Bab 19

150 23 0
                                        

Angin sepoi-sepoi itu membuatkan rambut panjang Seroja menari-nari kerana ditiup angin. Rambutnya diselit ke belakang telinga. Tingkap yang tadinya memang dibuka, ditutup oleh Seroja.

Wajah Seroja yang termenung lama itu ditegur oleh Cempaka. "Seroja. Kau ada masalah ke? Sejak menjak ini, aku sering terlihat kau sering termenung. Kebiasaannya kau tidak seperti ini." Tepampang wajah Cempaka yang penuh kerisauan.

"Tidak ada apa-apa." Senyuman palsu diukir.

Cempaka mengeluh perlahan. Dia tahu gadis itu berbohong.

"Apa kerana soal Adnan?" Cempaka mula bermain teka-teki. Seroja pada mulanya menggeleng, terus mengangguk.

Cempaka mula menggaru kepalanya yang gatal. Kepala senget. Hairan. Ya atau tidak jawapan gadis itu?

"Habis itu soal apa?" Cempaka memilih jawapan Seroja adalah tidak. Seroja tersentak.

Jujur dalam fikirannya penuh tanda tanya. Namun, dia sudah sedaya upaya mengahapuskan segala jawapan tekaannya. Risau apa yang dia sangka adalah sebaliknya. Hati istighfar. Mahu mencari ketenangan.

"Bolehkah kalau kak Cempaka jujur?" Cempaka membalas tatapan Seroja.

"Soal apa?"

"Ceritakan semuanya. Ceritakan semua perkara yang kak Cempaka rasa bahawa aku berhak tahu."

Cempaka terdiam. Dia tahu jika gadis dihadapannya berkata demikian, kemungkinan besar gadis itu sudah tahu.

"Tidak. Tidak ada apa-apa yang kak Cempaka rahsiakan." Cempaka mengalihkan pandangannya daripada terus membalas tatapan Seroja.

'Dia berdusta,' getus hati Seroja.

"Jujur saja kak Cempaka. Aku sudah tahu kesemuanya." Seroja mula bernada tegas. Dia tidak mampu lagi memendam. Lebih baik dia dengar sendiri jawapan Cempaka daripada terus bersangka itu dan ini yang belum tentu fakta.

Cempaka berdengus perlahan. Tangannya yang berada dipahanya digempal membentuk penumbuk. Mata perlahan-lahan dari memandang lantai mula menatap wajah gadis dihadapannya.

"Kak Cempaka tahu siapa aku sebenarnya bukan?" soal Seroja.

Mengapa Seroja memilih untuk bertanya sedangkan dia ada pilihan untuk terus berdiam dan boleh larikan diri lalu pulang ke istana secara sembunyi-sembunyi. Ianya kerana, sejak mula hingga kini, dia selesa.

Tidak pernah sesaat pun dia merasa dia berada dalam bahaya atau pun aura buruk semasa tinggal bersama Cempaka. Dia takut jika sangkaannya menyeleweng. Jujur dia mula sayang Cempaka bagai kakandanya sendiri. Hati takut menerima jika Cempaka ada niat buruk terhadapnya. Namun, dia yakin. Cempaka ialah insan yang baik dan mulia.

Sejak mula perkenalannya sama Cempaka, dia sedar bahawa dia menjadi dirinya lebih baik daripada dirinya yang sebelum ini.

"Ampun tuanku!" Tiba-tiba Cempaka bersuara.

Seroja tersentak. Maknanya benar sangkaannya bahawa Cempaka tahu.

Cempaka yang mula melihat wajah pucat Seroja, dia ketawa. "Hahaha! Seroja! Wajah kau lucu!" Cempaka sambung ketawa terbahak-bahak. Air mata diseka.

"Aku bergurau senda saja. Mengapa kau kelihatan begitu serius?" soal Cempaka dengan ketawanya yang masih tersisa.

"A-- apa maksud kau?" Kening Seroja berkerut seribu.

"Aku tahu kau siapa Seroja. Kau tenterakan? Tentera dari Kerajaan Puspawangi." Cempaka senyum dengan bangga.

'Sekarang aku tahu mengapa Kuntum sentiasa ada riak wajah senyum begitu. Dapat dari kak Cempaka rupanya.'

"Maksud kau?"

"Hamza sudah bagitahu aku yang kau tentera dari Kerajaan Puspawangi."

