𝐁𝐀𝐁 33

665 56 5
                                    

Mysterious Girl

Biji matanya bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Biji matanya bergerak. Berligar mencari kesedaran ke alam nyata sebelum kelopaknya perlahan bergerak. Hendak terjaga dari lenanya sebelum, penglihatan jernih. Iris birunya tertuju ke atas, memandang dinding syiling itu.

Dia menghembus keluhan berat lalu matanya terus dilirik ke tepi. Terlihat seorang lelaki yang elok duduk di sampingnya. Memejam erat matanya.

Tareq.

Medina terus bangun dari baringnya dan menyandarkan tubuhnya ke muka katil. Pandangannya dibuang ke arah Tareq yang sedang tertidur pulas itu. Dalam masa yang sama, dia sedar keberadaannya di mana.

Bilik kesihatan. Balik-balik, bilik ini juga yang dia lawati.

"Dina!"

Medina tersentak di tempatnya. Terkejut. Sebelum dia melemparkan matanya ke arah pintu, lihat kehadiran lelaki itu yang mula mendekatinya.

"Pekak telinga aku bila dengar kau jerit macam tu." Medina menekup telinganya di balik tudung. Bengit sungguh nada Allen apabila menjerit sehinggakan Tareq yang tadinya elok tertidur tadi terus terjaga dari lenanya.

"Medina, macam mana dengan keadaan awak? okay? ada pening-pening tak?" soal Tareq sejurus terjaga ke alam nyata. Memberi soalan yang bertubi-tubi. Jelas riak risau pada wajahnya.

"I'm fine, Tareq." Ringkas gadis itu membalas.

"Tak, kau tipu. Kalau kau okay macam mana kau boleh tiba-tiba pengsan?" sampuk Allen. Kedua belah tangannya dicekak ke pinggang.

"Aku pengsan ke tadi?"

"Yalah cik puan, kalau tak macam mana kau boleh ada dekat sini?"

"Allen."

Sejenak, kepala mereka terus menoleh ke belakang. Ke arah muka pintu di mana Harriz dan Adem kini hadir.

Harriz memberi satu pandangan maut kepada Allen. Membuatkan Allen terus terdiam. Dia terus melangkah selangkah ke belakang daripada katil Medina dan melarikan pandangan matanya ke arah lain. Seperti merajuk.

Medina yang melihat kelakuan Allen itu tertawa kecil. Penat betul dengan perangai seorang kawannya itu. Pantang saja ditegur oleh Harriz, mesti dia akan merajuk. Mengalahkan budak-budak.

Gadis itu mengelamun sehingga dia tidak sedar yang Harriz sudah berada di sampingan, memandangnya dengan satu pandangan yang amat difahami oleh Medina.

Tareq yang tadi elok duduk di sampingnya telah berdiri di antara Adem dan Allen. Memandang ke arah mereka berdua.

Medina dan Harriz. Mereka berdua diam. Hanya memandang antara satu sama lain dengan lama. Seakan-akan mereka berbicara melalui pandangan mata mereka sahaja. Medina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Tak lama kemudian, Harriz juga mengangguk kepalanya. Faham akan maksud yang disampaikan oleh gadis itu.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now