Bab 23

100 14 0
                                    

"Jadi.. bagaimana jikalau aku melawat bakal keluargaku?"

Seroja tersentak. Bahaya! Orang seperti Adnan yang dari keluarga bangsawan pasti mudah mengambil tahu siapa dirinya yang sebenar.

Jikalau Adnan tahu siapa dirinya yang sebenar. Bukan saja dirinya yang dikenakan hukuman atau disiksa sampai mati. Namun, Tok Li, Cempaka dan Kuntum mahupun Hamza bakal terkena tempiasnya.

Jikalau mereka tahu. Pasti maut menjelma. Seroja terperangkap disituasi ini juga bagai menempah maut saja.

Hati mula gundah-gulana.

"Tidak usah. Sudah. Kau pulang sana," ujar Seroja. Baru dia berura-ura mahu menutup pintu, ditahan oleh Adnan.

Seroja mendegus. "Mahu apa lagi?"

"Kau."

"A-- apa?" Seroja tersentak.

"Kau jangan cuba larikan diri pula. Kalau tak.." Adnan tidak perlu habiskan kata-katanya sudah membuatkan Seroja tahu apa yang cuba dia maksudkan.

"Iya!" Seroja pun menghempas pintu. Risau pula dia jika rumah ini runtuh pula. Laju saja tangan mengunci pintu.

Seroja mengeluh perlahan. Air mata yang mula bertakung dibiarkan mengalir. Dia pun mula membelakangi muka pintu itu dan badannya mula jatuh ke lantai seraya belakang badannya bersandar dengan muka pintu.

Dia penat. Dia tidak mahu menyoal mengapa dia yang dipilih. Lagi pula dia siapa mahu menyoal takdir yang Allah sendiri tetapkan.

Cukup dengan hanya dia adalah seorang yang mengalirnya darah kerajaan dibadannya, sudah cukup membuatkan nyawanya terancam.

Apa entah lagi dia ditakdirkan sebegini rupa. Setiap saat membuatkan dia sukar untuk tenang. Hati hanya mampu mengubatinya dengan selawat dan zikir serta sentiasa bersangka baik kepada Allah.

Dia yakin. Sebagaimana dia bersangka kepada Allah, seperti itu lah yang bakal Allah takdirkan. Jika kita bersangka baik, insyaAllah baiklah takdir kita.

Pintu yang disandarnya tadi mula bergegar ibarat ada orang mahu membukanya dari luar. Seroja pun lekas bangun dan menjauhi pintu itu beberapa tapak.

"Kau mahu apa lagi?!" Seroja sudah tidak tahan amarahnya.

"Seroja. Ini kak Cempaka."

Seroja tersentak lalu membuka pintu itu. Jelas kelihatan muka Cempaka yng sedikit terkejut.

"Kenapa kak Cempaka tidak lontarkan salam.." ujar Seroja seraya keningnya berkerut kerana rasa bersalah sudah melepaskan amarahnya pada orang yang tidak bersalah.

"Sudah wahai Seroja.." Cempaka memandang pelik melihat Seroja yang bertanya seperti itu.

Seroja makin serba salah. Ini pasti kerana dia termenung kerana terlampau memikirkan perasaannya. "Maaf kak.." Suara Seroja sedikit kendur.

"Tidak mengapa," ujar Cempaka seraya senyuman manis lalu dia memberi salam seraya masuk ke dalam rumah sama buah rambutan yang berada ditangannya. Seroja pun mengambil seikat buah rambutan itu seraya mulutnya menjawab salam.

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now