Pantai yang terletak di barat daya negeri Vienna memberi damainya rasa kepada pasangan yang berpegangan tangan ini. Si wanita sedang giat memakan aiskrim dan si lelaki sedang sibuk memerhatikan wanita itu. Keduanya berjalan mengikut tuntutan kaki menyelusuri gigi air.
Bintang bintang berkelipan di atas sana menemani kedua pasangan ini.
Aiden galak memerhatikan Aurora yang masih menjilat aiskrim. Sekali sekala dia menyapu sedikit lelehan aiskrim di tepi bibir isterinya dan menjilatnya pula.
Terkejut isterinya melihat tindakan suaminya. Membulat matanya, mengundang tawa kecil Aiden.
Sayangnya dia terhadap wanita itu sangat tinggi. Tambahan pula Aurora sudah tidak lagi berperangai bukan bukan seperti sebelum ini.
" Abang, kenapa si Tengku Adrian kerap sangat datang sini? Apa urusan dia?" Aurora perasan kerap pula si Tengku Adrian datang ke istana mereka. Kadang tiada tujuan. Hari itu dia menangkap Tengku Adrian berpusing pusing di dapur. Alasannya dia nak air. Tapi tingkah lakunya seperti mencari seseorang.
Aiden hanya ketawa kecil.
" Dia ada urusan yang dia kena selesaikan sikit kat sini. Abang ada nak adjoining company dengan dia." Tapi lagak Aiden seolah olah dia mengetahui sesuatu.
Nampak sangat." Apa yang sampai kerap sangat datang sini?"
" Biar je lah dia..ada lah tu." Balas Aiden, malas.
" Tapi dia...."
" Fikir pasal abang, sayang. Jangan duk fikir pasal lelaki lain." Potong Aiden laju. Rimas pula isterinya sibuk nak ambil tahu. Ni laki depan mata tak de pula nak tanya sihat ke, kerja macam mana, makan dah ke.
Aurora menjuling matanya ke atas. Cemburu tak habis habis.
Aiden yang duduk di atas pasir menarik tangan isterinya dan meletakkan tubuh kecil itu diribanya. Dirangkul erat isterinya yang baru sahaja menghabiskan baki kon aiskrim yang tinggal.
" Seronok?" Soal Aiden sambil mencium bau haruman rambut Aurora.
Aurora mengangguk suka. Mereka tengah dating kot. Privately. Tanpa escort. Tanpa bodyguards.
Jarang jarang sekali berlaku. Mestilah happy.
" So am I." Perlahan Aiden berkata.
Namun Aurora mendengar kata itu dan dia berpusing badannya ke belakang, menghadap suaminya.
" Do you? Are you really happy with me?"
" Theres no days that I am not happy without you my love." Balas Aiden gemersik
" But the things i made before, many times before.. abang sampai marah sangat dengan saya..."
" Tak boleh marah sayang lama lama, it hurts me more." Pintas Aiden lagi.
" Aww really sweet abang ni..dulu abang bukan main garang, suka marah marah..sekarang sumpah sweet gilaa." Aurora ketawa kecil mengusik. Aiden hanya mencebik mulut. Geram dengan cebikan itu, Aurora mengepit terus bibir terjuih suaminya dengan tangan kanan.
" Aduh, sakit lah sayang!"
" Rasakan," Aurora menjeling sambil memusingkan tubuhnya kembali menghadap laut luas.
Aurora meletakkan kepalanya di dada bidang suaminya, merenung bintang bintang bertaburan diatas langit. Dia teringatkan wajah Zyon yang menatapnya tadi sebelum mereka meninggalkan kawasan istana. Wajah yang penuh pengharapan, serta wajah yang bersulam kecewa.
Bukan dia tidak tahu akan hasrat hati Zyon, namun dia tidak mahu terus terus memberi harapan lagi kepada lelaki itu. Walau Zyon tidak pernah meluahkan secara langsung kepadanya, tatapan mata lelaki itu seolah memberitahu rahsia hatinya.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...