pintunya yang diketuk itu sebelum dibukanya.
"Tidak mengapa... Ini Mak Wan bawa oleh-oleh dari Tapak Dusantra." Mak Wan hulur dan Cempaka menyambutnya dengan muka ceria.
Namun laju saja senyumannya padam. "Tapak... Dusantra?" Cempaka memandang Mak Wan tak percaya. Mak Wan memandang aneh pada Cempaka.
"Kenapa kak Cempaka?" soal Tuanku Seroja. Seroja yang sedari tadi diam mula bersuara.
Keluh dilepaskan. "Mari masuk."
"Tapak tu sudah tidak selamat sejujurnya. Terutama gadis dara. Seperti kau, Seroja." Habis meremang bulu Seroja apabila Cempaka berkata demikian dengan mukanya yang sangat tegang.
"Orang kampung kata... Banyak anak dara yang hilang selepas ke sana. Katanya untuk santapan Raja Jamrun."
Tuanku Seroja rasa mahu menangis. 'Nak kahwin la kalau begini situasinya.'
"Tapi... kita masih belum tahu sama ada benar atau tidak. Masakan raja mahu makan rakyatnya sendiri." Mak Wan cuba menenangkan hati sendiri.
"Jikalau begitu... Mengapa Raja Jamrun masih kekal muda? Umur dia berganda lebih tua dari Mak Wan dan abah tahu?" Cempaka berkeras juga untuk meyakinkan Mak Wan bahawa memang benar Raja Jamrun itu sekejam itu.
Tuanku Seroja memerah otaknya. Ligat mengingat kembali rupa Raja Jamrun. Tuanku baru teringat bahawa dia pernah terjumpa Raja Jamrun namun dari jauh saja. Memang tidak dinafikan dia kelihan muda. Seperti awal 40 an.
Terutama dengan badan yang masih tegap dan kulitnya tidak berkerutan seperti umur sebenarnya.
"Kak Cempaka. Anggaran umur Raja Jamrun agak-agak dalam umur berapa?"
"Mungkin sudah masuk seratus tahun." Habis terkejut Mak Wan dan Tuanku Seroja dibuatnya. Masing-masing terbeliak matanya.
"Raja Jamrun itu... Raja kedua Kerajaan Grindacara. Tuanku memegang sebagai raja juga sewaktu umur 25. Itu kerana ayahandanya wafat secara tiba-tiba. Tanpa khabar angin tiba-tiba wafat terus-- Aduh!" Cempaka mendesis sambil menggosok perlahan pahanya yang dipukul Mak Wan.
Habis mulutnya mencuka. "Mak Wan..."
"Tapi masuk akal. Biasanya pemerintah akan merahsiakannya bagi mengelak dari ancaman musuh atau tidak mahu rakyat jelatanya khawatir," ujar tuanku Seroja. Mak Wan mengangguk setuju.
"Dengar dulu... Ini Cempaka dengar sendiri dari Hamza. Jadi ini sahih. Sahih..." Cempaka mengangguk dengan mukanya yang serius.
"Kalau begitu, Mak Wan percaya." Mak Wan juga mengangguk.
Tuanku Seroja melihat kak Cempaka dan Mak Wan selisih ganti. "Sebentar... Seroja tidak mengerti. Mengapa sama Hamza?"
Sekarang Mak Wan dan kak Cempaka pula bermain mata.
"Hamza itu--"
"Telinga ke telinga!" Laju saja Cempaka memotong Mak Wan dengan tangannya sudah kemas menutup mulut Mak Wan.
Seroja sudah pening. Telinga ke telinga?
"Maksud kak Cempaka... mulut ke mulut kah?" soal Seroja dengan keningnya jongket sebelah. Laju pula kepala Cempaka mengangguk dengan tangannya yang masih setia di mulut Mak Wan.
Mak Wan pun memukul tangan wanita itu. "Aduh! Mak Wan... sakit tangan Cempaka..." Mukanya monyok habis.
"Amboi... Ini ha! Tengok tangan kamu tu! Habis melekap ukiran bibir molek Mak Wan." Mak Wan menunding jari ke arah tapak tangan Cempaka.
"Oh... patutlah tiba-tiba bibir Mak Wan pucat. Baru saja tadi bibir Mak Wan merah menyala-- Adeh!" Sekali lagi tangan Mak Wan dijamukan kepada Cempaka.
Seroja terkekek-kekek melihat mereka berdua. Seperti ibu dan anak juga ada. Mesra. Suka pula Cempaka mengusik Mak Wan. Mak Wan juga tiada kurangnya.
...
Segmen Ilmu
Sabda Nabi Muhammad saw :
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Maksudnya :
"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia muliakan tetamunya."
(Sahih Bukhari, Kitab al-Adab)
ANDA SEDANG MEMBACA
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...
