Bab 9

131 21 2
                                        

"Kita mahu ke mana? Setahuku ini bukan jalan ke rumah kak Cempaka." Tuanku Seroja mula perasan apabila mereka mula masuk ke dalam hutan rimba.

Jejaka itu pun berpaling memandang wajah Tuanku Seroja. Senyuman itu lagi diukir. Senyuman yang sukar ditafsir. "Benar, aku mahu bawa kau ke rumahku."

Seyuman sinis tergambar diwajahnya.

Tuanku Seroja terkedu. Benar apa firasatnya. Firasatnya tidak pernah salah. Namun, kaki masih berdiri tegak. Sedikit pun perasaan gentar tidak bertakhta di hatinya.

Tuanku Seroja lontarkan senyuman tipis. "Baiklah. Teruskan tunjukkan jalan ke rumah kau. Aku akan ikut kau dari belakang." Niatnya lepas lelaki itu sudah berpaling dari memandangnya, dia mahu lari atau ketuk kepala lelaki itu. Namun, tiada kuali di sisinya.

Lelaki itu gelak besar. Tak sangka itu lah jawapan yang keluar dari gadis hadapannya.

"Aku bercanda saja. Aku memang mahu bawa kau ke rumahku dahulu. Kita singgah ke sana baru ke rumah Cempaka. Aku tidak mahu orang yang menantiku dirumah risau akan diriku. Aku harap kau tidak salah sangka samaku," ujar lelaki itu seraya mengelap tangisannya kerana ketawa. Rasa lucu mendengar respon gadis dihadapannya.

Tuanku Seroja menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Firasatku salah kah kali ini? Aneh. Sebelum ini tidak pernah pula salah.' Getus hati Tuanku Seroja.

Puteri Syarifah Seroja hanya sengih sahaja. "Aku tahu kau orang baik. Masakan anak kampung bakal melakukan masalah bukan?"

Setiba di rumah lelaki itu. Tuanku Seroja hanya melekat sahaja dengan lelaki itu kerana dia sudah berjanji untuk bawa dirinya ke rumah kak Cempaka.

"Adnan. Mengapa kau bawa perempuan pulang ke rumah. Lusa kau bakal berkahwin bukan? Bagaimana kalau orang salah sangka. Kau mahu burukkan lagi nama aku kah?!" Lelaki yang berkerut seribu itu pasti tidak bukan itu bapanya.

Tuanku Seroja berdongakkan dagunya. Cuba mengingati sesuatu. Tuanku Seroja yakin bahawa dirinya pernah dengar nama itu. Tetapi di mana ya?

"Kau! Kau pula tidak tahu malu kah ikut lelaki balik ke rumahnya malam-malam begini?!" Lelaki separuh usia itu menunding jari ke arah Tuanku Seroja.

Belum sempat Tuanku Seroja ingin membuka mulut. Adnan sudah mendahuluinya dahulu. "Bukan salah dia. Dia cuma sesat di hutan sana. Aku cuma mahu tunjuk jalan pulang ke tempatnya."

Setelah beberapa minit mereka bertengkar mulut, Tuanku Seroja keluar semula dari rumah gah itu. Dia pun menuruni tangga. Lilin yang menerangi sekeliling rumah itu ditatap lama. Indah. Lagi-lagi dihiasi sama bunga-bunga yang menusuk hidungnya. Rumah ini berada dekat dengan kawasan pekan. Pekan yang bunyi riuh-rendah dengan nyanyian merdu itu membuatkan Tuanku Seroja mengorak langkah ingin ke sana.

Terus terhenti langkahnya apabila tangannya dirangkul oleh seseorang. Tangannya yang cuba ditepis itu tidak berjaya. "Kau mahu ke mana? Kau kata kau mahu aku tunjukkan jalan ke rumah Cempaka jadi mengapa kau pergi?" tanya Adnan dengan riak wajah kesian.

"Lepas." Tuanku Seroja memandang tajam ke arah Adnan. Suaranya tegas. Adnan terus laju melepaskan genggamannya.

"Aku terdengar kemeriahan di pekan sana." Tuanku Seroja tidak berdalih.

"Oh.. malam ini memang ada acara. Tidak silap ada tayangan wayang kulit."

"Wayang kulit! Wah! Sudah lama aku tidak melihat wayang kulit." Suaranya jelas menunjukkan Tuanku Seroja sedang rasa teruja. Adnan senyum manis.

"Mari, aku bawa kau ke sana." Tuanku Seroja mengangguk. Lalu dia mengikut kaki panjang Adnan mengorak langkah masuk ke dalam keramaian orang.

Lama-kelamaan tuanku sudah tidak nampak kelibat Adnan. Tuanku Seroja mengeluh berat. Tuanku pun keluar dari keramaian orang dan menuju semula ke rumah agam Adnan. Belum sempat tuanku membuka pintu, pintu itu sudah dibuka dari dalam. Wajah jejaka dihadapannya ditatap lama. Dia bermimpi kah?

"Hamza?!" Terbeliak mata Tuanku Seroja. Muka kusut Hamza itu ditatap lama. Dia memandang pelik ke arah Hamza. Jujur dia tidak pernah lihat Hamza dalam keadaan tidak terurus seperti ini. Air mata yang mula membasahi muka Hamza itu membuatkan Tuanku Seroja semakin terkejut.

"Ke-- kenapa kau me-- menangis?!" Tuanku Seroja mendekatkan wajahnya sedikit. Hamza dengan laju mengelap air matanya.

"Aku kira kau hilang.." Suaranya bergetar seperti menahan tangisan. Tuanku Seroja terkedu. Dia terus menjauhkan jaraknya semula.

"Maaf, aku sesat tadi semasa di kebun Tok Li. Mujur Adnan menolongku."

"Adnan? Maksud kau Adnan anak ketua kampung ini kah?" tanya Hamza untuk mendapatkan kepastian. Tuanku Seroja mengangguk.

Hamza mengeluh nafas perlahan. "Kau kena berhati-hati dengan dia. Dia merbahaya." Riak wajah Hamza terus bertukar tegang. Dia sedang serius.

Mahu saja Tuanku Seroja gelakkan Hamza namun ditahan. Mana tidaknya. Muka yang agak sembap itu bertukar garang.

"T-- Hamza. Kamu masih belum pulang?" tanya Tuan Tarikh, ketua kampung ini.

"Sudah mahu pulang." Senyuman terhias dibibirnya.

Lelaki itu mengagguk faham. Matanya terus teralih ke arah Tuanku Seroja yang sedang jungkitkan dirinya. Ingin melihat sekali lagi lesung pipit Hamza.

"Kau? Mana Adnan? Bukan dia kata dia mahu bawa kau pulang?"

"Aku terpisah dengannya."

"Tidak mengapa. Biar aku yag menghantarnya pulang."

"Bukankah kamu mahu pulang ke--"

"Iya. Lepas sahaja aku menghantarnya, aku akan berangkat." Tuan Tarikh mengangguk faham. Hamza pun mengorak langkah meninggalkan rumah agam itu dan diikuti oleh Tuanku Seroja. Sempat diberpaling ke belakang untuk melihat sama ada gadis itu mengikutinya atau tidak.

"Kau mahu pulang ke mana?" tanya Tuanku Seroja. Saja membasa basi. Mana tidaknya dari mula perjalanan hingga sekarang susana hanya ditemani bunyi cengkerik.

"Pulang ke istana."

...

Segmen Ilmu

Jauhi Sangka Buruk

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604)

Hikayat Insan NayanikaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang