Aurora LillyMataku masih tenang menghadap laptop yang sejak dari senja tadi terbuka. Tekun aku menyiapkan final presentation untuk disease research yang diberikan kepadaku oleh Senior Pegawai Perubatanku. Bukan sahaja satu atau dua tugasan yang dituntut malahan berbaki 1 yang menanti untuk disiapkan, manjadikan jumlahnya 3 proposal. Sudah tentulah memerlukan masa yang panjang serta tenaga yang lebih.
Aku perlu melakukan tugasan ini sekiranya aku mahu naik ranking ke Pegawai Perubatan tetap ( Permenant Physician ).
Aku sekarang masih lagi Junior Doctor, dalam tempoh percubaan selama 2 tahun.
Kerjaya Perubatan memang terkenal dengan beban tugasan klinikal yang maha banyak. Aku salah seorang petugas kesihatan perlu gigih menyiapkan segala tugasan sekiranya aku ingin menamatkan latihan percubaan perubatan aku dengan sempurna. Sudah tentu arwah ayahku gembira dengan pencapaian aku,kerana dialah aku boleh sampai ke tahap ini.
Aku Aurora Lilly, gadis biasa dari desa. Punyai 2 abang iaitu Arjuna,dan Ace dan seorang adik lelaki, Asher menjadikan aku satu satunya perempuan dalam adik beradikku. Ibuku seorang tukang jahit dan arwah bapaku seorang peladang.
Terdengar bunyi televisyen dibuka di ruang tamu. Lamunan aku tersentak.
" Lilly,kau masih belum siapkan proposal ke?", soal teman serumahku, Diana. Dia menjenguk dibalik pintu, berkerut memandangku.
Aku tersenyum.
"Belum lagi Dee. Aku masih ada 1 yang tak siap lagi", jawabku pendek,berkira kira ingin menyambung tugasan semula. Namun aku melihat wajah Diana yang menyeringai melihatku membuatkan aku membatalkan hasratku.
"Kau ni kan...", selar aku lembut sambil menggeleng kepala. Aku save segala kerjaku sebelum menutup laptopku.Diana hanya ketawa panjang melihat aku sebelum dia keluar semula dari bilik aku.
Aku menurutinya sehingga ke ruang tamu.
Televisyen yang terpasang sedang menayangkan segmen berita.
" Uih rumah terbakar, 2 anak yatim kehilangan ibu bapa sekali gus", Diana membaca headline berita itu.
Hmm, keluh aku. Aku tak boleh dengar benda benda melibatkan budak budak kecil ni. Kasihan kecil kecil dah hilang tempat bergantung.
"Kau kerja esok,?" soal Diana. Diana merupakan staffnurse di Jabatan Dental Pediatrik,hospital sama tempat aku bekerja, Hospital Utama Vinna. Manakala aku pula seorang doktor di Jabatan Ortopedik.
" Tak,aku cuti lagi,tapi esok aku nak ke library hantar buku buku research ni.Kena pulun siap la malam ni," balasku.
" Putera Isaac , Putera Tuan 3 turun mencemar duli melawat dua anak yatim yang kini dijaga oleh ibu saudaranya. Beliau menyampaikan sumbangan peribadi dan jaminan pendidikan untuk kedua anak yatin piatu ini," kedengaran suara pembaca berita di telingaku.
Gambar susuk lelaki tinggi dan kacak menggosok kepala salah seorang kanak kanak yatim itu.
" Wow, baik sungguh keluarga Raja kita ye", Dee tiba tiba bersuara. " Dah lah handsome anak2 nya," sambungnya tersengih.
Aku menyeringai.
" Kau memang. Tapi berangan je la nok", aku ketawa.
Diana menjuih. "Tak salah weh berangan. Mana tahu jadi kenyataan, hahaha."
"Blahlah," aku ketawa kecil sambil menatap berita ekonomi yang kini ditayang di tv.
"Anak anak raja ada 5 orang kan. Putera Mahkota, iaitu Putera Aiden. Lepastu Putera Amar. Putera Isaac then Putera Khaleed. Last sekali Puteri Ayana", tiba tiba Diana berminat pula nak korek salasilah keluarga Raja Evan.
Aku sekadar hum je. Kuasa pulak aku nak tahu.
" Kau tak rasa pelik ke dengan dorang tu," soal Diana.
"Pelik apa," soal aku, kurang berminat. Aku tak berminat dengan benda tak datang faedah.
" Hmm mak aku pernah cerita. Yang Raja Evan ni ada gaya dia sendiri. Masa dia mula mula rule negara kita,dia yang up negara kita ni sampai terkenal satu dunia. Tapi dia jenis sempoi je. Rumah pun terpencil. Tak ada sapa tahu rumah peribadi keluarga Raja Evan ni kat mana, atau mana dia duduk sebenarnya. Istana depa tu lah," terang Diana.
Aku kerut dahi , mula tertarik dengan cerita Diana.
" Tak ada sapa tahu?."Diana menggeleng.
" Tak ada. Misteri betul. Lebih lebih lagi Putera Mahkota kita, Putera Aiden. Muka serius memanjang. Gangster pun nampak ya. Tak mesra alam langsung ," sahut Diana.
Aku terdiam sebentar memikirkan tentang kerajaan keluarga Evan.
Negara aku bernama Erovra,bermaksud penakluk. Erovra mempunyai satu ibu negara, Vinna bermaksud menang. Negara aku memang terkenal dengan tenteranya yang kuat dan handal berperang.
Kerana itu banyak negara takut dengan negara aku, kalau datang negara aku pun secara penuh diplomasi,dan tidak melibatkan kekerasan. Raja Evan ni memang jenis adil orangnya dan bukan jenis yang jatuhkan hukuman sesuka hati.
Erovra ada 7 wilayah, setiap satu ditadbir oleh keluarga besar berlainan. Anehnya, keluarga keluarga itu pun tak diketahui di mana tempat tinggal mereka.
Semua keanehan itu dilindungi oleh keadilan dan keamanan yang dikecapi selama ini.
" Kau fikir apa", suara Diana memecah kesunyian.
Aku malas nak beritahu apa yang aku fikir sebab aku dapat rasa akan meleret leret cerita pasal keluarga raja negara aku. Aku tak kisah dorang macam mana sekali pun as long aku dapat keamanan.
Yang lain boleh pergi mampus.
" Tak ada apa lah, aku nak bedal roti , ko dah tengok tv tu tutup lah weh,aku pun nak sambung kerja aku. Sanggup aku ambik cuti 2 hari sebab tugasan ni," kataku mematikan terus topik.
Diana tersenyum sumbing.
" Yelah, aku pun nak tido. Nak mimpi," perlahan Diana berkata.
Namun aku masih dapat tangkap ayatnya.
" Mimpi apa?" Soalku, namun seakan dapat agak.
" Putera Aiden," getus Diana ketawa.
Aku hanya membuntangkan mata sambil ketawa juga.
—————————————————————————
Okay tak korang?? Jom baca next tau..vote la tau..thank you so much korang..love you
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...