Tapak Dusantra
"Adnan. Jom main sesuatu, aku sudah bosan melihat dia memanah sejak tadi. Ibarat aku sedang melihat anak-anak kecil bermain. Buang masa!" ujar Zai. Perli.
Puteri Syarifah Seroja yang berdiri berhampiran dengan mereka hanya diam sahaja mendengar setiap tutur kata mereka
Adnan senyum sinis kerana tekaannya betul. Dia kenal sungguh dengan sahabatnya yang suka merancang sesuatu secara tiba-tiba.
"Apa rancangan kau?" soal Adnan.
"Apa kata kau cabar saja dia. Suruh dia panah tepat pada papan memanah itu. Kalau dia menang. Kau berjanjilah dengannya yang kau akan batalkan perkahwinan kalian. Pasti dia akan setuju dengan cabaran kau," ujar Zai dengan nada gembira.
"Aku tidak gila Zai. Kau ingat aku gila nak lepaskan gadis seindah itu?" Adnan berdengus kasar dan dahinya juga mula sedikit berkerut.
"Hahaha. Iya Adnan, kau gila! Terang lagi bersuluh dia tidak akan mampu memanah dengan tepat. Lagi-lagi dia dalam keadaan seperti itu."
"Oh. Apa kau pernah lihat dia itu pandai memanah? Tidakkan?" Sambung Zai.
Zai melihat riak wajah Adnan seperti ingin mendengar lagi rancangannya. Zai tersenyum sinis.
"Kau letakkan syarat bahawa dia hanya ada 1 saja peluang untuk memanah. Aku tahu kau mempunyai hasrat yang sangat tinggi. Kau mahu jatuhkan maruah dia kan?"
"Sebab... peristiwa itu?" Zai senyum sinis.
Adnan mengetap kuat giginya. Geram sungguh dia teringat kembali akan peristiwa itu.
Tiba-tiba Adnan dengan lantang berani mengatakan dia akan menarik balik tarikh perkahwinan mereka jika anak panah itu tepat ke sasarannya. Dia katakan semuanya seperti apa yang Zai katakan tadi.
'Tiba-tiba? Pasti ada udang di sebalik batu.' Bisik hati Puteri Syarifah Seroja selepas dengar semua penjelasan Adnan.
"Baiklah, kalau anak panah ini tepat pada sasarannya kau harus menunaikan kata-kata kau, faham?" Puteri Syarifah Seroja memandang tajam ke arah Adnan.
Adnan mengangguk seraya tersenyum kerana niat sebenarnya untuk memalukan Puteri Syarifah Seroja akan berhasil tak lama lagi.
Tiba-tiba Puteri Syarifah Seroja menguatkan suaranya.
"Seperti apa yang kalian dengar dari mulut Adnan! Kalian akan menjadi saksi untuk ku! Jika anak panah ini tepat pada sasarannya! Aku tidak akan berkahwin bersama dia!"
Teriak Puteri Syarifah Seroja begitulah kuat sehingga membuatkan mereka yang berjalan berhenti berjalan, yang mengunyah berhenti mengunyah, yang memasak pun berhenti memasak. Mereka semua memberikan perhatian sepenuhnya pada gadis itu.
Puteri Syarifah Seroja bertindak demikian agar Adnan tidak dapat memberikan apa-apa alasan jika dia dapat mengenakan anak panah tepat pada sasaran kerana dia ada saksi. Sungguh Adnan itu seorang yang suka memungkiri janji.
"Tapi. Kalau anak panah itu tidak tepat pada sasarannya. Aku akan mempercepatkan tarikh perkahwinan kita." Adnan senyum sinis.
"Mana boleh kau buat keputusan sesuka hati!" Puteri Syarifah Seroja meninggikan kembali suaranya. Keningnya berkerut halus, jelas kelihatan Seroja sedang marah.
"Kalau takdir berpihak pada kau. Kau akan dapat apa yang kau nak. Kalau takdir berpihak padaku. Aku juga dapat apa yang ku mahukan. Adil bukan?"
Seroja berdengus perlahan. Tekaannya betul bahawa ada udang di sebalik batu.
