Bab 8

97 19 3
                                    

Mereka pun berjalan jauh daripada kak Cempaka dan Tok Li. Tapi tidak jauh mana, kerana kak Cempaka dan Tok Li masih boleh melihat mereka dari jauh. Kuntum pula sibuk mengikut kaki panjang Hamza. Tangannya tak lepas memegang seluar Hamza. Dia pegang erat. Puteri Syarifah Seroja hanya senyum nipis. Kagum melihat kemesraan mereka berdua. Senyumannya padam selepas melihat riak wajah Hamza yang serius.

Setiba saja disana. Masing-masing mengunci mulut.

"Aku mahu nikahi kau." Tiba-tiba. Hamza memecahkan suasana hening di antara mereka. Hamza memandang tajam ke arah mata Tuanku Seroja dengan pandangan lembut.

Puteri Syarifah Seroja beriak biasa. Namun, hatinya masih tak percaya apa yang dikatakan oleh Hamza tadi. "Kau gila? Siapa mahu berkahwin dengan kau?" Matanya tepat memandang ke arah Hamza dengan riak serius.

"Aku tidak bermain-main."

"Aku juga."

Mereka bertengkar mata. Kuntum yang sejak tadi memerhati mula bersuara. "Kahwin itu apa? Adakah seronok jika bermain kahwin-kahwin. Kuntum juga mahu kahwin!" Kuntum melompat teruja. Gigi rongaknya ditayang bangga.

"Kahwin ini bukan sesuatu yang boleh buat main. Ini perkara yang sangatlah perlu diambil perhatian." Puteri Syarifah Seroja menjawab pertanyaan Kuntum. Dalam diam dia memerli Hamza.

"Aku tidak main-main Seroja." Hamza memandang tepat ke arah Tuanku Seroja. Dia tahu apa yang bermain difikiran gadis dihadapannya itu.

"Jika kau mahu tahu, kaulah gadis pertama yang aku mahu halalkan." Hamza memandang Tuanku Seroja. Jelas wajahnya tidak berbohong.

Puteri Syarifah terkedu. Dia tidak sangka jejaka sekacak Hamza tidak pernah memetik bunga. Dia merasa bangga kerana Hamza tidak berkias dengannya. Tuanku Seroja mengeluh perlahan.

"Bagi aku sebab mengapa kau ingin memilihku sebagai isteri kau."

"Bila kita sudah halal. Bakal aku bagitahu kesemuanya."

"Kalau itu apa yang kau katakan. Lupakan saja hasrat kau ingin memperisterikanku." Puteri Syarifah Seroja pun berlalu pergi. Dia meninggalkan Hamza yang sedang bermain dengan perasaannya sendiri.

Kaki dibawa ke merata tempat. Tidak kesah ke mana pun, asalkan jauh dari mereka. Puteri Syarifah Seroja mengorak langkah masuk ke dalam kebun Tok Li. 'Jika aku menerima kau pun, belum tentu ayahanda dan bonda bakal menerima kau. Aku tiada masa untuk bermain cinta di sini. Nyawaku sendiri masih belum selamat.' Tuanku Seroja menolog sendiri.

Puteri Syarifah Seroja pun tersakiti. Terpaksa menipu diri sendiri. Tuanku Seroja tidak mahu jika satu hari nanti dirinya yang sebenar telah terbongkar, Hamza juga bakal menerima padah. Begitu juga Cempaka, Kuntum dan Tok Li.

Tuanku Seroja berhenti dipinggir sungai. Menikmati ciptaan alam. Hujan yang mula membasahi bumi dibiarkan dirinya bermandi hujan. Dalam diam air matanya mengalir bersama air hujan.

Apabila Tuanku Seroja sedar dirinya sudah sesat, Tuanku Seroja terus bangun dan berteduh di satu pohon besar. Tuanku Seroja memandang sekeliling. Ini jelas bukan kebun Tok Li walaupun sebentar tadi Tuanku Seroja melalui jalan itu. Tuanku Seroja serba sedikit sudah kenal dengan kebun Tok Li kerana dirinya sudah beberapa kali pergi ke situ bersama kak Cempaka.

Hati yang mula tidak tenang mula berselawat. Cuba untuk menenangkan hatinya mula gusar. Tuanku Seroja cuba mengikut jalan yang baginda lalui tadi. Namun jelas dia makin jauh ke dalam hutan. Tuanku Seroja pergi semula ke arah sungai lalu mula mengikut arus sungai.