"Jadi pemilik keris, alatan perang semua itu, kau tahu milik siapa?" soal Seroja.

"Tahu. Milik kau. Aku sudah lihat keris kau yang mempunyai ukiran Kerajaan Puspawangi. Kau pasti bukan tentera biasakan."

Seroja terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Jika lihat cara Cempaka berbicara dan riak wajah Cempaka, memang jelas Cempaka percaya bahawa Seroja adalah seorang tentera.

"Jadi, mengapa kau memilih untuk merahsiakanku? Kau boleh serahkan aku pada raja kerajaan ini. Jikalau dia tahu, apa yang kau lakukan sekarang. Kemungkinan besar kau boleh mati," ujar Seroja panjang lebar.

"Hm.. Bagaimana ya, aku mahu terangkan? Secara ringkas, aku bukan penduduk asal kerajaan ini. Jadi, pemimpin kerajaan ini tiada hak untuk jatuhkan apa-apa hukuman terhadapku."

Seroja berfikir sejenak. Dia pun hanya mengangangguk perlahan.

"Jadi, siapa saja tahu siapa aku yang sebenarnya?"

"Aku, Hamza dan abahku. Jikalau Kuntum.. mustahil kerana dia tidak faham apa-apa." Seroja mengangguk perlahan.

Suasana hening yang mula menguasai suasana antara mereka mula berubah selepas bunyi pintu yang diketuk dari luar.

Laju saja kaki mereka berdua mengambil sesuatu untuk menutup aurat masing-masing.

Cempaka pun membuka pintu. Kehadiran Amri yang tidak diundang itu mengundang kemarahan Cempaka.

Belum sempat Cempaka mahu membuka bicara, sudah dipotong oleh Amri. "Assalamualaikum," ujarnya dengan nada yang sedikit ceria.

"Walaikumussalam. Kau buat apa lagi ke mari?" soal Cempaka dengan tegas. Tiada secalit pun senyuman yang menghiasi wajahnya.

"Ini, sedikit duit dan makanan untuk kalian."

"Ini semua hasil dari duit haram kah? Kalau ya, kau ambil saja semula. Aku tidak sudi." Muka Cempaka yang jelas kelihatan merah kerana menahan marah ditatap lama oleh Amri.

"Aku sudah tidak berjudi lagi. Aku sudah berjanjikan sama kau sebelum ini. Aku akan memberi nafkah. Anggaplah semua ini nafkah yang selama ini aku tidak berikan pada kau sama Kuntum."

"Jangan kau sesekali sebut nama Kuntum dengan mulut kau! Tentang nafkah itu, kau usah fikirkan lagi. Aku dah lama redha. Sekarang kau boleh pergi."

"Kenapa? Aku hanya mahu--"

"Aku kata pergi!" Suara Cempaka bergetar. Mahu saja dia tengking bekas suaminya tapi ditahan kerana teringat akan Kuntum yang sedang lena dibuai mimpi.

"Kau pergi saja Adnan." Seroja mula menyampuk.

"Kenapa? Aku berniat baik. Masakan kau juga sama seperti mereka? Seperti orang lain yang memanggilku munafik? Aku juga mahu berubah. Masakan aku tidak layak? Apa kau juga berfikir seperti mereka? Aku tidak kesah jika mereka berfikir aku seperti itu. Asalkan bukan kau dan Kuntum." Nada suaranya terselit kecewa.

"Kau tahu tidak? Aku terpaksa berkahwin sama Adnan gara-gara kau." Tuanku Seroja pula yang membuka suara.

"Ha? Apa maksud kau? Aku tidak mengerti."

"Tok Li tercedara gara-gara kau. Kalau aku tidak terima lamara dia, bukan saja Cempaka yang menjadi galang ganti tapi Kuntum juga." Sambung tuanku.

"A-- aku sumpah tidak faham apa yang kau kata kan! Apa yang aku lakukan?"

"Kau ada hutang sama Adnan kan? Maka, kerana kau tidak mahu bayar dan lari daripada masalah kau sendiri, orang lain yang terkena tempiasnya," ujar Seroja dengan nada tegas.

"Aku tidak ada hutang dengan Adnan. Demi Allah."

...

Segmen Ilmu

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Surah al-Baqarah (219)

Hikayat Insan NayanikaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang