Special Chapter 4

10.9K 401 20
                                    


" Hi sayang." Wajah manis Aiden yang sinis sekarang muncul di hadapannya.

Bibir Aurora bergetar getar. Waktu ini, suaminya benar benar menakutkan dirinya.

" I found you."

Aurora memandang mata suaminya yang kelihatan bersinar sinar garang. Masih ada rasa marah itu. Masih ada rasa kesal itu. Sebegitu marahkah suaminya pada dirinya? Sampai boleh buat game bodoh psycho macam ni.

Aiden menarik Aurora yang terdiam memandangnya supaya bangun. Dia mengangkut tubuh Aurora dan merangkulnya ke dalam pelukannya.

Diusap usap kepala Aurora seolah olah Aurora adalah satu barang yang dia tidak betah kehilangan.

" Abang dah tau sayang kat sini. Saja sambil sambil tu abang tour satu rumah sekejap bagi sayang rasa perasaan orang tercari cari kita." Lembut sahaja Aiden menuturkan kata kata itu. Seolah sindiran padu ditujukan kepadanya.

Aurora membatu seketika. Perasaan takutnya masih tidak berkurangan. Dia hampir terlupa sesuatu. Ayana dan Tristan pernah berkata bahawa Aiden adalah tracker terhebat. Ye lah, dia kan serigala Alpha.

" Hmm bau vanilla mint strawberry tubuh sayang ni masih sama macam dulu. Masih sedap," Aiden mengalihkan rambut Aurora kebelakang, meletakkan kepalanya di leher isterinya, menghirup bau tubuh Aurora yang berada elok dalam pelukannya. Dia tidak pernah puas akan bau itu. Baunya menenangkan jiwa gelisahnya, menurunkan kemarahannya.

" Abang menang. So sayang dah tahu kan apa abang nak?" Pelukan dileraikan dan saat ini mata helang suaminya tepat memandangnya. Aurora mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malu membahang wajahnya saat ini.

" Jom." Tanpa rasa bersalah lantas Aiden menarik tangan isterinya menuju ke pintu loteng. Tetapi Aurora tidak berganjak menyebabkan langkah Aiden tiba tiba terhenti. Aiden berpusing ke belakang semula menghadap Aurora yang membatu.

Kening Aiden terangkat.

" Kenapa abang buat macam ni?" Soal Aurora, lirih. Matanya berkaca kaca melihat suaminya bertindak seolah tiada apa apa berlaku. Baru sahaja tadi mereka bermain game yang benar benar membuatkan Aurora takut akan suaminya.

Suaminya mengangkat bahu selamba. " Abang buat apa?"

" Abang seksa perasaan saya... abang.. abang suka tengok saya takut ke?" Aurora menahan tangisan yang hampir keluar. Dia tidak mahu ditengking oleh suaminya pula jika dia menangis.

Aiden menayangkan wajah dinginnya, tidak beriak. Matanya dlpincingkan melihat isterinya yang hampir menangis.

" Baru kau tahu rasanya kan.." Sinis sahaja balasan suaminya.

" Maafkan saya abang, lain kali saya tak buat lagi. Saya akan ikut je semua kata kata abang. Saya akan ikut je semua yang abang arahkan, tapi jangan lah buat macam ni. Saya janji saya tak kan lari lagi. Saya janji saya takkan keluar dari istana lagi. Saya janji takkan sesekali pandang lelaki lain lagi. Saya janji," rayu Aurora hampir melutut mendepani suaminya.

" Kita ada anak anak. Saya takkan sesekali tinggalkan mereka lagi dah."

Aiden hanya mempamerkan wajah yang sama seperti tadi. Riak biasa. Namun tetap dingin. Dia meraih tubuh isterinya untuk berdiri semula. Diusap usap wajah putih merah Aurora yang hanya pasrah menerimanya sentuhan itu.

" Lain kali, fikir dahulu pasal aku, sebelum kau buat tindakan bodoh tadi faham? Apa apa pun tindakan kau, bagitahu aku dulu. Aku pun tak de lah bodoh nak bagi Sarah terus kat Noah sebelum aku dengar cerita Sarah. Kau dah lupa ke aku ni bakal Raja? Sesiapa yang masuk ke dalam negara aku dengan sebab yang kuat, aku akan lindungi dia, walau dari sahabat baik aku. Aku utamakan negara aku dahulu berbanding orang lain."

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now