Hujan yang mula lebat membuatkan Tuanku Seroja berhenti dan berteduh semula. Tidak mahu dirinya makin gering. Semakin dirinya gering, lagi lama dirinya dapat kumpul tenaga untuk pulang ke tempat lahirnya.

Hujan yang mula renyai membuatkan Tuanku Seroja bangkit semula dan mengorak langkah. Perut yang bunyi itu diabaikan. Sungguh sekarang Tuanku Seroja rasa amat lapar. Namun hati cuba memujuk diri. Nyawanya lebih penting sekarang.

Sudah hampir masuk waktu senja. Sang mentari yang mula membenamkan diri ditatap lama. Parah. Langit perlahan-lahan mula gelap. Hati makin gusar. Bunyi haiwan-haiwan diabaikan hinggalah terdengar bunyi tapak kaki yang memijak ranting kayu kedengaran. Tuanku Seroja terus berpaling kebelakang.

Tiada sesiapa. 'Masakan haiwan? Ada sang belang kah di sini?' Hati mula menolog sendiri. Fikiran yang mula fikir perkara buruk lekas ditanam. Hati laju beristighfar.

Lama-kelamaan Tuanku Seroja terlihat cahaya dari api mula mendekat. Tuanku Seroja terus berdiri tegap. Berlagak kuat. Perasaan takut dibuang sejauh-jauhnya. Jikalau dia takut, siapa lagi yang berani akan menyelamatkan dirinya kalau bukan dirinya sendiri?

Figura manusia yang mula kelihatan membuatkan Tuanku Seroja melepaskan keluhan lega. Bersyukur bukan binatang buas. Satu saja yang bermain dalam fikirannya. Hamza? Selepas Tuanku Seroja sudah pasti bahawa seorang lelaki yang berjalan ke arahnya, hanya 'dia' yang terlintas difikirannya.

Namun hampa. Harapannya sendiri yang mengecewakannya. Bukan Hamza yang sedang berdiri dihadapannya. Jarak mereka masih boleh muat 2 manusia.

"Mengapa kau ada di hutan rimba? Sesat kah?" Tanya jejaka itu.

"Ya. Aku sesat. Kau siapa ya?" Tuanku Seroja tidak berkias.

"Aku anak ketua kampung ini. Kau pula siapa? Aku tidak pernah lihat wajah kau sebelum ini."

"Aku Seroja. Aku saudara kak Cempaka. Kenal kah kau sama kak Cempaka?"

"Oh.. Mestiku kenal. Kau mahu aku tunjukkan jalan untuk ke rumahnya?" Tuanku Seroja mengangguk sebagai tanda dia mengiyakan.

'Jadi dialah yang Zai katakan. Matanya aneh sejujurnya. Mungkin kerna aku tidak biasa. Tapi tak dapatku nafikan dia memang jelita.' Jejaka itu menolog sendiri. Senyuman yang sukar ditafsir dilontarkan kepada gadis dihadapannya. Dia pun mengorak langkah masuk ke hutan. Tuanku Seroja pun mengikut saja dari belakang.

Jujur hati Tuanku Seroja tidak sedap. Ya, dia tidak sedap hati. Entah mengapa dia rasa jejaka dihadapannya membawa aura buruk. Dia cuba sedapkan hatinya sendiri. Mungkin saja hanya mainan syaitan. 'Tak baik buruk sangka.' Tuanku Seroja cuba sedapkan hatinya sendiri.

"Kita mahu ke mana? Setahuku ini bukan jalan ke rumah kak Cempaka." Tuanku Seroja mula perasan apabila mereka mula masuk ke dalam hutan rimba.

Jejaka itu pun berpaling memandang wajah Tuanku Seroja. Senyuman itu lagi diukir. Senyuman yang sukar ditafsir. "Benar, aku mahu bawa kau ke rumahku."

Seyuman sinis tergambar diwajahnya.

...

Segmen Ilmu

Islam secara tegas menganjurkan umat manusia untuk menghindari buruk sangka. Buruk sangka merupakan perbuatan dosa sebagaimana keterangan Surat Al-Hujurat ayat 12.

فقد قال الله تعالى يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا ٱجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ

Artinya, "Allah berfirman, 'Wahai orang-orang yang beriman, Jauhilah banyak prasangka karena sebagian prasangka mengandung dosa,'" (Surat Al-Hujurat ayat 12).

Hikayat Insan NayanikaWhere stories live. Discover now