𝐁𝐀𝐁 46

107 11 8
                                    

Mysterious Girl

Beberapa jam yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa jam yang lalu...

Rangkulan lengan jejaka itu dia pegang erat. Mata-mata yang memandang ke arahnya dia abaikan sepenuhnya. Bunyi dentuman kasut tumit tinggi jelas kedengaran kuat, berjalan di antara khalayak ramai dengan langkah elegannya.

Rambut blonde panjangnya sempat diselak ke belakang, membetulkan penglihatan mata sebelum teracap ke arah seseorang. Bertembung mata dengan lelaki awal 50-an itu dan di sampingnya, hadirnya dua wajah yang amat dia kenali.

Sebaik sahaja ia tiba di hadapan mereka, pegangan jejaka itu dia lepaskan. Hujung gaunnya dilepaskan ke bawah, biar berjuntai mencium lantai.

"Good night gentlemen." Sapa Amelia. Bibir merahnya terangkat sipi, menyapa kedua orang berusia itu dengan sopan.

"Amelia." Rurik Lucian tersenyum singkat. Gembira kerana akhirnya dapat bersua muka dengan wanita jelita itu.

"You look so stunning tonight, Amelia. Tomas was very lucky to have such a beautiful daughter." Puji Rurik.

"Haha, your son is also very handsome tonight." Balas Tomas juga. Mereka memuji kecantikan dan ketampanan anak masing-masing. Saat itu, ekor mata wanita itu sempat bertemu dengan mata Alexei tetapi hanya untuk seketika.

"I want to thank Amelia for being willing to do a special show here. I was very pleased to enjoy an instrumental performance from a famous pianist."

"My pleasure." Amelia tunduk sipi.

Tomas dan Rurik diam untuk seketika. Mereka berdua bertukar pandangan antara satu sama lain, seakan memberikan sebuah isyarat yang hanya mereka berdua fahami.

"I think this is the right time for us to talk, Rurik. How about we go somewhere else? Private place?" cadang Tomas.

"Yeay. Sure. I will escort you."

Sebelum sempat Amelia hendak membuka langkah, Tomas menghentikannya.

"You wait here, with Alexei."

"él te acompañará." [Dia akan menemani kamu.]

Iris birunya melirik ke samping, sedar bahawa lelaki muda itu juga turut akan ditinggalkan bersama dengannya selepas mendengar pesanan sipi daripada bapanya.

"Amelia."

Iris birunya kembali terarah ke hadapan. Pandang wajah jejaka awal 50-an itu tepat.

"Charlar con él. Conocerlo." Pesan Tomas misteri. [Berbuallah dengan dia. Kenali dia.]

Wanita itu hanya mendiamkan diri. Mulutnya terketup rapat seraya menganggukkan kepala. Mengiakan sahaja pesanan daripada lelaki itu.

"Rigal, tu me sigues." Arah Tomas sebelum dia membuka langkah, pergi meninggalkan kawasan itu.
[Rigal, kamu ikut aku.]

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now