'Tapi peluang ini sudah ada didepan mata.' Puteri Syarifah Seroja berbisik di senandikanya.
"Setuju?" Soal Adnan selepas melihat sejak tadi Seroja hanya berdiam saya.
"Baiklah." Puteri Syarifah Seroja mengeluh sebelum memberikan jawapan.
Lepas sahaja mendengar Puteri Syarifah Seroja bersetuju. Cempaka yang dari tadi membisu mula bersuara mempersoalkan tentang itu. Tetapi dengan tenang dia memberitahu kepada Cempaka untuk meletakkan keyakinan kepada Allah SWT. Cempaka hanya angguk sahaja tidak mampu mengatakan apa-apa lagi.
Puteri Syarifah Seroja tanpa membuang masa terus membetulkan posisinya. Dia bersedia memegang busur dan satu anak panah di tangannya. Posisinya kekal tegak seraya berusaha memastikan hatinya kekal tenang.
'Bismillahirrahmanirrahim.' Senandika Puteri Syarifah Seroja membaca kalimat suci ini untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT.
Zup!
Puteri Syarifah Seroja melepaskan panahannya ke papan memanah yang ada di hadapannya. Alhamdulillah kerana dirinya telah meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT, Allah telah menakdirkan panahannya tadi tepat kena papan memanah itu.
"Alhamdulillah." Bisik Puteri Syarifah Seroja seraya mengukir senyuman.
Semua terkesima, terutama Adnan.
"Jadi Adnan. Kau harus memegang kata-kata kau jika kau tidak mahu aku gantikan papan memanah itu dengan kepala kau! Faham?!" Puteri Syarifah Seroja tersenyum sinis.
Adnan hanya memandang Puteri Syarifah Seroja tanpa melontarkan apa-apa jawapan.
Suasana di Tapak Dusantra tiba-tiba menjadi sunyi. Hanya ditemani bunyi daun-daun kering yang gugur menyentuh bumi.
'Mengapa semua memandangku seperti itu?' Bisik hati Puteri Syarifah Seroja selepas melihat reaksi semua orang. Matanya terkebil-kebil. Pelik melihat semua orang memandang ke arahnya.
"Seroja. Wa- wajah kau." Kata Cempaka seraya menunjuk wajah Puteri Syarifah Seroja.
"Hm? Ada apa dengan-" Puteri Syarifah Seroja terhenti daripada mengeluarkan kata-kata setelah menyentuh wajahnya.
Rupa-rupanya Cempaka ingin memberitahu kain sipu malunya yang menutupi wajahnya terbuka tanpa sengaja kerana tekanan ketika dia melepaskan anak panah dari busurnya telah membuatkan kain itu terlepas dari selitannya.
Puteri Syarifah Seroja lekas menutup wajahnya secara tidak sengaja matanya beralih ke arah seorang jejaka.
'Dia? Sejak bila? Kenapa tiba-tiba dia ada di sini?! Dia sudah pulang?' Berbagai-bagai pertanyaan dan perkara berlegar-legar di fikiran Puteri Syarifah Seroja membuatkan dirinya semakin runsing.
Baru sahaja Puteri Syarifah Seroja mencapai lengan Cempaka untuk pergi dari situ tetapi Adnan laju sahaja merangkul pergelangan tangan Puteri Syarifah Seroja. Dia pun terus menepis tangan Adnan daripada terus menyentuhnya. Puteri Syarifah Seroja pandang Adnan dengan pandangan penuh dengan benci.
'Rahsiaku. Jangan-jangan..'
...
Segmen Ilmu
Mulakanlah sesuatu perkara dengan mengucapkan basmalah agar mendapat keberkatan dan amatlah dianjurkan.
Sabda Rasullullah SAW, " Barang siapa yang saat keluar dari rumahnya mengucapkan Bismillah hirrahmaanirrahim, maka engkau telah mendapatkan petunjuk dari Allah SWT telah pula dicukupkan kebutuhanmu, dan jika telah telah diberi perlindungan dan penjagaanya maka godaan setanpun akan menyingkir." (HR. Abu dawud Turmudzi dan Nasa'i)
YOU ARE READING
Hikayat Insan Nayanika
Historical FictionSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...